Chapter 1

Drama Completed 4858

Baru hari ini terasa mahu mencoretkan sesuatu di dalam buku latihan sekolah yang telah aku jadikan sebagai buku catatan harian ku. Telah lama aku tinggalkan sejak ustaz di sekolah kata, menulis coretan hati dan seumpamanya adalah perbuatan yang sia-sia.

Namun harini... entah mengapa, ya?

'Tuhan ku, aku mohon petunjuk Mu untuk setiap pilihan yang Engkau berikan kepada ku...'

Cukup?
Cukuplah.

Kaki diunjurkan ke bawah katil, bersiap sedia untuk berganjak menunaikan solat Dhuha pula. Jam loceng yang tidak pernah digunakan locengnya itu, ditatap sebentar bagi mengetahui se-gajah apa waktu sekarang untuk menunaikan Dhuha. Heheh.

12:15pm.

Kann...

Aku pun bergegas sebelum Zohor mengambil tempat, tanpa sempat aku menunaikan Dhuha. Amalan yang telah dipraktikkan ibu ku sejak aku kecil dan itu telah menjadi amalan istiqamah ku walaupun sekarang aku tidak lagi duduk bersamanya...

Bismillah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience