Chapter 24

Drama Completed 4858

"Along tak jadi nak teruskan pertunangan dengan Ustazah Hayati. Mak rasa... biarlah along kamu sendiri yang tahu sebabnya."

Khansa' dan Ubai sudah pasang muka terkejut. Lain pula halnya dengan ku. Aku tertunduk dihurung pelbagai rasa yang entah-entah.

"Apa? Along? What happen ni?? Hujung minggu ni je tinggal."

Khansa' mula tidak puas hati.

"Long... Kau ni... Macam mana lah perasaan ustazah tu kalau tahu kau reject dia."

Reject?
Pedih!

Kalau aku pun, aku tak sanggup!

Kata-kata Ubai menyentapkan semua orang sehingga mak juga membawa pandangannya yang kecewa kepada Saiful yang sudah diam tertunduk.

Khansa' sudah mengeluh berat dan mengalihkan pandangannya ke arah ku, berharap aku juga tidak mempersetujui hal ini.

Sudah tentu aku juga tidak mempersetujuinya!

"Tak boleh, Abang Saiful. Ustazah Hayati dah lama tunggu Abang Saiful. Saya tak sanggup tengok ustazah sedih kalau dengar berita ni."

Pandangan Saiful terangkat ke arah ku dan dipandangnya aku sehingga aku habis berkata-kata. Jelas sudah kini apa yang tersirat di balik pandangan matanya itu kepada ku. Tetapi ini berkaitan Ustazah Hayati! Aku tidak boleh mementingkan diri ku sendiri. Eh, Saiful yang tak boleh pentingkan dirinya sendiri!

Kelaut... kelalut... Jangan cakap yang aku boleh jatuh suka dengan dia semata-mata kerana pengakuannya itu. Kau ada pendirian kan, Aiman? So, prove it!

Aku pun dah tak tahu apa kena dengan hati aku hari ini. Semua serba merepek, serba tak kena. Nak serius pun macam pelik.

"Saya minta maaf... cakap dengan Ustazah Hayati, saya minta maaf..."

Hanya itu sahaja yang Saiful mampu sampaikan sebagai membalas kata-kata ku sebelum dia mengambil keputusan untuk merebahkan kepalanya ke atas bantal dan merenung siling hospital dengan wajah yang penuh keserabutan. Sebelah tangannya yang tidak tercedera kemudian diangkat, menutup wajahnya sendiri.

Mak memandangnya sayu tidak mampu berkata apa-apa. Khansa' pula sudah menjulingkan matanya ke atas dan mengeluh lagi. Sementara Ubai... berpeluk tubuh di sana sambil berkerut kening memikirkan sesuatu.

Aku?

Aku sibuk memerhatikan mereka semua untuk ku catatkan semuanya di dalam kisah ku... (hahahaha)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience