Chapter 23

Drama Completed 4858

Aku masuk ke bilik dan terasa lama pula masa yang aku ambil untuk melepasi langsir yang menjadi pemisah antara pintu masuk dan katil pesakit.

Hati ku belum surut debarannya. Aku betul-betul rasa mahu pitam, tetapi aku tidak boleh buat macam tu kerana bimbang aku akan menyusahkan mereka pula untuk membayar kos bilik di sebelah.

"Aiman... mari sini, nak."

Serta-merta aku mengangkat pandangan ku apabila terdengarkan suara mak, dan jelas sekali wajah Saiful di dalam anak mata ku, duduk bersebelahan mak di atas katil pesakit, dengan dahi yang bertampal sedikit di sebelah kiri dan tangan kiri yang bersimen serta kaki kirinya yang berbalut penuh sampai ke lutut.

Aku terasa seperti mahu menangis lagi. Aku benar-benar tidak kuat untuk menghadapi situasi ini. Mujur sahaja wajah ku dilitupi niqab. Aku berjanji dengan diri ku sendiri, untuk tidak akan sekali-kali membukanya di hadapan Saiful.

TIDAK AKAN!

Mungkin hanya itu sahaja caranya untuk aku menjauhi perasannya yang tidak pernah aku ketahui selama ini. Jikalau sebelum ini, aku biasa sahaja melihat wajahnya itu. Namun, tidak kali ini. Wajah itu seperti ber 'sesuatu' pula sekarang. Dan itu sangat sulit untuk ku!
Allahu akbar!

Dengan penuh keterpaksaan, aku hampiri mak untuk menyalaminya. Tangan ku yang semakin kesejukan aku genggam erat. Berharap, sedikit bahangnya akan terasa nanti.

"Kamu pergi mana? Abang Saiful ingat kamu tersesat tadi. Mereka pun biar kamu pergi sendiri."

Mak membebeli Khansa' dan angah kerana kecuaian ku sendiri. Maaf, kamu berdua... Aku tak ada niat sedikit pun supaya kamu berdua dipersalahkan...

"Kak Aiman cari tandas, mak. Dia tak jumpa dari tadi. Mana lah Oncak tahu kalau Kak Aiman nak pergi cari tandas."

Aku menoleh ke arah Khansa'.

"Minta maaf Oncak..."

Khansa' hanya tergeleng kepala kepada ku sambil tersenyum kemudian.

"Tak ada apalah, kak."

Aku lihat, angah sedang enak menyantap sarapannya tanpa mempedulikan ku. Kasihan dia... Terpaksa berlapar untuk mengambil aku di madrasah tadi.

Dan sekarang... apa yang perlu aku lakukan? Berdiri sahajakah di sini seperti patung cendana atau berlari ke pintu dan tahan teksi untuk aku pulang ke madrasah? Oh tuhan... tidak pernah aku se blurr ini. Bantulah aku!

"Duduklah, Aiman. Saya discharge mungkin esok atau lusa. Petang ni, kalau tak ada apa-apa, Ubai akan hantar kamu balik."

Tiba-tiba, Saiful bersuara mendatar kepada ku yang membuatkan aku sedikit tersentak. Sebelum ini, suara itu kedengaran biasa sahaja ditelinga ku. Namun, kenapa tidak kali ini?

Aku hanya mengangguk, mengiyakan kata-katanya tanpa bertanya lebih. Sebuah kerusi di sana ku tuju dan melabuhkan duduk di situ.

Fikiran ku tepu untuk berbual bersama mereka, walaupun hanya bersama Khansa'. Aku tidak mampu berfikir untuk berkata apa sekarang kerana terlalu malu duduk di dalam bilik ini bersama Saiful.

Ah, Saiful... Andai sahaja aku tidak tahu apa-apa...

"Memandangkan semua sudah ada di sini, mak nak cakap sesuatu berkenaan along."

Aku mengangkat pandangan ku kepada mak, dan aku meratai wajah mak yang jauh jaraknya dari kedudukan ku untuk mengagak apa yang mahu diperkatakannya berkenaan Saiful. Aku terlalu berharap, nama ku tidak akan wujud lewat perkataan mak nanti. SANGAT HARAP.

"Aiman..."

Pernafasan ku, naik ke kerongkongan sehingga menyesakkan ku. Aku benar-benar tidak menyangka bahawa nama ku lah yang pertama-tama sekali mak sebutkan!

"Aiman kenapa? Mak tengok, kamu dari tadi pelik je. Kamu tak sihat ke?"

"Ha ah lah, kak. Akak diam je... Akak sedih ke along sakit?"

Khansa', jika tidak menyampuk kata-kata mak, memang tak sah. Tetapi aku tahu, dia memang suka mengambil berat tentang ku. Terimakasih Khansa'...

"Umm... A... Aiman okey. Ya, okey."

"Betul?"

Mak menduga ku.

"Betul, mak. Ya, Aiman okey."

"Ada masalah mengaji ke?"

Tiba-tiba, Saiful mencelah.

Aku lihat wajahnya yang mendung. Dia memang begitu. Kalau tidak kerana terpaksa memandang ku, pasti rupanya tidak begitu. Kalau tak suka pandang, tak payahlah main suka-suka orang!

Erk! Dah kenapa aku ni? Kenyataan yang aku dengar tadi pun belum tentu betul. Sekarang sudah mengada-ngada pula. Isk!

"Tak... tak ada masalah."

"Mak, ni budak yang kita nampak dekat stesen bas hari tu kan?"

Mak mengangguk, mengiyakan pertanyaan angah yang namanya Ubai itu.

"Iya, ngah..."

Bunyinya seperti soalan itu sudah diulang beberapa kali. Masalahnya, kenapa aku yang tak nampak dia??

"Blurr je dia ni mak. Okey tak dia ni?"

"Eh, angah ni. Main lepas je cakap tu. Kak Aiman malu lah tu dengan angah sebab baru nampak... Kalau tak, Kak Aiman ni banyak cakap je tau orangnya."

Khansa' main boomerang sahaja menafsirkan keadaan ku.

"Oh yeke? Jadi, angah kena keluar lah, sekarang?"

Ubai pura-pura merajuk, sedangkan aku tahu dia hanya berlawak. Bibirnya yang sudah menyeringai itu membenarkan aku.

"Jangan nak loyar la Bai..."

Saiful berkata kepada Ubai sambil dia sendiri tersenyum senget dengan lelucon Ubai itu.

"Tak payah malu, okey. Saya pun anak mak juga... sama macam Oncak."

Ubai mempamerkan sengihannya kepada ku sehingga membuat aku tertawa kecil diikuti semua yang berada di dalam bilik itu. Mungkin Ubai berbeza dengan sikap Saiful yang pendiam dan dingin walaupun rupa mereka hampir sama sahaja.

"Ha ah, Kak. Akak janganlah malu-malu... Angah okey je... Dia tak lah garang macam along tu..."

Sempat lagi Khansa' mengata Saiful.

Aku lihat, Saiful sudah berpeluk tubuh dan menutup separuh mukanya sambil tersenyum bisu di situ. Gaya ala lelaki macho. Tapi tak fake. Saiful sememangnya begitu. Tenang dalam setiap gerak-gerinya yang tidak berlebihan.

.....

Aku dah kenapa ek? Cepat-cepat aku alihkan pandangan ku dari terus memandang Saiful dan wajah ku memerah tanpa aku tahu sebabnya.

"Dengar sini, mak nak cakap..."

Mak kembali menarik perhatian kami terhadap ucapannya yang tergendala sebentar tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience