Chapter 29

Drama Completed 4858

"Ibu kemalangan masa jual kuih dekat simpang satu jalan. Ibu pergi masa kitorang dekat sekolah. Kitorang balik-balik je, tengok ibu dah tak ada..."

"Selama ni, ibu tak ada niat pun nak buang akak dari hidup ibu... Ibu cuma harap, ibu tinggalkan akak dekat sana supaya akak akan dijaga oleh orang yang dapat realisasikan cita-cita akak... Memang ibu tak habis fikir untuk buat akak macam tu. Tapi, bila esoknya ibu datang balik ke tempat tu, ibu tengok akak dah tak ada..."

"Ibu selalu doakan keselamatan akak, dan kejayaan akak dalam mencapai cita-cita akak. Hari-hari ibu risaukan akak, tapi ibu tak tahu nak cari akak dekat mana..."

"Akak maafkan lah ibu.. Ibu selalu sayangkan kita..."

Air mata ku mengalir deras mendengarkan penjelasan Sarah. Sungguh aku tak sangka begitu maksud ibu meninggalkan aku pada hari itu.

Aku dakap erat kedua orang adik-adik ku. Selepas ini, kami akan tinggal bersama paklong kami yang sedia untuk menjaga kami adik-beradik yatim piatu.

"Aiman, kalau Aiman sudi, mak masih terbuka untuk Aiman tinggal bersama mak."

Tiba-tiba, mak bersuara di sebelah ku. Aku alihkan pandangan ku kepadanya dan aku tatapnya hiba.

"Tak apalah, mak. Aiman dah banyak menyusahkan mak selama ni. Kali ni Aiman nak tinggal dengan adik-adik Aiman. Tak tahu siapa lagi yang nak tengok-tengokkan mereka kalau bukan Aiman."

"Maklong boleh.. tengokkan adik-adik kamu.. Selama ni pun, maklong dah banyak bantu keluarga kamu."

Aku merasakan bahu ku disentuh maklong.

"Tak apalah, Man. Man kan masih belajar... Ikutlah orang yang sudi biaya pembelajaran Man. Maklong tak kisah Man nak pilih mana-mana pun."

Usai maklong berkata-kata, aku pandang ke arah mak dan Khansa' silih berganti. Mak tersenyum ke arah ku dan hanya menganggukkan kepalanya sebagai isyarat penerimaannya jika aku memilih untuk duduk bersamanya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience