ENAM BELAS

Psychological Completed 9086

"AKU nak kau focus pada suara aku. Dengar betul-betul apa yang aku cakap dan patuh pada arahan aku. Mulai saat ini, nama SYUKRI ELLIAS takkan lagi mampu untuk getarkan jiwa NADYA ELLIANI. Mulai saat ini, suara SYUKRI ELLIAS tidak akan cukup untuk buatkan kau tunduk kepada rayuannya. Mulai saat ini, cinta NADYA ELLIANI terhadap SYUKRI ELLIAS hanyalah sekadar emosi yang kau mampu kawal. Mulai saat ini, kewujudan SYUKRI ELLIAS dalam hidup NADYA ELLIANI tidak akan cukup untuk buat kau memaafkan segala kesalahannya. Mulai saat ini, NADYA ELLIANI tidak lagi memerlukan hadirnya SYUKRI ELLIAS. Mulai saat ini, mata NADYA ELLIANI yang sudah lama tertutup akan kembali terbuka seluas-luasnya untuk menilai SYUKRI ELLIAS.”dia dapat mendengar jelas suara itu berbisik di telinganya. Dia mengerutkan dahinya. Cuba untuk membuka mata namun matanya terlalu berat untuk diangkat.

“Dengar dan patuh arahan aku. Mulai saat ini...”dia masih mendengar suara itu mendayu berbisik di telinganya.

“DENDAM HARUS DIBALAS!!!”mata Nadya terbuka luas dan terjaga apabila bisikan itu tiba-tiba saja menjadi jerkahan yang kuat. Dia terduduk di atas katil, cuba menenangkan jantungnya yang sedang berdegup laju seolah baru selesai menamatkan larian marathon. Dia sekadar duduk di situ membiarkan nafasnya kembali mendatar.

Hipnotis. Rumah di dalam hutan. Wanita itu. Ia adalah satu mimpi atau realiti? Ia terlalu nyata untuk menjadi sebuah mimpi namun terlalu sukar dianggap sebagai realiti juga. Umpama serpihan puzzle yang tersilap tempatnya. Ada maklumat yang saling bertindih jika ia adalah satu realiti. Dia masih ingat dia terjaga di rumah itu ketika hari sudahpun gelap. Dan ketika dia tiba di rumahnya, hari masih lagi cerah dan dia tiba pada tarikh yang sama. Andai ia bukanlah mimpi, bagaimana dia boleh terjaga di dalam uber dengan barangannya masih ada di situ? Andai ia adalah satu realiti, bagaimana dia boleh terlupa rupa wanita itu biarpun berapa kali dia memerah otak cuba memikirkannya?

Siapa yang dia cuba tipu? Fikiran siapa yang dia cuba serabutkan? Masa siapa yang dia cuba bazirkan? Semua itu pastilah hanya sebuah mimpi. Untuk apa difikirkan lagi.
Nadya sekdara menggelengkan kepalanya. Malas melayan kebodohan sendiri. Dia menggapai telefon bimbitnya yang diletakkan dibawah bantalnya ketika tidur tadi. Dia menekan punat di tepi telefon bimbitnya membiarkan skrin itu memaparkan tarikh dan waktu. 6.43 petang. Kata orang, tidak elok tidur di waktu petang. Boleh menyebabkan gila. Mungkin itu punca mimpinya tadi menjengah. Kerana dia tertidur di waktu petang.
Fikirannya melayang kepada aktivitinya hari ini. Selepas menamatkan panggilannya dengan Syukri di waktu breakfast tadi, dia kembali ke dapur dan memulangkan telefon bimbit papanya dan menghabiskan sedikit masa dengan parentsnya sebelum ayahnya bertolak ke pejabat. Kemudian, dia menghabiskan masa menemani mamanya menguruskan bunga-bunga yang ditanam diluar rumah sebelum wanita itu pula meninggalkannya untuk aktiviti kelab atau apa saja aktiviti bersama rakan-rakannya. Wanita itu seperti social butterfly. Bagaimana orang seperti itu boleh melahirkan seorang introvert sepertinya? Mungkin kerana bukan wanita itu yang melahirkannya. Mereka terlalu berbeza.

Setelah kepergian wanita itu, dia menghabiskan masa bersendirian dengan aktiviti yang dia tidak tahu apa yang dilakukannya. Bermain handphone. Menonton movie di laptop. Sedikit latihan mempertahankan diri supaya dia tidak akan melupakan rentak langkahnya dan supaya dia tidak akan lemah. Dan dia melakukan aktiviti dalam putaran yang sama sehingga kebosanan membawanya ke bilik untuk melelapkan mata sebelum dia kembali terjaga di saat ini.

Hidupnya umpama Rapunzel yang terkurung di dalam menara yang tinggi dan hidup di dalam kebosanan. Bezanya ialah Rapunzel dikurung manakala Nadya memilih untuk mengurung dirinya di situ. Rapunzel ialah puteri yang diculik dari istana manakala dia mungkin adalah anak kepada mangsa pembunuhan akibat permainan. Rapunzel perlu menunggu putera datang memanjat rambutnya untuk menyelamatkannya manakala Nadya pula memilih untuk tidak lagi menunggu. Dia memilih untuk tidak lagi berharap seorang putera atau Syukri Ellias hadir untuk menyelamatkannya. Dia boleh melindungi dirinya sendiri kerana dia bukanlah sekadar Rapunzel. Dia juga adalah naga yang yang mengawal menara itu. Dia akan menghapuskan sendiri semua musuhnya.

Handphonenya bergetar menandakan ada notification yang masuk. Chat daripada @135174. Teman mayanya itu mengirimkan link sebuah article. Dia menekan link itu yang seterusnya membawanya kepada article sebuah berita yang bertajuk


‘MANGSA, KHAIRI JAMALUDDIN BIN ASWAD DISAHKAN MENINGGAL DUNIA’

Mata Nadya terbeliak membaca bait kata yang ditulis di dalam tajuk article itu. Tak mungkin. TAK MUNGKIN! Dia tidak rasa dia telah mendera lelaki itu sehingga boleh meragut nyawa. Dia tidak seharusnya mati. Bukan semudah ini untuk dia lari dari hukuman. Lelaki itu seharusnya hidup. Setiap saat dalam hidupnya, rasa bersalah itu harus menyerang. Rasa bersalah kerana tidak dapat menyelamatkan keluarganya. Rasa bersalah kerana fakta bahawa keluarganya mati tidak lain tidak bukan hanya kerana dosa silamnya. Lelaki itu harus menderita setiap detik kerana dia kini telahpun cacat.menderita kerana semua sahabat palsu yang berada di sekelilingnya tidak lagi sudi berada di sisinya. Mengapa begitu mudah dia terlepas dari hukuman?

Nadya menjilat bibirnya yang terasa kering sebelum laju jemarinya laju menaipkan text untuk dihantar kepada sahabat mayanya itu.

@NadElliani : Kau bunuh dia??

@135174 : U r de player, not me.

@NadElliani : Dia tak patut mati.

@135174 : N that’s my fault?

Nadya mengeluh. Tidak pasti apa yang harus dikatakannya. Segalanya tidak berlaku seperti yang dirancang olehnya dan dia tidak dapat menyalahkan sesiapa.

@135174 : Calm down. This is just level 1. U got 4 more level 2 go. If u really gonna freak out like
this every time, then sorry this game is just not for u. U can quit de game now.

@NadElliani : No. Never!!

@135174 : Then, stop freaking out. I help u find their information cuz u said u want to play this
game. I’m not ur nanny. I won’t comfort u all the time.

@NadElliani : Got it. Sorry. But I won’t quit. Diorang kena bayar untuk semua yang diorang dah buat pada keluarga aku.

@135174 : Spare me the details. I don’t want 2 know. De only thing I want 2 know is do u still got the gut 2 play 4 de next level. Yes or no?

@NadElliani : YES!!!

@135174 : Then, I’ll sent u the next information in two days. Cool your head. Prepare for the next level.

Nadya menggenggam telefon bimbitnya. Merenung tajam ke skrin telefonnya. Menanti janji sahabat mayanya tika telinganya tiba-tiba saja menangkap bunyi bising yang tiba-tiba saja memenuhi kesunyian ruang rumahnya. Dia melemparkan telefon bimbitnya ke atas katil dan bangun menuju ke pintu biliknya sebelum dia meninggalkan kamarnya untuk melihat punca bunyi itu.

Matanya terbeliak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience