LIMA BELAS

Psychological Completed 9086

‘MANGSA, Khairi Jamaluddin bin Aswad yang ditemui dalam keadaan kaki kiri, tangan kanan dan lidahnya dipotong telah dikejarkan ke ICU pada pukul 3.15 pagi tadi. Manakala mayat keluarga mangsa dan penjaga anak-anak mereka yang ditemui bersama mangsa telah selamat dikebumikan sebentar tadi.’

Nadya dapat melihat suapan mamanya tiba-tiba terhenti apabila berita itu diumumkan di kaca tv.

“Kenapa, mama?”soalnya. hairan dengan tingkah wanita itu.

Papanya yang sedari tadi matanya melekat di skrin telefon bimbitnya juga turut memandang wanita itu. “Hah, awak dah kenapa?”

“TT..tak. Mama terkejut jer dengar berita tu. Boleh tak kalau tukar siaran tu? Takutlah.” balas mamanya.

“Macam-macamlah awak ni.”komen papanya sambil menekan punat off pada remote tv yang terletak di atas meja di hadapannya.

Nadya sekadar menjungkitkan bahunya sebelum menyambung suapannya. Adegan seperti itu sudah biasa dalam rumahnya. Makan dalam keadaan sepi. Semua orang hanya menumpukan kepada diri sendiri samada smartphone, tv atau berangan sepertinya. Jika ada Syukri dahulu, lelaki itu selalunya akan memberi perhatian kepadanya. Dulu. Sebelum mereka berkahwin dulu. Selepas dia tinggal bersama lelaki itu di negara yang asing baginya, dia ditinggalkan sendiri lagi sementara lelaki itu sibuk memuaskan nafsunya bersama wanita lain. Jadi, kesepian dan kesunyian begini adalah sesuatu yang biasa baginya.

“Nadya pula, bila nak balik sana? Dah lama kan duduk sini. Nanti orang cakap Nadya dah jadi janda pula.”soalan papanya membawa dia kembali ke realiti. Kembali ke sana? Kembali pada Syukri? Tak akan pernah. Dia sudah membuat keputusan sejak dia meninggalkan rumah itu, dia tidak akan pernah kembali lagi. Syukri telah membuat pilihan. Jadi, dia sendiri akan telah memilih jalannya. Tidak akan selamanya dia bertahan. Tidak akan selamanya dia menanti. Dia sudah muak.

“Hah berangan lagi. Cuba cakap betul-betul. Kamu dengan Syukri bergaduh ke?”soal papanya lagi, semakin curiga dengan tingkah Nadya.

“Mana ada kami gaduh. Kan Nadya dah cakap, Nadya balik sebab homesick. 3 tahun Nadya tak pernah balik Malaysia. Papa tak rindu Nadya ke? Baru seminggu kat sini, papa dah halau Nadya balik.” Nadya cuba mengalih topik. Malas untuk menjawab soal Syukri. Sejujurnya, dia sendiri tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan tentang hal itu.

“Bukannya papa nak halau Nadya tapi Nadya kena sedar yang Nadya tu isteri orang. Tempat seorang isteri di sisi suaminya. Mana boleh tinggal suami sorang lama-lama. Takut nanti dia cari yang lain pulak. Time tu baru nak menangis menyesal.”

“Belum tinggal pun dah banyak dia cari.”Nadya berbisik perlahan pada dirinya.

Perbualan mereka terjeda apabila telefon papanya berdering. Papanya memandang skrin telefon bimbitnya sebelum menghulurkannya kepada Nadya.

“Suami Nadya lah telefon. Katanya telefon Nadya selalunya tak berangkat. Papa suruh dia call papa waktu breakfast. Cakaplah dengan dia. Tak baik marah suami lama-lama.” Papanya bersuara lagi bersama telefon bimbit di dalam tangannya yang belum bersambut.

Nadya sekadar mengeluh. Apa yang boleh disembunyikan daripada orang yang telah membesarkannya. Dia bangun dari meja sebelum mencapai telefon bimbit di tangan papanya dan berlalu ke biliknya bersama telefon bimbit milik papanya.

“Nak ke mana tu, Nadya?”soal papanya.

“Biarlah suami isteri nak berbual. Awak tak payahlah sibuk.”dia dapat menangkap suara ibunya menjawab soalan papanya.

Nadya mengeluh apabila melihat nama ‘menantu’ di skrin telefon bimbit papanya. Dia membiarkan panggilan itu berakhir sebelum melihat sekali lagi ada panggilan masuk dari nombor yang sama. Dia membiarkan panggilan itu berakhir sekali lagi. Dan sekali lagi ada panggilan yang diterima dari nombor yang sama. Lelaki itu memang tidak tahu mengalah. Dia masih ingat apabila dia melihat telefon bimbitnya dengan lebih 300 panggilan tak berjawab diterimanya dari lelaki itu. Sekali lagi telefon papanya berdering menerima panggilan dari lelaki itu. Kali ini dia menekan ikon menerima panggilan. Telefon bimbit itu dibawa ke telinganya.

“Papa!! Erm... Nadya...”dia dapat mendengar suara lelaki itu seperti sedikit teruja apabila panggilannya akhirnya bersahut sebelum suaranya kedengaran sedikit teragak-agak seolah ingin menuntut janji papanya untuk membiarkan lelaki itu berbual dengannya. Nadya tidak bersuara.

“Sayang?” Nadya dapat mendengar lelaki itu bersuara dengan penuh harapan.

Nadya masih lagi membisu seribu bahasa.

“Sayang, Ri...”Nadya mencampakkan telefon bimbit papanya ke atas katil sebelum sempat suaminya menghabiskan kata-kata. Sengaja dia membiarkan saja lelaki itu berbual dengan tilamnya.

Dia mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas cermin soleknya dan memasukkan kata kuncinya ke dalam telefon bimbit itu dan membiarkan ia terbuka. Dia dapat melihat gambar kawinnya dan lelaki itu menjadi penghias skrin latarnya. Dia mengeluh lagi.

@NadElliani : Who’s next??

@135174 : Your first stage is not complete yet. He still ALIVE!!

@NadElliani : Yeah, I let him.

@135174 : Why?

@NadElliani : Die and leave this world is the most easiest task in this world.

That’s why he should stay alive. Live n SUFFER!!

@135174 : U r..

@NadElliani : A monster? Yes, I am. So, who’s next?

@135174 : Give me another two days. I’ll give u his detailed.

@NadElliani : I’ll wait.

Dan perbualan mereka berakhir di situ. Dia mencapai telefon bimbit papanya. Lelaki itu masih lagi di situ. Dia menekan ikon untuk menamatkan panggilan. Tidak perlu lagi Syukri dalam hidupnya. Dia hanya hidup untuk satu matlamat. Hanya satu.

Dendam harus dibalas!!

belanja lagi satu chapter sbb buat salah hari tu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience