“SAYANG, bangun. Hei, sayang. Sayang!”Nadya dapat mendengar cemas suara Syukri di tepi telinganya. Tepukan perlahan di pipinya juga membuatkan dia membuka matanya. Perkara pertama yang muncul di hadapan matanya ialah wajah cemas Syukri. Wajahnya kelihatan pucat seolah melihat hantu. Tapi Nadya sendiri juga tidak kurangnya. Nafasnya menderu laju dan jantungnya berdegup kencang seolah baru selesai menamatkan larian marathon. Peluh juga membasahi tubuhnya seperti mandi.
Nadya merenung wajah Syukri lama. Siapa dia? Lelaki ini pasti boleh menjawabnya dengan mudah. Dari apa yang diingatnya, sejak mula di mana memorinya tidak berselirat, iaitu ketika dia berusia 10 tahun, lelaki itu sudah ada dalam hidupnya. Jadi, untuk mengesahkan memorinya sebagai Iesha atau sebagai Nadya ialah yang benar, lelaki itu pasti layak untuk melakukannya. Namun, dia tidak pasti andai dia benar-benar ingin mengetahuinya.
Jika lelaki itu mengesahkan bahawa dia anak angkat keluarganya yang sekarang, dia pasti tidak sanggup menghadapi mata yang akan memandangnya dengan simpati itu. Tapi jika lelaki itu mengatakan memorinya sebagai Nadya ialah yang sebenar, bagaimana dengan 7 orang yang telah diragut nyawanya? Yang telah dirampas hak mereka untuk terus bernyawa. Siapa mereka kepadanya? Dan untuk apa dia melakukan ini semua?
Tidak, dia tidak perlu bertanya. Dia tahu dia ialah Iesha. Memorinya sebagai Nadya yang berusia 5 tahun hanyalah sekadar keinginan terpendamnya untuk memiliki memori waktu kecil yang sempurna dengan keluarga yang sempurna dan seorang lelaki yang menjadi hero dalam hidupnya dari kecil sehingga dewasa. Ya, pasti mimpinya berlaku kerana itu.
“Sayang? Hei, pandang Ri. Sayang okey tak ni?” Syukri menyeka peluh isterinya sebelum rambut wanita itu diselak ke belakang sambil cuba memanggil wanita seperti sudah tenggelam dalam dunianya.
Nadya memandang Syukri yang kemudiannya menuangkan air dari jar yang terletak dalam tray di atas nightstand di sebelah katilnya ke dalam gelas yang terletak di tempat yang sama sebelum gelas itu dihulurkan kepadanya.
Nadya meneguk air yang diterima dari suaminya untuk membasahi kerongkongnya yang sudahpun kontang seperti tidak pernah dibasahi untuk sekian lama.
“Sayang nak makan tak?”soal Syukri ketika dia menghulurkan kembali gelas itu kepada Syukri.
Soalan itu sekadar dibalas dengan gelengan. Perutnya mungkin sedang rancak berkeroncong namun seleranya untuk menjamah walau secubit pun makanan adalah kosong.
“Sayang, please makan sikit. Dah 3 hari sayang tak makan.” Syukri cuba memujuk.
Sekali lagi dia sekadar menggelengkan kepala. Biar bagaimanapun orang yang dicintainya mahupun perutnya cuba memujuk, dia benar-benar tidak rasa dia dapat menelan apa-apa di saat ini.
“Sayang, please.”lelaki itu masih cuba memujuknya. 3 hari tanpa makan bermakna 3 hari dia tidak sedarkan diri selepas tembakan itu. Tembakan itu..
Nadya mengerling ke arah bahunya yang masih berbalut. Kesakitan itu sudah tidak sesakit kali pertama peluru itu menyentuhnya. Dia masih ingat di saat dia cuba mengeluarkan Irdina dari kereta, dia terdengar bunyi sebuah lagi kereta yang meluncur laju ke arahnya dan tanpa dia sempat untuk bereaksi, satu tembakan telah dilepaskan ke arahnya. Reaksi pertamanya adalah untuk melarikan diri dan tembakan kedua dilepaskan ke arahnya lagi di bahu yang sama namun di tempat yang berbeza. Dan ketika dia cuba terjun dari tebing, satu lagi tembakan dilepaskan ke bahunya yang sama. Ketika dia menyembunyikan diri di bawah jambatan, hanya Syukri yang ada dalam kepalanya. Dia ingat dia memanggil lelaki itu dengan smartwatchnya. Dia ingat mendengar suara lelaki itu di talian. Dan setelah itu semuanya gelap. Dia sudah tidak pasti apa yang berlaku.
“Sayang! Ri ambilkan makanan, okey?” Syukri masih lagi cuba memujuknya untuk makan. Pasti lelaki itu risau. Sudah menjadi nature lelaki itu untuk melindunginya sejak mereka masih kecil. Setelah semua yang terjadi kepadanya, dan dia masih lagi menolak untuk makan, pastilah lelaki itu akan gelisah. Namun dia masih tetap menggelengkan kepalanya.
Kali ini Nadya merebahkan diri membelakangkan Syukri untuk membuktikan niatnya. Dia dapat melihat dari tingkap bahawa siang sudahpun menjelma. Dia juga tidak mungkin dapat melelapkan mata sekali lagi selepas mimpi yang dialaminya tadi. Tapi dia masih juga ingin merebahkan tubuhnya merasakan empuknya tilam ini. Dia sekadar ingin merehatkan dirinya. Dia lelah biarpun apa yang dilakukannya selama 3 hari itu hanyalah berbaring. Dia dapat mendengar Syukri melepaskan keluhan.
“Kalau sayang nak makan nanti, sayang beritahu Ri okey.” Syukri akhirnya mengalah. Kedegilan Nadya memang sukar untuk dipatahkan.
Nadya dapat merasakan Syukri sedang cuba memanjat turun dari katil dan dia segera menangkap lengan lelaki itu. Reflek. Itulah satu-satunya alasan untuk tingkahnya di saat itu. Dia dapat melihat mata Syukri terbuntang memandangnya. Mungkin kerana ini kali pertama Nadya memulakan langkah setelah sekian lama wanita itu mengelak darinya.
Janggal. Hanya itu yang ada diantara mereka di saat ini namun Nadya masih belum mampu untuk melepaskan genggamannya. Dia masih tidak mahu untuk melepaskan lelaki itu. Dia ingin lelaki itu berada di sampingnya. Mungkin dia masih lagi marah namun di saat ini dia memerlukan lelaki itu untuk ada di sini.
“Okey, Ri temankan sayang rehat.” Syukri bersuara. memahami kehendak isterinya tanpa perlu wanita itu bersuara.
Nadya melepaskan genggamannya dan kembali merebahkan diri membelakangkan Syukri. Dia dapat merasakan tilam di belakangnya tenggelam apabila lelaki itu merebahkan diri di belakangnya. Bahunya yang masih berbalut itu dikucup sebelum lelaki itu memeluk pinggangnya menarik tubuhnya agar belakangnya rapat ke dada Syukri. Dia dapat merasakan kucupan pada belakang kepalanya membuatkan matanya terpejam. Menikmati ketenangan dan rasa selamat yang lelaki itu berikan kepadanya. Hanya lelaki itu saja yang mampu memberikan perasaan sebegitu kepadanya.
“I love you!” lafaz lelaki itu di saat belakang telinganya dikucup membuatkan mata Nadya kembali terbuka. Ada keikhlasan dalam nada lelaki itu namun hatinya sakit apabila mendengarnya. Masih ada persoalan yang sering bermain di mindanya.
“Kalau Ri cintakan Nadya, kenapa Ri curang dengan Nadya?”soalan yang sudah hampir 2 tahun dipendamkannya. Dia dapat merasakan tubuh lelaki itu tegang di belakangnya. Pelukan lelaki itu dieratkan seolah lelaki itu takut andai dia cuba melarikan diri. Kepala lelaki disembunyikan di lehernya.
“Ri minta maaf. Sorry!” Syukri bersuara perlahan namun masih jelas di telinganya.
“Kenapa Ri curang dengan Nadya?” Nadya mengulangi soalannya. Dia tidak perlukan kata maaf. Dia hanya ingin tahu alasan lelaki itu untuk menghancurkan hatinya. Menyiksa batinnya.
Bagi Syukri pula, dia sudah menunggu soalan itu dari bibir wanita kesayangannya ini sejak mula. Dia mengharapkan soalan ini sejak kali pertama namun dia selalu hampa. Akhirnya dia mengalah untuk terus menunggu. Dan kini setelah isterinya akhirnya bertanya, dia pula yang kelu untuk menjawabnya. Dia takut. Sungguh dia takut andai wanita itu akhirnya pergi meninggalkannya. Dia takut andai hubungan yang terbina sejak sekian lama akhirnya musnah begitu saja kerana dirinya sendiri. Dia takkan mampu menghadapinya. Dia tidak sanggup melepaskan wanita itu walau apapun yang terjadi.
“Ri cakap Ri cintakan Nadya. Ri sendiri yang nak Nadya ada di sisi Ri selalu. Ri sendiri yang pilih untuk jadikan Nadya Elliani sebagai isteri kepada Syukri Ellias yang sah. Tapi kenapa Syukri Ellias tak pernah layan Nadya Elliani sebagai isteri? Kenapa yang ada dalam pelukan Syukri Ellias setiap malam adalah orang lain dan bukannya Nadya Elliani? Kenapa Ri diam? Jawablah Ri. Nadya perlukan jawapan. Atau Ri rasa Nadya tak cukup bagus untuk Ri? Or sebab you love me but you’re not in love with me.”soal Nadya lagi apabila Syukri tidak bersuara. rasanya inilah dialog yang paling panjang yang pernah dituturkannya sepanjang hidupnya. Dia dapat merasakan air matanya sudah mengalir ke bantal.
“Sebab Ri selfish. Sebab Ri nak sayang halang Ri sekali jer and Ri akan berhenti. Ri nak tahu yang sayang balas perasaan Ri. Tapi sayang tak pernah cakap apa-apa sekalipun. Ri putus asa. Ri tahu sayang tak boleh balas perasaan Ri tapi Ri selfish. Ri tak boleh lepaskan sayang juga. Ri akan mati kalau sayang jadi milik orang lain. Jujur Ri cakap waktu sayang menangis sebelum balik Malaysia hari tu, tu hari yang paling bahagia dalam hidup Ri. Ri tahu Ri salah tapi Ri rasa buat kali pertama hari tu yang Nadya akhirnya cintakan Ri juga. Betul Ri pergi jumpa perempuan lain hari tu tapi Ri jumpa diorang untuk putuskan hubungan. Kalau sayang cintakan Ri, Ri takkan pandang perempuan lain pun. Bila Ri balik rumah and tengok semua barang sayang dah hilang, Ri rasa macam nak mati. Ri cuba nak beri sayang ruang so Ri cuba untuk tak call sayang tapi Ri tak boleh. Ri nak terus kejar sayang balik sini tapi hidup bukannya movie. Ri terpaksa settlekan semua kerja Ri dulu plus Ri demam. Lepas semua settled Ri terus balik sini. Waktu Ri jumpa sayang, Ri rasa macam Ri dah dapat balik nyawa Ri. Ri tahu Ri salah. Tapi Ri merayu, jangan tinggalkan Ri. Tolong jangan buang Syukri Ellias dari hidup Nadya Elliani. Ri tak boleh hidup tanpa Nadya.”rayu Syukri.
Nadya sekadar menggigit bibirnya tanpa memberi sebarang reaksi. Dia tidak pasti apa yang dirasakannya di saat ini. Syukri meleraikan pelukannya dan bangun dari perbaringannya sebelum mengangkat Nadya untuk turut sama bangun dan duduk menghadapnya.
“Sayang, tinggalkan semua yang Nadya dah buat ni. Kita balik rumah kita. Kita bina hidup baru.” Syukri bersuara sambil memegang kedua-dua tangan Nadya.
“Tinggalkan semua yang Nadya buat?” Nadya mengulangi kata-kata Nadya dengan tanda tanya. Syukri tahu?
“Ri tak bodoh, sayang. Ri tahu. Sebab tu Ri minta Nadya tinggalkan semua ni. Kita mulakan hidup baru. Sebelum sesiapa tahu, tinggalkan semua ni.”kata-kata Syukri membuatkan Nadya menarik kembali tangannya dari genggaman lelaki itu. Kepalanya digelengkan sekali lagi.
“Nadya tak boleh.”
“Kenapa?”
“Nadya kena selesaikan dendam Nadya.” Syukri mengeluh apabila mendengar jawapan isterinya. Bila mereka balik ke rumah nanti, dia patut mula menggunakan parental control dan menyekat semua saluran thriller, blood and gore yang selalu ditonton wanita ini. Rasanya dia sudah menonton terlalu banyak genre sebegitu sehingga dia jauh terpengaruh.
“Dendam apa, sayang? Apa jer yang diorang dah buat kat sayang? Ri bet sayang tak pernah jumpa diorang pun sebelum ni.”
“Diorang bunuh keluarga Nadya.” Okey, mungkin dia perlu mengaturkan psikiatri juga untuk Nadya. Wanita ini sudah berada di hadapan skrin terlalu banyak sehingga dia mula berhalusinasi yang bukan-bukan.
“Sayang, pandang Ri.”dia memegang dagu Nadya membiarkan wanita itu bertentangan mata dengannya sebelum menuturkan katanya satu persatu agar berjaya dihadamkan oleh wanita di hadapannya, “Mama dan papa tak mati lagi, sayang. Mama ikut kelab dia pergi melancong, sayang ingat kan? Papa pergi bisnes trip, sayang. Ri pun still ada depan sayang. Ri bukan roh ataupun hantu. Ri hidup lagi. And sayang pun anak tunggal. Keluarga sayang yang mana yang diorang dah bunuh?”
“Diorang dah bunuh keluarga kandung Nadya.”jawapan Nadya benar-benar membuatkan Syukri ingin menjerit. Dia lebih rela wanita itu berkata membunuh ialah hobinya yang terbaru berbanding mendengar jawapan sebegini. Dia menarik nafas dan melepaskannya kembali. Mencuba untuk menenangkan dirinya.
“Okey. Katakanlah apa yang sayang cakap ni betul, Ri nak tahu macammana sayang tahu yang sayang ni anak angkat dan macammana sayang tahu yang diorang ni dah bunuh keluarga kandung sayang?”soal Syukri lagi. Ingin tahu perkara yang berada dalam fikiran isterinya.
“Nadya dah dapat balik memori Nadya. Nadya ingat keluarga kandung Nadya. Nadya ingat nama Nadya yang dulu. Nadya ingat permainan yang diorang mainkan. Nadya Cuma 9 tahun waktu tu tapi diorang bunuh ayah Nadya depan Nadya. Diorang bunuh kucing Nadya. Nadya terpaksa lari sorang-sorang tinggalkan ibu sebab Nadya takut. Diorang nak cari Nadya. Diorang nak bunuh Nadya.”adu Nadya.
“Kalau sayang betul dah dapat balik memori, siapa nama penuh sayang sebelum sayang jadi Nadya? Macamamana rupa parents sayang? Apa pekerjaan diorang?”soal Syukri.
Nadya terdiam. Dia cuba untuk memikirkan jawapan namun tidak berjaya.
“Tahu tak kenapa sayang tak boleh jawab? Sebab sayang tak pernah hilang ingatan. Memori yang sayang sebut tu tak pernah wujud. Kita membesar sama-sama, sayang. Benda yang sayang cakap tu tak pernah wujud.”
“Ri cakap apa ni, Ri? Tak mungkin, Ri. Kalau Nadya bukan Iesha, dendam siapa yang Nadya balas?”soal Nadya.
“Sayang, dengar cakap Ri. Lupakan semua ni. Kita balik rumah kita. Anggap jer semua ni mimpi ngeri.” Syukri bersuara sambil membawa tangannya ke dalam genggamannya.
“Ri, dah terlambat. Permainan dah bermula. Nadya dah tak boleh berhenti. Ri baliklah. Mulakan hidup baru tanpa Nadya.” Nadya bersuara sambil menarik kembali tangannya.
“Okey. Kalau tu yang sayang nak, Ri hormat keputusan sayang.”jawapan Syukri membuatkan matanya terbeliak. Lelaki itu sudah berjanji tidak akan meninggalkannya, kan?
Nadya dapat melihat bagasi milik Syukri sudah mula dipenuhi dengan pakaiannya. Dia dapat merasakan matanya mula berair namun dia tetap cuba menahan. Ketika Syukri menarik bagasinya masuk ke dalam kereta juga, dia masih tidak menghalang. Tapi setelah kereta Syukri melepasi pagar rumahnya, dia terduduk di situ bersama air matanya.
Ketika dia mendengar bunyi kereta kembali di perkarangan, dia segera bangun dan berlari ke pintu. Jika kali ini Syukri kembali kepadanya, dia akan tinggalkan segalanya dan kembali bersamanya. Tapi belum sempat dia sampai ke pintu, dia hampa. Mamanya masuk melalui pintu itu bersama bagasinya. Mungkin baru kembali dari percutian bersama kawan-kawannya. Nadya kembali terduduk di situ. Syukri benar-benar sudah pergi meninggalkannya. Syukri sudah penat dengannya.
“Nadya, kenapa ni?”soal mamanya yang kelam kabut datang kepadanya.
“Ri dah tinggalkan Nadya. Ri dah tak nak Nadya lagi.”tangis Nadya sambil memeluk mamanya yang datang di hadapannya.
“Tak mungkin Ri boleh tinggal Nadya, kan. Nadya jangan risaulah.”pujuk mamanya.
“Tak, mama. Ri dah tinggal Nadya. macammana Nadya nak hidup kalau Ri takde.”
“Macammana Ri nak hidup tanpa nyawa Ri.”suara yang datang dari arah pintu itu membuatkan Nadya memandang ke arahnya. Dia segera berlari ke dalam pelukan lelaki itu apabila melihat lelaki itu mendepakan tangannya.
“Kita balik yer, sayang.” Nadya sekadar mengangguk dalam pelukannya.
“Mama, kami nak balik sana hari ni. Ri dah cakap kat papa dah.” Syukri bersuara sambil menggosok belakang isterinya yang masih lagi menangis. Bagaimana dia mampu meninggalkan wanita itu apabila dia sendiri yang tersiksa bila mereka berjauhan.
“Ha, eloklah tu. Papa pun dah tanya banyak kali bila korang nak balik sana.”balas mamanya selamber. Hasrat untuk membawa Nadya kembali ke rumah sudah disuarakan Syukri berkali-kali. Jadi, mamanya memang sudah bersedia untuk ini.
“Hai, macam tak suka jer kami kat sini.”gurau Syukri.
“Bukannya tak suka tapi dah lama sangat kamu kat sini. Papa risau kalau-kalau kerja kamu nanti terabai. Kalau lelaki memang pasal kerja jerlah yang diorang fikir.”balas mamanya.
“Pasal isteri pun fikir juga, ma.”balas Syukri lagi.
“Pasal isteri takpe. Jangan pasal perempuan lain sudahlah. Ni korang dah nak bertolak ke airport ke ni?”soal mamanya.
“A’ah ma. Kami kena beli tiket sekali.”
“Kejap, Nadya tak kemas barang lagi.”kata Nadya sambil merungkai pelukan Syukri di bahunya namun tidak berjaya.
“Ri dah masuk sekali dalam beg tadi.”balas Syukri selamber membuatkan mata Nadya terbeliak. Rupa-rupanya lelaki itu memang sudah menjangkakan semua ini. Sia-sia air matanya.
“Ri jahat.”
“Kalau tak buat macamni, sayang takkan dengar cakap Ri.” Syukri membalas sambil mengheret isterinya mengikutnya ke kereta.
Mamanya sekadar menggelengkan kepala sambil ketawa melihat gelagat mereka. Baru balik sudah kena menghadap drama. Namun tawanya tidak bertahan lama. Senyumannya menghilang tanpa tanda apabila kereta yang dipandu Syukri telah meninggalkan rumahnya. Dia memandang skrin telefon bimbit dalam tangannya.
“Kau takkan menang, Iesha! Kau takkan boleh sentuh keluarga aku!” mamanya bersuara kepada handphone bimbit yang berskrin gelap itu.
One hella long chapter
Share this novel