NADYA membuka matanya. Dia sudahpun berada di atas katil di saat dia terjaga. Suaminya juga tiada di sebelahnya. Dia menoleh ke sisi katilnya. Dia dapat melihat wajah suramnya dalam pakaian pengantin sambil Syukri tersenyum di sisinya di dalam foto yang terbingkai dengan megahnya menghiasi dinding kamar mereka. Bukannya dia dipaksa kawin dan bukan juga kerana dia tiada perasaan terhadap lelaki itu. Cuma dia memang begitu. Dunianya hanya ada kegelapan dan kehampaan. Pintu kamarnya yang tiba-tiba saja dibuka membuatkan dia tersedar dari lamunannya.
“Oh, sayang dah bangun. Ri ada bawa makanan untuk sayang.”Syukri bersuara sambil melangkah masuk bersama tray yang berisi makanan di tangannya. Tray makanan itu diletakkan di atas meja disebelah katilnya. Lelaki itu melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya.
Nadya sekadar tersenyum kepadanya. Seperti biasa tanpa sebarang suara. Umpama ada permata dalam mulut isterinya itu sehingga terlalu berat untuk wanita itu bersuara. Rasanya sepanjang perkahwinan mereka, hanya beberapa kali saja dia pernah mendengar suara isterinya seolah wanita itu telah membuat sumpah bisu. Atau adakah dia yang telah menghancurkan wanita itu sehingga dia diam seperti ini?
Syukri memandang wajah isterinya yang turut memandangnya di saat itu dengan pandangan tidak bersalah di matanya. “I love you. Believe me, I really do.” Dia tidak pasti mengapa dia selalu mengulangi kata-kata itu. Entah mengapa dia begitu ingin wanita itu meyakini perkara itu.
Sekali lagi Nadya sekadar menghadiahkan senyuman kepadanya. Tangannya segera mencapai pinggan yang berisi pancake yang diletakkan di atas tray itu. Perlahan menyuapakan secebis pancake itu kedalam mulutnya. Secebis lagi dibawa ke mulut suaminya. Belum sempat pancake itu sampai ke mulut suaminya, ringtone handphone suaminya berbunyi. Dia sempat mengerling ke arah skrin handphone lelaki itu. Nama ‘Ashley’ jelas tertera di skrin handphone lelaki itu.
Syukri segera mencapai handphonenya dan segera menekan butang untuk menolak panggilan telefon yang diterimanya. Dia meletakkan handphonenya di sisi dan kembali membuka mulut untuk menerima suapan dari isterinya. Tetapi sekali lagi ringtone telefonnya membantutkan perbuatannya. Dia mendengus geram dan menekan butang ‘reject’ sekali lagi. Belum sempat dia meletakkan handphonenya ke bawah, sekali lagi handphonenya berbunyi.
“Just pick up your phone.”Nadya bersuara sambil menyuapkan cebisan yang dipegangnya tadi ke dalam mulutnya sendiri membuatkan lelaki itu memandangnya. Kali pertama dia bersuara setelah sekian lama.
Deringan telefon bimbitnya dibiarkan tidak bersambut. Syukri terlalu leka memandang wajah isterinya.berharap agar sekali lagi dia dapat mendengar suara isterinya. Suara yang dirinduinya.
Mungkin kerana sudah terlalu rimas dengan bunyi deringan telefon bimbit suaminya, Nadya merampas telefon bimbit dari tangan lelaki itu dan leretkan ke lambang jawab sebelum menyerahkan kembali telefon bimbit lelaki itu. Mahu tidak mahu, terpaksalah lelaki itu melayan juga wanita yang berulangkali menghubunginya itu.
“It won’t be long, I promise.”Syukri bersuara kepadanya. Kata-kata lelaki itu hanya dibiarkan bersama angin lalu. Lelaki itu melangkah keluar dari kamar mereka bersama dengan telefon bimbit di tangannya. Mungkin cuba untuk menjaga hati isterinya dengan tidak membiarkan dia mendengar perbualan mereka. Atau mungkin juga supaya mereka lebih bebas berbual tanpa batas.
Nadya mencapai tisu dari kotak di atas meja di sisi katilnya dan mengesat jarinya sebelum dia mencapai telefon bimbitnya yang terletak di sebelah kotak tisu itu. Password telefon bimbitnya dimasukkan satu demi satu. Skrin handphonenya kini menunjukkan home. Satu notification dari ruangan chat yang disertainya muncul di skrinnya.
Satu chat diterima dari rakan maya yang baru dikenali semenjak kali pertama dia menyertai applikasi itu. Orang pertama dan satu-satunya yang berbual dengannya.
@135174 : There’s no point in waiting there. He’ll just hurt you again.
@135174 : Just come back already. Yeah, nothing will really change but at least you know where to run.
@135174 : Oh, btw, I got you the ticket since I know you won’t buy it yourself. What you want to do with it, you decide.
3 chat diterima bertarikh semalam daripada sahabat mayanya bersama attachment tiket kapal terbang yang telah ditempah. Tiket yang bertarikh hari ini, pukul 5.00 petang.
Nadya memandang jam di dinding kamarnya. Dia masih ada 5 jam 03 minit sebelum waktu yang ditetapkan. Rasanya dia sudah tidak memerlukan tiket itu. Syukri akan berubah. Lelaki itu akan memilihnya.
Satu peluang. Hanya satu lagi. Jika kali ini lelaki itu memilih untuk berpaling darinya sekali lagi, jika lelaki itu memilih untuk melangkah pergi darinya, jika lelaki itu melepaskan tangannya kali ini, dia akan pergi.
@NadElliani : TQ for the ticket. I’ll think about it. Just give me your account number and I’ll pay back for the ticket.
Segera jemarinya menaip dan menekan hantar. Tidak ingin niat baik sahabat mayanya itu dibiarkan sepi biarpun pesanan itu ditinggalkan semalam. Belum sempat dia menekan butang log keluar dari applikasi itu, satu pesanan diterimanya.
@135174 : No worry. Aku akan tuntut balik semua hutang aku dengan bunganya sekali bila kau sampai Malaysia nanti.
Rasanya itulah kali pertama @135174 menulis dalam bahasa melayu kepadanya. Mungkin untuk mengalukan kepulangannya ke Malaysia. Kali ini chat dari sahabat mayanya itu tidak dibalas. Dia tidak pasti apa yang patut ditulisnya. Mungkin kerana itu dia sukar mempunyai kawan. Satu-satunya sahabat yang dia ada sejak zaman kanak-kanaknya hanya satu. Hanya Syukri Elliyas seorang.
Mungkin itu adalah alasan sebenar Syukri menikahinya. Hanya untuk menjaganya. Kerana itu tugasan dan tanggungjawab lelaki itu sejak zaman kanak-kanak mereka. Mungkin kerana itu juga lelaki itu tidak pernah menyentuhnya lebih daripada sekadar pelukan dan kucupan. Mungkin kerana itu juga lelaki itu lebih memilih untuk memuaskan nafsunya dengan orang lain. Kerana dia hanyalah satu kebiasaan kepada lelaki itu. Cinta lelaki itu terhadapnya hanyalah sebagai seorang sahabat yang selalu menjaganya. Seperti cinta seorang wira yang mengabdikan hidupnya untuk melindungi sang puteri.
Kali ini Nadya tidak akan membiarkan itu terjadi lagi. Syukri harus memilih untuk mencintai dan melayannya sebagai seorang isteri atau membiarkan dia pergi. Kerana dia sudah tidak mampu bertahan lagi. Sudah tidak mampu lagi menunggu untuk lelaki itu memandang ke arahnya dan hanya dia seorang. Hanya kali ini. Kerana ini adalah peluang terakhir untuk Syukri.
Nadya bagun dari katilnya menuju ke pintu kamarnya. Ingin mencari suaminya yang masih lagi tidak kembali setelah keluar menjawab panggilan tadi. Sudah banyak masa yang dibazirkan untuk wanita lain. Hanya hari ini saja dia ingin lelaki itu menghabiskan masa bersamanya. Entah mengapa dia merasa agak ‘clingy’ hari ini.
Belum sempat Nadya memulas tombol pintu kamarnya, pintu itu telahpun dibuka dari luar. Suaminya kini berdiri di hadapannya. Mata mereka bertentangan buat seketika.
“Where are you going?”soal suaminya. Hairan melihatnya yang berada di hadapannya.
“Na..”belum sempat dia bersuara, suaminya segera memotong.
“Nevermind. I just want to tell you that I have to go now but I promise.. I really promise that I’ll come home early. I promise.”lelaki itu bersuara sebelum meninggalkannya yang masih lagi berdiri di hadapan pintu bilik yang telahpun tertutup kembali umpama pintu hatinya yang dihempas tertutup rapat.
Ya memang dia percaya lelaki itu akan pulang awal. Pasti lelaki itu akan pulang awal. Awal pagi seperti selalu dengan betina yang bergayut di lehernya yang kemudiannya akan dikerjakan oleh lelaki itu sepanjang malam. Dia sudah penat hidup begitu. Dia sudah penat untuk berlakon seperti tidak peduli. Dia sudah mencapai keputusannya.
Tangannya mencapai telefon bimbitnya. Jemarinya menaip laju pada skrin telefon bimbitnya.
@NadElliani : I’m coming home!?
Share this novel