TIGA PULUH SATU

Psychological Completed 9086

KOSONG. Itulah yang dirasakan Irdina saat melihat jenazah papanya dimasukkan ke dalam liang lahad. Tiada tangisan. Tiada air mata yang menemaninya. Tiada juga kesedihan mahupun kepiluan. Dia sekadar memandang kosong situasi di hadapannya. Semua yang datang dan pergi di hadapannya. Semua yang cuba berbicara dengannya hanya dipandang kosong seolah mereka adalah watak 3D yang tampak nyata di hadapannya. Dia seolah sedang menonton wayang bisu. Dia dapat melihat mereka namun semuanya berlaku tanpa suara.

“Dina!” Irdina memandang wanita tua yang memegang bahunya.

“Sabar ye, nak. Allah lebih sayangkan dia.”wanita tua itu bersuara. Irdina sekadar mengerutkan dahinya. Bukan dia tidak memahami maksud kata wanita itu. Dia hanya hairan apa yang wanita itu lakukan di sini. Orang yang konon menganggapnya seperti anak sendiri namun memutuskan segala perhubungan dengannya hanya kerana Adam menikahi wanita lain. Konon untuk menjaga hati menantunya. Jadi, untuk apa dia di sini. Cuba berlagak seperti seorang ibu sekali lagi? Kerana menantunya sudah meninggal, jadi wanita itu boleh melayannya sebagai seorang anak sekali lagi? Dia tidak memerlukan ibu seperti itu.

“Dina?”wanita tua itu bersuara dengan lembut sekali lagi.

Irdina menepis tangan wanita tua itu. Tidak ingin disentuh dengan lebih lama. Dia merasa jijik dengan sentuhan wanita itu. Dia merenung tajam ke dalam mata wanita itu sebelum berlalu.

“Patutlah jadi anak yatim. Tak ada adab.”kasar wanita tua itu bersuara namun ia mengundang senyuman pada wajah Irdina yang kosong sejak tadi. Dia kembali berpusing memandang wanita tua itu.

“Sebab tu ke menantu dan cucu makcik mati sebelum dilahirkan? Sebab makcik pun biadap?”soalnya bersama senyuman. Wanita yang pernah dipanggil mak itu kini telahpun dipisahkan dengan jurang yang dibina olehnya. Tiada lagi kasih sayang mahupun hormat terhadap wanita itu.

“Kau..” wanita tua itu cuba untuk menamparnya namun anaknya sempat menangkap tangan wanita itu disaat Irdina masih lagi memandang wajahnya dengan senyuman mengejek.

“Mak! Uncle baru meninggal, kan. Janganlah buat macamni. Malu orang tengok.” Adam bersuara perlahan. Hanya cukup untuk didengari oleh mereka berdua saja.

“Mak lah yang salah? Dia yang biadap dengan mak.”wanita tua itu terus menghamburkan kemarahannya namun suara itu bagaikan tersekat dari telinga Irdina.

Papanya sudah mati! Melihat tubuh papanya yang berbalut dengan kain putih itu masih belum cukup untuk menyedarkannya. Melihat jenazah ayahnya dikebumikan, masih belum cukup untuk menampar realiti itu ke mukanya. Mendengar talkin dibacakan masih lagi belum dapat menanam realiti itu dalam kepalanya. Tapi kata-kata Adam. Kata-kata lelaki itu cukup untuk menarik kakinya yang masih lagi berada di awangan dan menghumbannya ke alam realiti. PAPANYA TELAH TIADA LAGI DI DUNIA INI!

Sekali lagi Irdina melangkah pergi mengikut ke mana kakinya ingin membawanya. Suara Adam yang memanggilnya tidak dihiraukannya. Siti Sharifa yang cuba untuk menegur atau memujuknya juga tidak diperdulikannya. Malah di saat dia tiba di bahu jalan dan seseorang menariknya masuk ke dalam kereta juga dia masih lagi tidak bereaksi dan sekadar menyandarkan kepalanya di tingkap kereta.

Dia merasakan kehangatan tangan yang amat dikenalinya menyentuh tangannya membuatkan dia memandang lelaki yang sedang memandu itu.

“Fikry, you’re here!” Irdina bersuara ceria.

Fikry membalas senyuman Irdina dengan senyuman lembut di wajahnya tanpa membalas kata-kata Irdina. Dia sekadar mengelus lembut tangan Irdina di dalam genggamannya sambil sebelah lagi tangannya mengawal stereng kereta.

“Fikry, do you know papa is dead?”soal Irdina tiba-tiba.

Fikry sekadar menganggukkan kepalanya. Tidak menjawab. Dia tidak rasa Irdina memerlukan jawapan darinya. Wanita itu sedang cuba untuk menerima hakikat tentang semua yang berlaku. Keretanya dihentikan apabila mereka samapi ke destinasi yang ingin dituju. Dia membuka seatbeltnya sebelum membuka seatbelt Irdina.

“2 minutes. I just late by 2 minutes and all I heard was the flatline. I can save him. I should save him but they kept saying that he’s gone and there’s nothing I can do about it.”adu Irdina lagi namun masih tiada air mata yang mengalir mahupun bergenang di kelopak matanya.

Fikry melangkah keluar sebelum membuka pintu di sebelah wanita itu dan menarik wanita itu untuk turut keluar bersamanya. Bersandar di pintu kereta namun berdiri tegak menghadapnya.

“Cry!” Fikry bersuara untuk pertama kalinya sejak tadi.

“Huh? For what? I’m a doctor, Fikry. People die everyday in my line of work. This is nothing. This is nothing. This is nothing.” Irdina cuba meyakinkan diri sendiri bahawa dia cukup kuat untuk menerima takdir. Meyakinkan dirinya bahawa dia terlalu kuat untuk menangis. Meyakinkan dirinya bahawa kematian hanyalah satu proses dalam hidup. Lagipun, dia sudah melihat kematian setiap hari di sepanjang kerjayanya. Dia juga sudah kehilangan ibu dan bapa kandungnya. Ini hanyalah seorang ayah angkat. Jadi, mengapa dia harus menangis?

“Siapa cakap pasal papa kau? Nangislah sebab aku akan tinggal kau sensorang kat sini tanpa barang-barang kau. Takde siapa pun yang tahu kau kat sini.” Fikry menarik bahu Irdina menjauhi keretanya sebelum dia kembali ke tempat duduk pemandu dan meluncurkan keretanya laju meninggalkan Irdina di situ.

Irdina sekadar memandang Fikry meninggalkannya sendirian. Lelaki itu tidak akan pergi jauh. Hanya menyembunyikan kereta agar tidak kelihatan pada pandangannya namun masih lagi dekat untuk segera tiba apabila dia memerlukannya. Dia tahu itu. Dan lelaki itu juga tahu dia tahu. Tapi mereka berdua juga tahu bahawa dia memerlukan alasan untuk menangis. Air matanya mula mengalir membasahi pipinya. Dia duduk di situ sambil memeluk lututnya. Dia menangis kerana dia ditinggalkan sendirian di tempat yang tidak diketahuinya. Siapa yang cuba dia tipu? Di sini hanya ada dia dan dirinya. Dia membuat penipuan yang dia sendiri sukar untuk percaya.

Sewaktu pertama kali dia tahu bahawa dia mangsa seterusnya, dia tahu papanya akan mati juga. Tetapi begitu juga dia. Sekurang-kurangnya mereka akan mati bersama. Sekurangnya dia tidak akan dibiarkan bersendirian begini. Kesepian mula melanda dirinya. Dia bencikan kesepian itu. Namun kerana kesepian yang sama dia memiliki Fikry dalam hidupnya.

Dia masih ingat 3 hari selepas kematian ibunya dia banyak menghabiskan masa di pusat rawatan mental sambil mengingati memori bersama ibunya di situ. Kebetulan pada hari itu, Fikry perlu menjalani sesi terapinya secara terpaksa oleh adiknya Lyn yang entah untuk kali ke berapa untuk pelbagai isu. Yang paling utama ialah obsesi terhadap teman wanitanya. Wanita itu dikurung di dalam rumahnya selama bertahun sebelum dia sempat melepaskan diri dan membuat laporan polis ke atas lelaki ini. Memandangkan kerjaya Fikry sebagai gangster dan penjual senjata api, boleh saja dia membunuh wanita itu dan hapuskan mayatnya bagi menyelesaikan isu itu namun Lyn tidak suka pembunuhan kerana sesuatu yang bodoh. Kerana itulah Fikry didaftarkan untuk sesi terapi ini.

Masalah terbesarnya adalah tiada yang mahu menjadi ahli terapi untuknya kerana pakar psikatari yang sebelum itu habis dicederakannya. Untuk melupakan kesepiannya, Irdina melangkah masuk ke dalam bilik itu disambut dengan tajam renungan Fikry ke arahnya. Mungkin memikirkan cara untuk menyingkirkannya. Lelaki ini adalah berita buruk untuknya, dia tahu namun dia tidak pasti mengapa loceng amaran di dalam kepalanya semuanya langsung tidak berbunyi apabila dia mendekati lelaki itu. Mungkin kesepian yang dirasakannya telah melumpuhkan semua loceng amaran itu.

Pada awalnya, sesi terapi mereka bermula seperti biasa. Mungkin kerana tangan Fikry yang digari ke belakang oleh Lyn membuatkan Irdina masih lagi selamat. Namun sehingga ke pertengahan sesi, Fikry masih lagi tidak memperdulikannya. Melayannya seolah dia tidak wujud membuatkan kesepian itu kembali menjengah. Dia benci apabila dia tidak diperdulikan. Hatinya sakit. Selalunya dia akan mematuhi segala etika kerjanya sehingga ke akhirnya. Hanya hari itu berbeza.

Dia memandang Fikry yang memandang ke arah lain. Jika dilihat dari luarannya, Fikry kelihatan seperti lelaki sempurna yang boleh membuatkan wanita bergaduh untuk merebut hatinya. Ditambah dengan kekayaan yang dimilikinya, siapa yang tidak mahukannya? Obsesi lelaki itu bermakna lelaki itu hanya akan setia kepada satu wanita. Mencintainya dan hanya memandangnya. Bermakna dia tidak akan kesepian lagi. Untuk kali pertama dalam kerjayanya, dia melanggar etika dan peraturan pekerjaannya. Tidak boleh mempunyai sebarang hubungan peribadi dengan pesakit. Dia tidak mahu perdulikannya.

“Hey!”Irdina memegang dagu lelaki itu dan memaksa lelaki itu memandangnya membuatkan lelaki itu tersentak. Mungkin tidak jangka akan tindakannya.

“Choose me. They can’t handle you but I can.”kata-kata Irdina membuatkan lelaki itu mengerutkan dahinya. Siapa yang akan menjangkakan kata-kata seperti itu dari pakar terapinya.

“You don’t want to?”soal Irdina lagi.

Fikry masih lagi tidak menjawab.

“Then, I’ll just force you.”kata Irdina lagi sambil mendekatkan wajahnya ke wajah lelaki itu. Ya, dia yang mulakan segalanya. Nafsu. Hanya itu teras dalam perhubungan mereka. Bukan cinta. Bukan obsesi. Buktinya, dia masih bebas sehingga kini dan tidak terkurung seperti teman wanita lelaki itu yang lainnya.

Sepi melanda dirinya sekali lagi. Dia bangun dari duduknya dan berjalan ke arah pemegang di sisi jambatan itu. Air yang sedang berkocak di bawah sana dipandangnya. Jika dia terjun ke bawah sana, akankah kesepiannya berakhir? Dia hanya memikirkannya namun tanpa sedar, tubunya turut melaksanakannya.

SPLASH! Air terpercik di merata-rata saat tubuhnya menyapa air itu secara paksa. Hanya 3 saat masa yang diambil sebelum dia mula bergelut untuk menyelamatkan nyawanya. Dia tidak boleh berenang. Itu masalahnya. Dan hanya 2 minit kemudian, dia menemui sesuatu untuk berpaut. Tubuh Fikry yang terjun selepasnya.

Rasa leganya tidak lama apabila Fikry menekan semula kepalanya agar berada di bawah air itu. Dia cuba menolak tubuh lelaki itu. Cuba untuk menyelamatkan dirinya namun lelaki itu masih lagi tidak berganjak. Dia dapat merasakan nafasnya sudah meninggalkannya perlahan-lahan. Pandangannya sudah mula berpinar dan apa yang kelihatan hanyalah satu titik yang sudah hampir menghilang.

Dan sebelum sempat nyawanya meninggalkan jasad, sekali lagi dia ditarik keluar dari air itu. Bibir mereka bertemu ketika lelaki itu meminjamkan oxigennya kepada Irdina. Irdina terbatuk kecil dengan semua air yang hampir ditelannya tadi meninggalkan kembali kerongkongnya. Dia benar-benar ingin memarahi lelaki itu. Membelasah lelaki itu hingga lelaki itu menyesali perbuatannya namun dia tidak berdaya.

“Aku dah cakap, sekali lagi kau buat stunt bodoh macam ni, aku akan buat kau menyesal sebab fikir pun.”kasar Fikry bersuara.

Irdina masih tidak mampu untuk membalasnya.

Fikry melepaskan satu keluhan. Tubuh Irdina dibawa ke dalam pelukannya. Rambut Irdina dibelai dengan penuh kelembutan.

“Aku tahu kau sedih, Dina. Tapi aku tak boleh biarkan kau rampas hak aku walaupun kau tengah sedih. You’re mine, Irdina. Jangan pernah lupa tu.” lembut Fikry bersuara namun kata-kata lelaki itu bermaksud sebaliknya.

Irdina tidak pernah sedar dia sudah lama terperangkap dalam sangkar bayangan yang dicipta Fikry namun dia masih tidak ingin untuk bebas darinya.

Melihat tubuh papanya yang berbalut dengan kain putih itu masih belum cukup untuk menyedarkannya. Melihat jenazah ayahnya dikebumikan, masih belum cukup untuk menampar realiti itu ke mukanya. Mendengar talkin dibacakan masih lagi belum dapat menanam realiti itu dalam kepalanya. Tapi kata-kata Adam. Kata-kata lelaki itu cukup untuk menarik kakinya yang masih lagi berada di awangan dan menghumbannya ke alam realiti. PAPANYA TELAH TIADA LAGI DI DUNIA INI!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience