EMPAT

Psychological Completed 9086

NADYA mencelikkan matanya. Entah bila dia telah terlena, dia sendiri tidak menyedarinya. Namun, dia disapa dengan visual yang tidak disangka olehnya di saat dia membuka matanya. Dia berada di sebuah bilik tidur yang asing baginya. Seingatnya, dia masih berada di dalam uber tadi. Jadi, bagaimana dia boleh berada di sini? Yang paling penting, rumah siapa ini?

Dia segera bangun dari pembaringannya. Memandang ke luar tingkap. Cuba untuk mengenalpasti di manakah dia namun tidak berjaya kerana di luarnya kelihatan gelap. Mungkin telah malam. Dia bangun dari katil dan berjalan ke menuju ke pintu bilik. Dia sedikit gementar untuk memulas tombol pintu itu. Bagaimana jika dia sebenarnya telah diculik? Bagaimana jika tombol pintu itu telah dikunci dari luar. Dia memejamkan matanya dan memulas tombol pintu itu dengan harapan ia akan terbuka. Dan.. ia benar-benar terbuka.

Nadya segera melangkah keluar ke arah tempat yang dia percaya adalah ruang tamu rumah itu menuju ke arah sumber bunyi yang didengarinya. Dia tidak pasti samada dia harus pergi ke arah berlawanan atau menuju ke arah bunyi yang didengarinya. Tapi jika orang yang membawanya ke sini memang berniat untuk mencelakakannya, mengapa tangannya tidak diikat? Mengapa pintu kamar yang menyimpannya tidak dikunci? Jadi, dia memutuskan untuk menuju ke arah bunyi yang didengarinya.

Dapur. Di situlah sumber bunyi itu datang. Nadya dapat melihat seorang wanita dengan rambut ponytail beserta apron sedang fokus mengacau air sehingga tidak menyedari kehadirannya di situ. Entah berapa lama dia memerhatikan wanita itu sebelum wanita itu menyedari akan kewujudannya di situ.

“Oh, awak dah sedar? Awak nak makan sekali tak? Tentu awak lapar, kan?”soal wanita itu sambil menanggalkan apronnya. Dua pinggan mee goreng disendukkan ke dalam pinggan tanpa menunggu jawapan daripada Nadya.

“Letak atas meja sana. Nanti saya bawa air.”kata wanita itu sambil menunjuk ke arah meja makan yang terdapat di satu sudut di dapur itu sambil menyerahkan pinggan-pinggan itu kepada Nadya.

Nadya hanya menurut saja kata wanita itu tanpa berkata apa-apa kerana belum sempat pun dia bersuara, wanita itu sudahpun menyibukkan diri dengan meletakkan dulang yang dikeluarkan dengan jar yang mengisi air yang dikacau oleh wanita itu tadi, dua cawan dan dua piring.

Nadya duduk di salah satu kerusi yang berada di meja makan itu sementara menunggu wanita itu datang menyertainya. Meja makan dengan dua kerusi. Itu saja.

Wanita itu kemudiannya melangkah ke arah Nadya dengan dulang di tangannya. Kedua-dua piring dan cawan yang dibawanya diletakkan di atas meja makan itu sebelum teh o panas dituang dari jar yang turut berada dalam dulang itu tadi. Setelah cawan itu diletakkan di hadapan Nadya dan satu lagi cawan diletakkan di atas meja dibahagiannya, barulah wanita itu melabuhkan punggungnya ke kerusi bertentangan Nadya.

“Jom makan. Saya lapar gila dari tadi.”wanita itu bersuara sebelum menyuapkan mee goreng yang dimasaknya tadi kedalam mulutnya sendiri. Benar-benar lapar agaknya.

“Macammana saya boleh ada di sini?” soal Nadya, tidak dapat menahan rasa ingin tahu yang telah mengalahkan rasa lapar yang bersarang dalam dirinya membuatkan wanita itu menghentikan suapannya. Garfu ditangannya diletakkan kembali ke dalam pinggan. Dia menegakkan badannya dan memandang tepat ke arah Nadya.

“Saya jumpa awak pengsan tepi hutan waktu saya balik kerja tadi. Sehelai sepinggan. Pengenalan diri, handbag semua takde. Jadi, saya bawa awak balik.”jawab wanita itu. Tangannya kembali mencapai garfu yang diletakkan tadi untuk meneruskan suapannya.

“Kenapa awak tak hantar saya ke balai polis atau ke hospital?”soalnya lagi. Wanita itu mengeluh apabila mendengar soalannya. Sekali lagi garfu ditangannya diletakkan sebelum dia sempat untuk mengisi perutnya.

“Saya jumpa awak terbaring kat tepi hutan waktu saya balik kerja. Saya dah check yang awak takde apa-apa kecederaan yang major melainkan terhidu klorofom yang buatkan awak pengsan. Jadi, tak perlu pun bawa ke hospital. Awak akan sedar juga dan saya boleh tanya awak maklumat awak lepas awak terjaga jadi tak perlu pun saya susahkan diri untuk panggil polis. Lagipun, saya letih dan saya lapar. Jadi,lebih baik saya bawa awak balik rumah saya jer. Biar awak settle kan sendiri urusan awak esok pagi. Saya tak nak terlibat. Ada apa-apa lagi soalan? Kalau takde, saya nak makan.”panjang lebar wanita itu menjawab soalannya. Mungkin sudah fedup dengan semua persoalan daripadanya.

Nadya menggigit bibirnya sebelum menggelengkan kepalanya bagi menjawab soalan wanita itu. Kepalanya ditundukkan kembali memandang ke arah mee di dalam pinggan yang belum pun di sentuhnya.

Setelah beberapa suapan, wanita itu kembali memandang Nadya yang masih lagi bermain dengan mee goreng di dalam pinggan. Satu lagi keluhan dilepaskan. “Sorry. Aku memang cepat marah kalau aku letih or lapar.”jelas wanita itu.

“Eh, takpe. Saya faham.”balas Nadya sambil membalas pandangan wanita itu bersama senyuman paksanya.

“Makanlah tu. Aku tahu kau pun tentu lapar. Berjam kau tak sedar tadi.”lembut wanita itu bersuara. Mungkin kemarahannya telahpun surut setelah perutnya berjaya untuk diisi.

Nadya mula menyuapkan mee goreng itu ke dalam mulutnya. Baru menyedari betapa laparnya dia setelah beberapa jam dia tidak makan. 15 jam sejak dia sampai di KLIA tambah beberapa jam dia tidak sedarkan diri tadi.

“So macammana kau boleh sampai tepi hutan tu?”giliran wanita itu pula menyoal kali ini.

Nadya menghabiskan kunyahannya sebelum bersuara, “Saya pun tak pasti. Tadi saya dalam uber. Sedar-sedar jer saya dah ada dalam bilik tu tadi.”

“Jenayah Uber. Kes curi maybe. Sebab barang-barang awak takde sekali tadi.”wanita itu membuat kesimpulan.

Nadya sekadar mengangguk sambil meneruskan suapannya. Tidak pasti apa yang harus dibalas olehnya.

“:Awak ada nak call sesapa tak? Guna telefon saya jer kalau awak nak.”

Nadya menggelengkan kepalanya. Siapa yang harus dihubunginya? Syukri Ellias yang mungkin gembira dengan ketiadaannya? Ibu bapanya yang tiada idea langsung tentang kepulangannya? Atau para sahabatnya yang dia tidak pernah ada? Sejujurnya dia tidak punyai sesiapa.

“Lari dari rumah?”soal wanita itu lagi seolah tertarik dengan kisah hidupnya. Pinggan yang terletak di hadapannya telahpun kosong. Mungkin kerana itu minatnya untuk bersembang tiba-tiba saja wujud.

“Kind of.”balas Nadya masih lagi menundukkan wajahnya.

“Kes apa? Suami curang?”soal wanita itu lagi. Semakin berminat dengan kisah hidupnya.

Nadya terdiam apabila mendengar soalan wanita itu. Entah respons apa yang harus diberi olehnya.

“Betullah maksudnya.”wanita itu bersuara lagi apabila Nadya tidak membalas.

Nadya mengeluh. “Selama ni, saya sorang jer yang beria. Saya sorang jer yang sayang dia. Tapi dia.. kan bagus kalau saya boleh lupakan dia. Kan bagus kalau saya boleh bunuh perasaan ni. Kan bagus kalau ada cara yang boleh hilangkan rasa sakit ni.”rasanya itu adalah yang paling banyak yang pernah Nadya bersuara sepanjang hidupnya. Mungkin kerana dia sudah tidak mampu lagi menahannya seorang diri menyebabkan wanita dihadapannya menjadi tempat untuk dia berkongsi.

“Kalau saya kata saya ada cara, awak nak try tak?”soal wanita itu bersama senyuman.

“Macammana?”soal Nadya. Jika benar ada cara, dia benar-benar ingin mencubanya.

“Hipnosis!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience