Bunyi mesin dan graf tutun naik di monitor itu jelas menandakan bahawa pesakit dengan baju hijau hospital yang sedang berbaring dengan memakai alat bantuan pernafasan di atas katil hospital itu masih hidup. Wanita berjubah putih dengan rambut diikat secara ponytail itu tekun menulis sesuatu dalam laporan pesakit. Untuk seketika, anak mata wanita itu kelihatan seperti bewarna merah membuatkan Adam Haikal mengesat matanya dan memandang mata wanita itu sekali lagi. Kali ini mata wanita itu juga turut bertemu dengan pandangan matanya. Tapi anak mata wanita itu kelihatan hitam seperti yang sepatutnya. Dia tersalah pandang? Atau adakah ia sekadar biasan cahaya?
Adam Haikal memandang ke arah lampu di siling untuk memastikan punca cahaya itu.
“You came here as detective or as a patient? Because i’m ready for both.”suara doktor wanita itu membuat Adam Haikal kembali memandang ke hadapannya. Langkahnya terundur sedikit ke belakang apabila wanita itu tiba-tiba saja berada di hadapannya. Entah sejak bila wanita itu berada di situ.
“So?”soal wanita itu lagi apabila Adam Haikal masih lagi berdiam diri.
“Macammana dengan dia?”soal Adam Haikal sambil memandang ke arah pesakit yang sedang terbaring di atas katil hospital itu.
“Follow me, I’ll tell you.”kata Irdina sambil melangkah ke arah ruang pejabatnya dan diikuti dengan langkah Adam Haikal.
“Jadi?”soal Adam Haikal sebaik saja melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
“Unless he already learned braille, he won’ be any help for your case.”jawapan wanita itu membuatkan Adam Haikal kembali memandangnya.
“Maksud kau?” Irdina mula menunjukkan laporan CT scan lelaki itu.
“His head was banged so hard that there’s blood clots in his brain. He’ll either go blind or losing his memory. Both are bad for your case. And that’s not even the worst part.”
“Ada lagi teruk?”soal Adam seolah tidak percaya.
“Both of his eardrums also ruptured and his tounge was cut out. So, he lost his ability to hear or speak too.”
“So, bila dia akan sedar?”soal Adam.
Irdina menjungkitkan bahunya. “Who knows. Maybe next hour. Maybe tomorrow. Maybe next month. Maybe next year. Ten years later. Or maybe never.”
Adam mengeluh. Adam sudah tidak pasti andai dia masih ingin mendengar penjelasan Irdina. Apa yang didengarinya tadi sudah cukup untuk mematahkan harapannya untuk meminta lelaki itu menjadi saksi.
“As a doctor, I shouldn’t say this but as a human I think it’s better if he never opened his eyes ever again.”suara Irdina menarik Adam memandang wanita itu.
“He suddenly lost his ability to hear and speak. Without his family who can support him, either losing his memory or losing his sight will be hard for him to live in this world.”
Adam mengangguk sebelum bersuara, “You’re right. You should just shut your mouth instead of saying anything. Person with disability deserve to live just like all of us. They’re equal to us. Not any less. The only one that should die is the killer. The only one that should be punished is the killer, not the victim. As a doctor, someone who’s responsible to save a live, you should know better!”
Adam berlalu pergi setelah mengungkapkan kata-kata itu.
Irdina sekadar memandang Adam berlalu pergi sebelum secalit senyuman muncul di bibirnya. “You said it yourself that a killer should die, that’s mean he doesn’t deserved to be alive too. Right, Scorpio?”
Irdina memandang ke arah telefon bimbitnya yang masih lagi menayangkan ulangan show pembunuhan keluarga pesakit yang sedang terlantar di atas katil di luar ruang pejabatnya.
“How could he miss all the clues?”soal Irdina kepada dirinya sebelum menggelengkan kepalanya. Selalu mencari di tempat yang salah dengan permulaan yang salah.
Tayangan ulangan show pembunuhan keluarga Khairi terjeda apabila ada panggilan yang masuk ke telefon bimbitnya. Nama Sharifa tertera di telefon bimbitnya. Dia menekan butang di bluetooth earphone yang dipakai di telinganya.
“Hello... Yeah, I’m watching it... There’s a few things I can said about the video. Wanna meet after this?”soalnya sambil memberi respons kepada soalan yang diajukan wanita itu di dalam telefon.
“Okay. See ya.”sekali lagi dia menekan butang alat di telinganya itu untuk menamatkan panggilan. Dia mencapai telefon bimbitnya dan melangkah keluar meninggalkan ruang pejabatnya ke ruang yang menyembunyikan tubuh pesakit yang telah mati di mata dunia itu. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi di sisi katil lelaki itu. Wajah lelaki itu direnungnya tanpa sebarang perasaan.
“Kau terlalu angkuh dan sombong dengan permainan gelap yang kau cipta. Sekarang, tengok sendiri apa permainan ciplak tu dah buat pada kau dan keluarga kau. Dan apa yang permainan tu akan lakukan pada orang lain juga. Sebab aku yakin kau adalah yang pertama tapi bukan yang terakhir.”dia bersuara biarpun dia tahu lelaki itu tidak akan mampu mendengarnya walau tika itu lelaki itu sudah tersedar sekalipun.
Karma. Lelaki ini sedang membayar harga dosa-dosa lampaunya. Roda yang membawanya ke atas kini telah berputar dan dia sedang berada di bahagian yang paling bawah. Dan hutangnya masih belum langsai sepenuhnya.
Dia kehilangan deria yang menjadikan dia manusia yang sempurna sifatnya tak bermakna dia tidak layak untuk hidup. Dia tetap sama dengan manusia yang lainnya. Mengapa dia harus dihukum sedangkan dia adalah mangsa. Hanya penjenayah yang harus dihukum. bukan mangsanya
Share this novel