TIGA PULUH DUA

Psychological Completed 9086

MIMPI itu datang lagi untuk yang kesekian kali. Mimpi di mana kesepiannya semakin nyata. Mimpi yang memerangkapnya dalam rasa bersalahdan kebencian keluarganya. Dia sakit setiap kali mimpi ini tiba namun dia berdoa untuk berada dalam mimpi ini berkali-kali sebelum dia memejamkan mata. Mimpi ini ketagihannya. Dia ingin membasuh semua luka lamanya dengan air garam. Dia ingin merasai kepedihan itu. Dia ingin menanggung derita itu. Agar dosanya akan terhapus. Agar rasa bersalah yang menguasai dirinya terhakis. Agar kedua pasang mata itu akan kembali memandangnya dengan kehangatan kasih sayang yang sama yang pernah diberikan kepadanya satu masa dulu.

Dia tidak pasti berapa lama dia perlu menanti. Lelaki bertuxedo putih masih lagi ralit dengan dunianya. Masih lagi leka membelai kucing-kucingnya tanpa memperdulikan sesiapa. Biar berapa nyaring suaranya menjerit. Biar berapa kuat dia membelasah dinding lutsinar di hadapannya, lelaki itu tidak pernah sedikitpun memandangnya. Segala usahanya hanya umpama mencurahkan air ke daun keladi. Dia tahu itu. Namun, dia tidak mampu menghentikan diri dari melakukannya. Dia seolah sedang melalui sebuah bulatan kesakitan yang sama namun dia tidak juga mampu untuk mematahkannya.

Kedua-dua orang pembunuh
ayahnya masih lagi melutut di situ dengan kepala yang ditundukkan ke lantai bersama riak wajah yang penuh penyesalan. Kali ini mereka disertai oleh doktor tua itu yang turut melutut bersama mereka. Doktor tua yang tidak sempat menjadi mangsa pembalasan dendamnya. Dia langsung tidak berkesempatan untuk membuat lelaki tua itu melalui segala apa yang dirasakannya selama ini.

Kekesalan kerana memori terakhirnya adalah kedegilannya yang melarikan diri dari rumah sebelum ayahnya tergantung tidak bernyawa. Doktor tua itu tidak pernah merasakan perasaan bagaimana sakitnya kehilangan orang yang disayangi. Dia tidak akan pernah sempat untuk merasakannya kerana dia telahpun mengorbankan nyawanya agar demi seorang anak yang telah dijaga olehnya selama 23 tahun. Nyawanya dikorbankan demi memastikan nyawa seorang wanita yang bukan darah dagingnya pun tidak diancam bahaya. Jika dia sanggup berbuat begitu, mengapa dia harus menjadi salah seorang dari pembunuh ayahnya? Andai lelaki itu memahami erti kasih sayang, mengapa lelaki itu harus merampas kebahagiaan keluarganya?

Sakit! Dia memegang dada kirinya. Rasanya begitu sakit di saat dia memandang doktor tua itu. Lebih sakit dari saat dia memandang ayahnya sendiri. Mengapa? Dia sendiri tidak pasti.

23 tahun. Cukupkah untuk lelaki itu menghapuskan dosanya? Dosa yang dilakukan oleh doktor tua itu dengan merampas kebahagian keluarganya. Sungguh dia tidak ingin memaafkan lelaki tua itu. Namun, dia juga tidak dapat untuk membencinya.

“ARRRRRRRRGGGGHHHHHHH!!!!!!” dia melepaskan jeritan itu biarpun tiada yang bisa mendengar suaranya. Jeritan yang mengandungi segala luka, amarah dan dendamnya semua bergabung menjadi satu. Namun kesakitan itu masih belum lupus dari hatinya.

Di saat dia membuka matanya, dia menyangka tiada sesiapa memperdulikannya namun dia dapat merasakan mata doktor tua itu tepat memandang ke arahnya. Ada secalit senyuman di wajah lelaki tua itu. Namun bukan senyuman mengejek sebaliknya senyuman lelaki tua itu seolah cuba menenangkannya. Matanya redup seolah pandangan seorang ayah membuatkan hatinya bertambah sakit.

“Iesha.”lembut panggilan suara yang amat dikenalinya menyapa telinganya. Panggilan suara ibunya. Dia tahu apa yang akan berlaku seterusnya namun siapa lagi yang dia ada? Biarpun luka itu akan dicipta berkali-kali, dia masih ingin berlari ke dalam pelukan ibunya.

Belum sempat dia memandang ibunya, pergelangan tangannya ditangkap. Dia berpaling memandang pemilik tangan itu. Doktor tua yang masih tersenyum itu menggelengkan kepalanya seolah cuba untuk menghalang dia dari merasakan kesakitan yang sama.

“Iesha!”sekali lagi suara itu memanggilnya. Dia segera merentap tangannya dari pegangan lelaki tua itu. Biarpun dia mungkin akan lebih tenang di sisi doktor tua itu namun berada bersama pembunuh ayahnya bermaksud dia mengkhianati keluarganya. Dia segera berlari ke dalam pelukan ibunya.

“Iesha minta maaf. Iesha salah.”dia bersuara sekali lagi. Dia rela menyatakannya berkali-kali sehingga ibunya memaafkannya. Sehingga ibunya tidak akan lagi menolaknya. Namun bukan hari ini. Wanita itu sekali lagi meleraikan pelukan dan menolaknya.

“Kau yang salah!”jerkah ibunya. Sekali lagi persekitaran putih di sekelilingnya berubah menjadi rumah yang sudah berkali-kali menghantuinya di saat lena dan jaganya.

Dia sudah tahu apa uang bakal berlaku namun dia masih juga melakukannya. Dia memandang ke atas namun apa yang dilihatnya kali ini bukanlah tubuh ayahnya yang tergantung di atas kepalanya sebaliknya apa yang dilihatnya ialah tangan berkedut yang menutupi matanya sebelum hanya kegelapan saja yang menguasai dunianya.

Apabila matanya kembali dibuka, tiada lagi ruangan putih atau rumah lama atau tangan berkedut yang menutupi matanya. Tiada lagi tubuh ayahnya yang tergantung di atas kepalanya. Yang dilihatnya hanyalah ruangan gelap sebuah bilik yang amat dikenalinya. Dia sedang berbaring di atas katil empuk yang selesa. Dia terlepas dari mimpi buruk itu kali ini. Doktor tua itu seolah sedang cuba untuk melindunginya.

Satu keluhan dilepaskannya. Dia cuba bangun dari perbaringannya tetapi ada sesuatu yang menyekat tubuhnya. Dia memandang ke kirinya. Dia dapat merasakan nafas lelaki yang sedang erat memeluknya seperti bantal tidur itu menyentuh wajahnya. Secalit senyuman wujud di bibirnya. Jarang dia berpeluang melihat lelaki itu terlena. Selalunya lelaki itu yang akan terbangun sebelum dia. Hanya satu persoalan yang wujud di mindanya di saat ini.

Yang menghalau mimpi buruknya tadi ialah lelaki tua tadi atau lelaki yang ini?

“Iesha.”lembut panggilan suara yang amat dikenalinya menyapa telinganya. Panggilan suara ibunya. Dia tahu apa yang akan berlaku seterusnya namun siapa lagi yang dia ada? Biarpun luka itu akan dicipta berkali-kali, dia masih ingin berlari ke dalam pelukan ibunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience