"IRDINA!”suara lelaki yang cukup dikenalinya itu membuatkan dia menghentikan langkahnya. Dia mengeluh sebelum berpaling ke arah pemilik suara itu bersama senyuman palsu yang diciptanya. Entah mengapa hidupnya dipenuhi dengan lelaki yang menyerabutkan hidupnya. Di hospital sana, dengan lelaki yang menginginkannya. Di hospital sini, dengan lelaki yang memerlukannya.
Lelaki itu melajukan langkah menuju ke arahnya bersama seorang wanita yang membontoti langkahnya. The Duo. Adam Haikal dan Siti Sharifa.
“Aku dah suruh kau call aku lepas kau bangun, kan? Kau tahu kan yang ini kes penting. Tak patut berlengah.”kasar Adam Haikal bersuara seolah-olah dia adalah tuan dan Irdina adalah hamba yang perlu menurut setiap kata lelaki itu dengan hanya satu petikan jari.
Senyuman Irdina mula menghilang tanpa kesan seolah-olah ia tidak pernah wujud. “Only your case is important and mine is just nothing. Your victims already dead while my patient is still alive. It’s my duty to ensure that it’ll be like that for a long time.”tegas Irdina bersuara. dia mungkin banyak bermain-main dalam hidupnya tapi tiada siapa patut meremehkan kerjaya sesiapa walau sekecil manapun kerjaya seseorang.
“Okey, sorry. Aku tak maksudkan macamtu.”kata maaf yang terpaksa. Tiada sebarang penyesalan pada nadanya, riak wajahnya. Tiada apa-apa. Dia memang tidak kesal mengungkapkan kata itu. Dia hanya maaf kerana ia suatu keperluan.
Irdina mengeluh. Apa yang dia harapkan dari lelaki seperti itu sebenarnya. Rasanya dia hanya hilang sedikit kewarasannya setelah hampir 10 jam berada dalam bilik pembedahant. Rasanya dia baru saja memulakan suapan ketiga sarapan tadi ketika dia menerima panggilan telefon untuk kes kecemasan di mana dia harus melakukan appendectomy untuk apendicitis atau penya appendiks apabila doktor yang sepatutnya bertanggungjawab untuk kes itu tidak dapat menghadirkan diri atas sebab kecemasan yang dia tidak ambil tahu. Hanya 20 minit waktu rehat dan dia perlu melakukan pembedahan pintasan jantung atau disebut juga sebagai coronary artery bypass grafting (CABG) yang memang telah berada di dalam jadualnya. Dan hanya beberapa minit dia merehatkan diri dan belum sempat dia mengisi perutnya yang berkeroncong, hospital mereka menerima pesakit kemalangan yang mengalami pendarahan otak dimana dia perlu menjalani kraniotomi pula.
Entah bagaimana harinya yang seharusnya lapang menjadi sibuk begini. 3 pembedahan yang memerlukan 3 pakar yang berbeza namun Irdina melakukan semuanya. Irdina berbeza. Dia menguasai hampir semua ilmu dalam bidang perubatan pada usia yang muda. Mungkin statusnya sebagai pewaris tunggal kepada pemilik 3 buah hospital dan sebuah rumah sakit jiwa di bandar mereka merupakan salah satu punca dia untuk minatnya untuk belajar segala-galanya dengan mudah. Dia bergegas ke hospital dan menghabiskan sehariannya di sini. Secara mudah, dia masih lagi belum sempat membersihkan dirinya dan makanan yang masuk ke dalam perutnya hanyalah 3 suapan nasi goreng yang dimasak Fikry pagi tadi.
“Can you guys give me 15 minutes? Just wait for me in my ofice and I’ll be at your service.” Irdina bersuara meminta kompromi.
Adam Haikal seolah ingin protes namun Sharifa segera menghalang tingkahnya sebelum lelaki itu sempat bersuara.
“Sure. Just take your time. Kami tunggu.” Sharifa bersuara sambil menarik lengan Adam berjalan ke arah ruang pejabatnya.
Tanpa membuang lebih banyak masa, Irdina terus berjalan ke arah yang bertentangan untuk membersihkan dirinya. Dan tepat pada kata-katanya, dia kembali ke pejabatnya setelah 15 minit bersama pakaian kasualnya yang lain yang selalu ditinggalkannya di bilik rehat staff. Rambutnya disanggul tinggi membuatkannya lebih selesa. Di pejabatnya dia dapat melihat Sharifa dan Adam sedang berbincang sesuatu dengan wajah yang serius bersama buku nota kecil di tangan wanita itu. Pasti membincangkan kes yang sedang di siasat mereka. Dia berdehem. Sengaja menarik perhatian mereka ke arahnya membuatkan perbualan mereka terhenti. Irdina berjalan ke arah tempat duduknya yang berada di hadapan mereka. Halangan antara mereka hanyalah meja kerjanya saja.
“So, what can I do for you?”soalnya. Sejujurnya di saat ini perutnya sedang berkeroncong minta diisi namun apa yang boleh dilakukannya apabila tuntutuan tanggungjawab yang lebih utama.
“Saya rasa awak ada dengar tentang kes pembunuhan secara live kat tv semalam.” Sharifa memulakan bicara.
Irdina menggelengkan kepala. “Sorry but no. I barely know anything. I just know that a family being kill while the head of the family is the only one that still alived. But he’s already dead now, I heard?”
“Mana nak tahu, asyik berseronok jer semalam.”sinis Adam bersuara.
Irdina dapat melihat tajam mata Adam merenung ke arah lehernya. Pasti Fikry meninggalkan tanda di situ. Namun Irdina tidak langsung berusaha untuk menutupi tanda itu. Apa gunanya. Walau dia cuba menutupinya di saat ini tidak akan mengubah hakikat bahawa tanda itu ada di situ dan tunangan tak jadinya itu telahpun melihat tanda itu.
“What I did is none of your business. You got your chance, sweetheart. But, you chose her after one year I left when you said you’ll wait for me.”balas Irdina. Bukannya dia masih sakit tentang hal itu. Sejujurnya dia sendiri juga tidak pernah pasti akan perasaan sebenarnya terhadap lelaki itu. Jujur dia merasa lega mendengar berita perkahwinan lelaki itu. Dia tidak ingin ditunggu.
“And that’s why you kill my wife only after 3 days you came back here?”Adam mula melemparkan tuduhan yang hanya mengundang tawa Irdina.
“You knew that I never met your wife, right? And the thing we called ‘love’ is something that we shared when we’re at a young age. I’m not even know if I ever really love you. So, why would I kill her? If I really want to kill someone, I would choose to kill you instead. You’re the one that betrayed me, right?”soal Irdina. 3 tahun dia meninggalkan Malaysia untuk menyambung pelajarannya. Setahun setelah dia meninggalkan Malaysia, Adam menikah dengan wanita lain. 2 tahun kemudian, dia kembali ke Malaysia tanpa niat untuk bertemu atau berada dalam hidup Adam sekalipun. Namun hanya 3 hari setelah kepulangannya, isteri Adam terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya. Itulah hari pertama dia menjejakkan kaki ke rumah Adam hanya untuk menziarah dan Adam menuduhnya membunuh isterinya sejak hari itu namun dia tidak bersuara kerana keadaan mental Adam mungkin masih lagi tidak stabil kerana kehilangan isterinya. Tapi kini sudah hampir 8 tahun sejak peristiwa itu dan setelah beberapa kali mereka bekerjasama untuk menyelesaikan beberapa kes lelaki itu masih lagi mahu menuduhnya, dia tidak mungkin akan berdiam diri lagi.
Adam Haikal ingin membalas namun suara deheman dari Sharifa untuk menyedarkan mereka tentang kehadirannya membuatkan pergaduhan mereka terhenti.
“So, balik pada kes kita tadi. Betul kata awak, memang satu keluarga telah dibunuh dan secara live pukul 11 semalam. Dan betul, semua keluarga dia telah meninggal. But he is still alived till now.”Sharifa mula menyambung bicaranya.
Irdina mengangkat keningnya dengan perasaan ingin tahu. Rasanya di antara waktu rehatnya tadi dia sempat membaca artikel tentang kematian lelaki itu.
“Adam nak berita palsu disebarkan tentang kematian Khairi supaya pembunuh tak akan cuba cari dia. Dia saksi penting kes ni.”terang Sharifa.
Irdina mengangguk tanda memahami sebelum menyoal sekali lagi, “Where is he now?”
“Kat salah sebuah wad dalam hospital ni. And macam biasa, kami perlukan khidmat awak sebagai doktor untuk merawat dia.”kata Sharifa lagi. banyak doktor lain yang berkebolehan di bandar ini namun mereka memilih untuk bekerjasama dengan Irdina kerana dia pakar dalam pelbagai bidang perubatan. Boleh dikatakan hanya dia seorang saja yang diperlukan memudahkan mereka untuk menjadikan komuniti yang terlibat dengan siasatan mereka lebih kecil.
“Seperti biasa, cuma awak, ayah awak dan 3 orang nurse yang biasa saja yang tahu tentang hal ni. And tentang laporan perubatan Khairi..”belum sempat Sharifa menghabiskan katanya, Irdina segera memotong.
“Can I do that tomorrow? I’m really tired today.”
“Kau faham tak betapa pentingnya kes ni? Kami perlukan maklumat dari kau cepat!”tegas Adam Haikal bersuara.
“And tepat. You need it fast and accurate, Mr Adam. And I can’t give you that when I’m too tired after performing three surgeries. Tomorrow is my day off but I’ll sacrifice it for you. So, please bear it for today.”balas Irdina dengan nada yang sama dengan Adam.
Adam seolah ingin membalas namun sekali lagi dihalang oleh Sharifa. “Indeed. Terima kasih untuk kerjasama awak.”kata Sharifa yang mula berdiri sambil menghulurkan tangannya tanda memohon diri.
Irdina menyambut salam Sharifa dan sekadar memandang Sharifa mengheret Adam keluar dari bilik pejabatnya. Irdina mengeluh lega setelah pemergian mereka. Rasanya dia akan tidur dengan perut yang kosong saja malam ini. Terlalu letih untuk mencari makan atau memasak. Dia lega kerana harinya yang panjang telah berakhir.
Dia bangun dari tempat duduknya, mencapai handbagnya dan mula berjalan keluar meninggalkan ruang pejabatnya. Masa untuk pulang. Dia mula menyeluk ke dalam begnya, mencari kunci kenderaannya ketika tangannya menyentuh plastik yang berisi sesuatu yang lembut. Dia menarik keluar ‘sesuatu’ itu. Bun ikan bilis dengan sticky noted dilekatkan diatas plastik roti itu. Tulisan yang amat dikenalinya.
-Aku takkan biarkan kau mati-
“Fikry!” Irdina sekadar menggelengkan kepalanya bersama senyuman yang menghiasi bibirnya.
new update.. support my novel please
Share this novel