"AKU nak kau focus pada suara aku. Dengar betul-betul apa yang aku cakap dan patuh pada arahan aku. Mulai saat ini, kau bukan lagi Iesha. Kisah yang kau lihat di skrin pc bukan lagi kisah kau. Apabila kau buka mata nanti, identiti kau hanya satu. Kau hanyalah Nadya Elliani. Segala kenangan Iesha yang kau lalui tak pernah wujud. Hanya kenangan kau sebagai Nadya Elliani saja yang akan tinggal. Aku ambil kembali memori aku sebagai Iesha yang aku pinjamkan. Aku pulangkan kembali memori Nadya Elliani yang aku rampas dari kau.”
Umpama sedang berada dalam tidur yang panjang, dia keletihan. Umpama telah menjalani sebuah mimpi yang terlalu lama, tapi dia tidak ingin bangun. Dia selesa di sini. Dia rasa tenang. Dia ingin terus berada di sini.
“Sayang, tolong bangun. Sayang jangan buat macamni.”rayu suara itu? Siapa? Dia tak ingin mendengarnya. Ketenangan yang dirasakannya, dia tidak ingin tinggalkannya. Dia ingin terus berada di sini.
Tangannya basah. Ada cecair yang sedang menitis di atas tangannya. Suam. Rasanya begitu tidak selesa. Dia dapat mendengar suara orang yang sedang bercakap sesuatu namun dia tidak dapat fokus kepadanya. Rasa seperti tak diperdulikan. Dia ingin suara-suara itu hilang. Dia ingin ketenangannya kembali. Suara itu masih terus berbunyi. Seolah ada yang sedang memanggilnya. Seolah ada yang sedang menantinya. Tapi siapa?
“Sayang, Ri tahu sayang penat. Tapi tolong buka mata sayang. Ri tak boleh tahan semua ni. Please, come back to me.”suara itu masih merayu kepadanya namun dia tidak ingin mendengar suara itu. Dia hanya inginkan ketenangannya kembali. Berlari di antara bunga-bunga. Dengan angin lembut yang menghembus wajahnya. Cahaya. Dia dapat melihat cahaya putih itu semakin terang. Seolah-olah sedang memanggilnya untuk ke sana. Dia mula mengatur langkahnya ke arah cahaya itu.
“Sayang, jangan tinggal Ri.”suara itu membuatnya menoleh ke belakang. Siapa?
“Nadya.”dia dapat melihat seorang budak lelaki sedang berlari ke arahnya. Siapa?
“Nadya!” dia dapat mendengar suara itu datang dari arah yang lain. Dia menoleh ke arah itu pula. Dia dapat melihat seorang remaja lelaki berbaju sekolah dan sedang berdiri di sebelah basikalnya bersama senyumannya. Siapa?
“Nadya Elliani.”dia dapat mendengar suara itu datang dari arah budak lelaki itu tadi. Kali ini yang berdiri di situ bukanlah seorang budak lelaki sebaliknya seorang lelaki berusia awal 20an sedang tersenyum kepadanya. Siapa?
“Sayang!”kali ini dia melihat remaja lelaki tadi pula berubah menjadi lelaki dewasa yang hanya berseluar pendek dengan badan yang penuh dengan kesan dari tanda gigitan cinta. Matanya terbeliak. Segala memorinya tentang lelaki itu kembali. Dia kenal lelaki itu dengan baik.
Bagi setiap wanita, ayahlah hero pertama dalam hidup mereka. Tapi bagi Nadya Elliani, dunianya bermula dan berakhir dengan lelaki itu saja. Orang yang mengajarnya cara menyiapkan kerja sekolahnya. Orang yang mengangkatnya tika dia jatuh. Orang yang mengeringkan air matanya sebelum dia menangis. Orang yang melindunginya. Selalu. Sentiasa. Dia menyangka lelaki itu hanya menganggapnya sebagai adik. Sebagai satu tanggungjawab sehinggalah hari itu tiba.
Hari itu dia, mamanya, papanya dan Syukri berada di meja makan seperti biasa. Satu-satunya masa di mana dia kadangkala dapat berkumpul bersama ahli keluarganya. Dia masih ingat hari di mana dunianya berubah.
“Ri takde apa-apa yang nak beritahu papa?”soalan papanya membuatkannya turut memandang ke arah Syukri. Jika papanya mula menyoal bererti bahawa lelaki itu telah mendapat tahu tentang sesuatu yang dirahsiakan Syukri.
“Beritahu apa, pa? Ri rasa takde apa-apa yang Ri tak beritahu papa.”balas Syukri selamber sambil menyambung suapannya. Dia menipu. Nadya tahu itu. Dia hanya perlu melihat untuk tahu namun mengapa lelaki itu harus menipu?
Papanya menayangkan envelope dengan surat di hadapannya. Nadya ingin tahu surat itu tentang apa namun bukan tempatnya untuk bertanya. Jadi dia hanya menggigit bibirnya dan menantikan drama yang bakal terbentang di hadapannya.
“Ri tak beritahu Ri dapat tawaran study kat overseas.”kata-katanya membuatkan jantung Nadya umpama terhenti bersama suapan makanan ke dalam mulutnya. Syukri akan ke luar negara? Lelaki itu akan meninggalkannya? Dia ingin memprotes sama seperti Syukri menghalangnya tinggal di asrama dulu tapi apakan dayanya? Tiada reaksi yang mampu diberikan apatah lagi suara untuk dikeluarkan.
“Oh, pasal tu. Ri bukannya tak nak beritahu papa. Tapi Ri tak bincang hal ni dengan Nadya lagi sebab tu Ri tak cakap apa-apa.”balas Syukri itu. Dan kali ini ketiga-tiga pasang mata itu tetap pada wajah Nadya. Jika dia benar-benar berhak memberi kata putus dia tidak ingin lelaki itu pergi. Dia tidak mahu ditinggalkan. Itu apa yang berada dalam hatinya namun lain pula yang terkeluar dari bibirnya.
“Ka.. kalau Ri nak, Ri pergilah. Nadya tak..”dia menggigit bibirnya dan menundukkan kepalanya sebelum bersuara sekali lagi, “Nadya tak kisah.”
Nadya dapat merasakan pipinya disentuh dengan jari telunjuk Syukri membuatkan wanita itu memandangnya. Syukri sedang menongkat dagu sambil memandang ke arahnya. Tangan yang tadinya mencuit pipinya kini bermain dengan rambutnya pula.
“Kita kawin sebelum kita pergi sana."Syukri bersuara. Lebih kepada memberi kata putus berbanding dengan cuba berbincang.
Nadya sekali lagi tidak memberikan sebarang reaksi mahupun bersuara. Bukannya dia tiada perasaan terhadap lelaki itu. Hatinya selalu menjadi milik lelaki itu. Selalu. Apa yang dia tidak tahu ialah lelaki itu turut memiliki perasaan yang sama dengannya. Dia bukan sekadar seorang adik dan tanggungjawab terhadap lelaki itu.
“Kawin?”giliran mamanya pula bersuara sedikit terkejut dengan kata-kata Syukri.
“Nadya tunang Ri, kan? Kenapa mama terkejut pula?”soal Syukri. Jika dari nada dan senyumannya, lelaki itu seolah bersuara secara bersahaja tapi Nadya dapat merasakan bahang kemarahan yang keluar dari tubuh lelaki itu. Anak matanya mula menghitam.
“Yerlah awak ni. Diorang dah bertunang dari kecil pun. Apa salahnya kalau diorang kawin sekarang. Nadya pun dah habis sekolah. Kalau dia nak sambung belajar pun, rasanya Ri pun tak kisah, kan Ri?”papanya bersuara dengan gembira. Rasanya itulah impiannya. Syukri telah dianggap sebagai anak lelaki dan bakal menantunya sejak kecil. Jadi,kata-kata Syukri pastinya membuatkan impiannya menjadi kenyataan.
“Papa, apa jer yang Nadya nak. Semua impian Nadya, Ri akan tunaikan.” Syukri bersuara. Kali ini aura kemarahannya telah reda sepenuhnya.
Nadya sekadar menundukkan kepalanya. Apa yang harus dikatakannya? Dia sekadar mampu cuba menahan air matanya. Air mata gembira kerana impiannya jadi kenyataan. Dia tidak pasti apa yang dibualkan mereka seterusnya sebaik habis waktu makan dengan keluarganya, dia segera berlari ke dalam biliknya. Membiarkan air matanya mengalir dan melepaskan segala perasaan yang dipendam olehnya. Dia membenamkan wajahnya ke bantal. Cuba untuk menyembunyikan suara tangisannya tika dia mendengar pintu biliknya diketuk. Dia dapat mendengar seseorang sedang bersandar di pintu biliknya.
“Nadya, Ri minta maaf. Ri takkan paksa Nadya buat benda yang Nadya tak nak. Ri harap kali ni pun Ri boleh cakap macamtu. Tapi Ri tak boleh. Ri akan mati kalau Ri lepaskan Nadya. Kalau Nadya tak nak Ri pun Ri tetap tak boleh lepaskan Nadya. Ri selfish, Ri tahu. Ri akan tebus balik nanti. Ri janji.”dia dapat mendengar lelaki itu meninggalkan pintu biliknya.
“Bukan macamtu.”dia ingin bersuara namun dia tidak mampu. Jadi dia hanya membiarkanpintu biliknya.
“Bukan macamtu.”dia ingin bersuara namun dia tidak mampu. Jadi dia hanya membiarkannya saja. Waktu malam perkahwinannya pun, lelaki itu sekadar memeluknya untuk tidur. Hanya itu saja bezanya. Dia hanya terjaga dengan lelaki itu disebelahnya. Memanjakannya ialah sesuatu yang sering dilakukan Syukri jadi tiada apa-apa yang berbeza kepadanya. Segalanya berjalan seperti biasa sehinggalah suatu hari lelaki itu kembali ke rumah dengan seorang wanita berambut karat ke rumahnya.
Terlalu mabuk. Dia tahu. Dia dapat melihatnya namun dia sedikitpun tidak bersuara. Pagi itu apabila lelaki itu sudah tersedar dan dan cuba menjelaskan keadaan itu kepadanya juga dia masih tidak bereaksi.
“Nadya dah buat breakfast.”hanya itu saja katanya. Selepas makan, mereka kembali seperti biasa dan lelaki itu mengulangi lagi perbuatannya. Dia tidak bereaksi, mungkin lelaki itu menganggapnya tidak peduli jadi tidak apa untuk meneruskan perbuatannya. Tapi hatinya benar-benar sakit apabila dia sudah menangis di hadapan lelaki itu juga lelaki itu masih juga memilih untuk pergi kepada wanita lain. Ketika itu lah dia memilih untuk pergi. Kali ini juga dia masih lagi memilih untuk pergi.
Nadya membelakangkan lelaki itu dan mula mengatur kembali langkahnya ke arah cahaya itu. Segala suara yang memanggilnya tidak lagi dihiraukan. Untuk apa? Dia tidak ingin lagi terluka.
“Sayang! Doktor!”jerit Syukri apabila monitor jantung isterinya yang telah 5 hari terbaring di atas katil bercadar putih semakin perlahan.
“Sayang, lawan sayang. Demi Ri, please.” Syukri menggenggam kuat tangan isterinya. Dia tidak mampu untuk melepaskan wanita itu. Sehinggalah doktor dan jururawat datang dan menghalaunya keluar sebelum mereka cuba merawat isterinya, dia masih lagi menggenggam tangan isterinya.
Lelaki tidak menangis. Dia tidak pedulikan peraturan dunia yang itu. Dia tidak dapat pedulikan perkara lain apabila nyawanya sedang meninggalkannya. Dia dapat merasakan rambutnya dibelai seseorang. Ketika dia mengangkat wajahnya, dia dapat melihat umminya yang telah 2 hari pulang dari Dubai setelah kematian besan dan mengetahui bahawa menantunya berada di hospital berada di hadapannya. Dia masih lagi duduk di kerusi menunggu di luar bilik di mana isterinya sedang dirawat ketika dia memeluk wanita yang sedang berdiri itu. Meminta kekuatan.
“Nadya dah nak tinggalkan Ri, Ummi. Ri tak tahu apa nak buat. Ri tak boleh hilang dia, mi. Ri tak kuat.”adunya bersama tangisan.
Wajah Syukri disentuh umminya. Dagunya diangkat agar lelaki itu boleh memandang ke dalam matanya ketika dia berbicara.
“Solat, Ri. Doa. Doa tu senjata mukmin. Jangan lupa tu.” Air matanya mengalir semakin banyak apabila mendengar kata-kata umminya. Dia telah lama meninggalkan Tuhannya. Layakkah dia untuk berdoa dan meminta begini?
Selangkah. Hanya selangkah. Itulah jarak Nadya dengan cahaya di hadapannya ketika dia mendengar lelaki itu sekali lagi memanggilnya. Dia tidak ingin berpaling. Dia tidak ingin melihat ke arah lelaki itu namun hatinya mahu apa yang ia mahu.
Kali ini Syukri berpakaian baju melayu putih dan bersongkok persis di hari perkahwinan mereka. Bukan itu yang meruntun hatinya. Sebaliknya air mata pada wajah lelaki itu.membuatkannya tidak berdaya. Lelaki itu membuka lengannya seolah menunggu Nadya untuk berlari ke arahnya.
Nadya benar-benar ingin melakukannya namun dia mengepal penumbuknya. Menggigit bibirnya. Dan menggelengkan kepalanya. Keputusan telah diambil. Dia harus pergi.
“Abang Ri, kak Nadya...”Syukri mendengar namanya dipanggil Syakirin, adik perempuannya usai dia mengaminkan doanya di atas sejadah. Matanya terbeliak memandang gadis itu sebelum dia berlari umpama menyertai marathon ke arah isterinya.
“Sayang!”dia bersuara apabila dia tiba diambang pintu bilik yang menempatkan isterinya.
Selangkah. Nadya benar-benar ingin melangkah ke arah cahaya itu. Kakinya sudah dihulurkan ke hadapan. Dia ingin menguatkan dirinya untuk pergi.
“Sayang, jangan tinggal Ri.”dia dapat mendengar rayuan itu jelas di telinganya. Dia memejamkan matanya. Dan menguatkan dirinya untuk melangkah. Ketika dia membuka mata, kakinya sedang berlari. Laju menuju ke arah suaminya. Berlari ke dalam pelukan lelaki itu. Bagaimana untuk dia meninggalkan lelaki itu apabila lelaki itu sedang menangis?
Syukri segera berlari ke arah isterinya yang sedang duduk di atas katil sambil memandang ke arahnya. Tubuh wanita itu dibawa ke dalam pelukannya. Dia memeluk wanita itu seeratnya sehingga tiada udara pun yang boleh melepasi tubuh mereka. Dia dapat merasakan tangan wanita itu menjalar ke belakangnya untuk membalas pelukan Syukri.
“Ri demam.”Nadya bersuara apabila dia dapat merasakan panasnya pipi Syukri yang sedang memeluknya.
“Ri akan okey. Kan sayang dah balik.”dia dapat mendengar lelaki itu bersuara tanpa merungkai pelukannya. Nadya ingin melepaskan dirinya namun pelukan lelaki itu semakin erat. Dia tidak tahu mengapa tapi dia tahu segalanya akan baik-baik saja.
Kerana dunianya telah kembali. Syukri Ellias telah menjadi milik Nadya Elliani sekali lagi dan kali ini hanya miliknya seorang. Miliknya sepenuhnya.
okay new update.. sepatutnya yang ni chapter akhir tapi macam panjang sangat pulak nak letak sekali so chapter last esok lah yer.. malam maybe.. nampak cam pening sikit chapter kali ni.. Siapa yang tak faham tu.. cita dia macam ni lah lebih kurang.. syukri dengan nadya ada di 2 dunia yang beza.. nadya di dunia mimpi n syukri kat realiti.. last skali baru dunia diorang sama.. cam2 jer lah.. btw tq sebab baca.
Share this novel