BOOOOMMM!!! Tepat pada kata Irdina, hanya beberapa langkah mereka meninggalkan bangunan itu, tubuh mereka telah tercampak ke hadapan. Siti Sharifa bangun dari tanah. Orang lain sudah tidak diperdulikannya. Dia segera berlari ke arah Irdina untuk memastikan wanita itu tidak tercedera sebelum dia kembali semula ke kereta untuk cuba mendapatkan bantuan. Sementara Adam Haikal juga segera bangun dan berlari mendapatkan Syukri yang sedang cuba untuk kembali ke dalam rumah yang sedang marak apinya itu. Rontaan dan jeritan Syukri tidak dihiraukannya. Dia tidak boleh membiarkan lelaki itu kembali ke tempat yang bahaya itu. Dia terus memegang Syukri sehingga lelaki itu puas meronta dan akhirnya terduduk di atas tanah umpama dia telah pasrah dengan hidupnya.
Irdina masih lagi memegang kepalanya memegang kepalanya sejak dia diangkat dari tanah oleh Sharifa. Kepalanya sakit. Bukan kerana hentakan akibat dari jatuh. Tapi kerana alarm dalam kepalanya yang masih belum berhenti berbunyi. Bukan kerana letupan itu. Bukan kerana api yang marak di hadapannya. Ada sesuatu yang dia terlepas.
“Dina, kau okey tak ni?”dia dapat mendengar suara cemas Adam bertanya di hadapannya membuatkan dia membuka mata. Namun apa yang dilihat di hadapannya bukanlah lelaki itu sebaliknya pandangan xray tubuh lelaki itu. Dia pasti matanya sudah merah di saat ini dan dia tidak memakai kaca mata gelapnya. Dia dapat melihat tubuh Adam berganjak sedikit ke belakang. Pastinya lelaki itu terkejut melihat matanya yang selalu disorokkannya. Tapi kaca matanya telah terjatuh entah ke mana di saat tubuhnya tercampak tadi. Dia memandang ke arah rumah yang sedang marak apinya. Hanya ada 2 tubuh di dalam sana. Mana lagi satu?
Dia segera memandang sekelilingnya. Hanya sedikit ke kanan. Tidak begitu jauh di dalam hutan. Hanya pada jarak yang sama di antara rumahnya dan rumah pokoknya ketika kecil namun tidak mungkin boleh dilihat dengan mata kasar manusia. Dia dapat sebuah rumah ataupun bangsal kecil diperbuat dari kayu berada di sana. Di dalamnya terdapat seorang wanita yang sedang meronta dengan lehernya sudah diikat dengan tali. Bongkah air dibawah kakinya sudah semakin mengecil membuatkan kakinya sudah tidak lagi mencecah ke lantai. Dia sudah pasti apa yang sedang berlaku. Cikgunya pasti sudah merancang untuk menyelamatkan anaknya setelah tamat permainan pertama. Sekurang-kurangnya wanita raksasa itu memiliki hati sebagai seorang ibu. Jadi, apakata dia biarkan saja wanita itu menyertai keluarganya? Biarkan dia mati bersama mereka.
“Dina!”dia dapat mendengar suara Adam memanggilnya. Dia tahu dengan jelas siapa yang sedang berbicara dengannya di saat itu tapi apa yang dilihatnya ketika itu adalah tubuh ayahnya yang sedang meronta tergantung. Orang yang dia hanya mampu melihat kematiannya tanpa mampu berbuat apa-apa. Tanpa sedar tangannya mencapai pistol yang dibawa Adam. Dia dapat mendengar Adam berkata sesuatu namun dia tidak dapat mendengarnya. Satu das tembakan dilepaskannya. Dua das. Dan tiga das. Tali yang melilit leher wanita terputus membuatkan tubuh wanita itu rebah ke lantai. Sudah pastilah dia boleh menembak dengan tepat. Fikry adalah orang yang mengajarnya. Kekasih orang lain mungkin mengajar mereka untuk bermain permainan di arked namun Fikry mengajarnya untuk melepaskan tembakan.
“Tuan!”suara Siti Sharifa membawanya kembali ke realiti. Kenangannya tentang permainan terakhir itu meninggalkan mindanya bersama suara partnernya itu. Dia memandang ke hadapan. Dia melihat Irdina baru saja keluar dari ruang pejabatnya bersama Syukri. Pasti berbincang sesuatu mengenai isteri lelaki itu yang baru saja tersedar dari komanya selepas 5 hari terlantar di atas katil di hospital itu. Satu-satunya saksi terakhir yang masih hidup selepas semua permainan.
“Macammana dia?”soal Adam apabila Irdina datang kepadanya setelah Syukri kembali ke bilik rawatan yang menempatkan isterinya.
“You can get nothing from her. Nothing at all. Her memories stopped only till the 1st day she arrived in Malaysia. She remembered nothing after that. Dissociative amnesia but I don’t know for sure.”jelas Irdina.
“Kau tak boleh buat apa-apa ke pasal tu?”soal Adam lagi.
“She might remember the event if something triggered her memory but I think it’s tter if she doesn’t remember. It’s not a pleasant thing to remember. Plus, Syukri will take her to their home after this. Maybe day after tomorrow since she’ll be discharged this afternoon.”kata Irdina lagi.
“Boleh aku jumpa dia?”soal Adam lagi.
“NO!”tegas Irdina bersuara.
“Kau mengganggu tugas polis.”
“And you’ll harrass my patient.” Adam mendengus geram mendengar kata-kata Irdina.
“Fine.”dia bersuara sebelum berlalu meninggalkan kedua-dua wanita itu di situ.
“Aku ingat kau akan bunuh dia sekali.”dia dapat mendengar Siti Sharifa yang sedang memeluk tubuhnya sendiri bersuara sambil memberi isyarat mata ke arah bilik yang menempatkan Nadya Elliani. Selalunya wanita itu akan segera mengejar Adam Haikal. Tapi tidak kali ini. Mungkin sifat ingin tahunya yang mendahagakan jawapan dengan segera membuatkan dia masih lagi berada di sini.
“I just want her parents’ life. The idea of killing the family is not mine but hers alone. I don’t care about others as long as I can avenge for my family.”balas Irdina.
“Okay.”balas Siti Sharifa sambil menganggukkan kepalanya tanda berpuas hati dengan jawapan dari Irdina namun wanita itu masih lagi ingin menyambung.
“Plus..”mata Irdina yang tersembunyi di sebalik kaca mata hitam itu bertukar merah ketika dia masih lagi memandang ke arah bilik yang menempatkan Nadya Elliani yang sedang ditemani oleh suaminya. Dia dapat melihat Nadya sedang ketawa tentang sesuatu yang dikatakan oleh Syukri. Lelaki itu turut mengukirkan senyuman ketika melihat isterinya tertawa. Lelaki itu kemudiannya mendekatkan wajahnya ke wajah isterinya membuatkan Irdina kembali memejamkan matanya. Anak matanya kembali hitam apabila dibuka. Apa yang dilihat di hadapannya kini hanyalah dinding yang menyembunyikan perbuatan mereka. “She has paid all her debts with the interest. So, I let her go. She’ll be happy after this.”
“Whatever you said. Dah. Aku kena pergi pujuk mamat sorang tu sekarang. Aku still perlukan dia.”kata Siti Sharifa sambil mengatur langkahnya mengikut jejak Adam. Jika dilihat dari tingkahnya, mungkin ada yang menganggapnya sebagai seorang partner yang baik kepada Adam. Tapi dia hanya berpegang kepada satu pepatah english yang berbunyi ‘Keep your friend close and keep your enemy closer’. Bagi Siti Sharifa, Adam adalah musuhnya.
Sudah pastilah Adam dan Siti Sharifa tiada sebarang permusuhan peribadi. Tapi sepertimana kucing dan anjing bermusuh walau tanpa saling mengenali, begitulah juga dengan polis dan gangster. Ya, Siti Sharifa ialah ahli gangster. Atau lebih tepat lagi, dia adalah permaisuri tidak berwajah dari dunia kegelapan. Dia ialah Lyn, adik kepada Fikry. Siapa menyangka identiti sebenar wanita itu adalah permaisuri dunia kegelapan. Dan tiada siapa yang akan menyangka permaisuri dunia kegelapan adalah seorang inspektor polis. Wanita itu adalah yang paling terlicik. Dia hanya menyertai dunia polis untuk menghancurkan musuh kumpulannya tanpa melibatkan mereka. Dan memesongkan anggota polis dari mengetahui kewujudan ahli kumpulannya. Malah dendam Iesha sendiri berjaya kerana ada Siti Sharifa @ka Lyn yang sentiasa berjaya memesongkan penyiasatan yang dilakukan oleh Adam. Dia memang paling layak diberi anugerah Oscar untuk lakonan selama bertahun di sisi lelaki itu tanpa pembohongannya berjaya dikesan. Tapi dunia ini bukan sekadar dipenuhi hitam dan putih. Tidak semua yang jahat benar-benar jahat dan tiada yang baik benar-benar baik. Jika seorang yang baik dibesarkan dengan cara yang sama Lyn dibesarkan, mampukah mereka untuk kekal menjadi baik? Dan jika Lyn dibesarkan dalam keadaan yang lebih baik, masihkah dia berkelakuan begini?
Lyn kehilangan kedua orang tuanya ketika dia baru berusia 6 tahun. Dia telah belajar menembak sejak usianya baru 7 tahun. Dan dia telah membunuh orang lebih ramai dari seorang psikopat boleh lakukan ketika dia berusia 9 tahun. Hanya setelah kematian pakcik mereka yang merupakan seorang ketua gangster yang membesarkan mereka selama ini sehingga dia berusia 10 tahun meninggal dunia dan Fikry mengambil alih pangkatnya sebagai ketua gangster barulah Lyn dimasukkan ke sekolah. Fikry tidak ingin Lyn terlibat dalam dunia gelap namun dia sudah terlambat. Untuk menghapuskan kegelapan yang sudah tertanam dalam diri gadis itu sejak zaman kanak-kanaknya bukanlah seperti berjalan ke taman. Mungkin jika Siti Sharifa terus kekal dalam dunia polis, dia akan berubah. Itu keinginan Fikry. Lelaki itu sudah tiada pilihan kecuali teruskan kerja pakciknya. Untuk memberikan Fikry hidup idamannya satu hari nanti, itu nekad Irdina. Tapi bukan pada masa terdekat.
Irdina melepaskan satu keluhan. Telefon bimbitnya dikeluarkan. Dia memandang akaun namanya yang tidak diketahui ramai. @135174 yang hanya membawa satu maksud. 1 = I, 3 = E, 5 = S, 17 = H, 4 = A. 135174 = IESHA! Akaun yang dibina untuk dendamnya. Kini dendamnya telah berakhir. Dan dia pasti Nadya yang di dalam sana juga tidak lagi akan memerlukannya sebagai tempat meluahkan perasaan. Syukri terlalu berani jika masih mampu untuk curang setelah mengetahui perkara yang mampu dilakukan oleh isterinya. Dia ketawa kecil dengan jenaka yang direka oleh mindanya.
Tangannya kemudiannya menekan beberapa butang di skrin. Perkataan ‘Delete Account?’ tertera pada skrin telefon bimbitnya. Dia memandang lama skrin telefon bimbitnya sebelum jarinya menekan butang
YES!
Final chapter.. xmacam yang semua harapkan.. tp tq so much sbb stay till de end n stay support me.. tq
Share this novel