DUA PULUH LIMA

Psychological Completed 9086

“HE’S dead!”kata-kata yang keluar dari bibir wanita itu membuatkannya mendengus geram. Dunianya semakin gelap. Dia sudah tidak tahu arah tuju untuk kesnya yang kali ini. Saksi yang diharapkannya untuk memberikan sedikit petunjuk sudah tidak bernyawa lagi. Dan mangsa yang diculik semalam mati begitu saja di hadapan matanya tanpa dia mampu berbuat apa-apa. Dia hanya mampu melihat saja. Buat pertama kali dalam hidupnya, dia merasa seperti orang yang paling tidak berguna. Seragam yang dia pakai sebagai lambang kebanggannya, terasa berat untuk ditanggungnya.

“You should save him!”dia bersuara dengan nada menuduh.

“One minutes i’m a killer and another minutes I’m a God, right?” Irdina bersuara dengan nada sarkastiknya. Dia sudah berusaha sekuatnya namun apakan dayanya jika roh lelaki itu tidak mahu lagi untuk terus terperangkap dalam jasadnya.

“Kau..”Adam masih lagi ingin bersuara namun segera dipotong oleh Irdina.

“Don’t take it out on me. I’m not your wife to deal with your shit.”balas Irdina kasar. Mengapa dia harus berlembut dengan lelaki itu jika lelaki itu ingin melayannya seperti seteru.

“Aaargh.” Adam berlalu pergi meninggalkan Irdina di situ. Sudah tiada gunanya lagi dia di situ. Dia sempat menumbuk dinding sebelum dia berlalu.

“Klasik.” Irdina bersuara. cukup untuk didengari oleh telinganya sahaja.

“Tuan.” Sharifa bersuara lemah bersama satu keluhan. Dia menuruti langkah Adam dan berlalu. Sebelum itu, dia sempat memberi pandangan penuh makna kepada Irdina. Irdina sekadar menganggukkan kepalanya.

Irdina kembali semula ke ruang pejabatnya setelah pasangan itu berlalu. Dia lihat papanya sedang tersandar di atas kerusi dengan mata yang terpejam seolah kepenatan. Tetapi dia tahu hakikat sebenarnya. Lelaki itu tidak mahu berdepan dengan Adam dan soalannya. Itu saja. Perkara yang jarang-jarang berlaku apabila pemuda itu adalah kesayangan ayahnya. Sekarang, dia terfikir andai kata-kata Sharifa pada pertemuan mereka beberapa hari lalu adalah benar.

“Saya ada syak sebenarnya.” Sharifa bersuara sambil mengacau jus di dalam gelasnya dengan straw sebelum jus itu disedut.

“Who?”soal Irdina ringkas.

“You.”jawapan Sharifa mengundang tawa Irdina.

“Me? Kill them? For what? Because killing is my new hobby?”

“Tak. Maksud saya, saya syak awak ialah salah seorang yang akan jadi mangsa dalam kes ni.”sekali lagi Irdina ketawa.

“Sorry but I really doubt your judgement. Like how? We both agree that the victim will be the family of the person who involved with the killing game that Scorpio said, right? My dad is a doctor, not a killer.”balas Irdina dengan nada sedikit tersinggung dengan kata Sharifa.

“Waktu uncle tengok Khairy hari tu, air muka berubah tau. Dia macam kenal siapa Khairy.” Sharifa cuba menguatkan hujannya.

“That makes him a killer?”

“Okey, sorry kalau saya buat awak tersinggung. Tapi, anggap ini sebagai hadiah.” Sharifa memberikan sepasang subang kepada Irdina.

“A gift with tracker?”

“Takde apa yang boleh lepas dari awak, kan? Anggap saja ni sebagai langkah keselamatan. Kalau tak jadi apa-apa, baguslah. Kalau terjadi sesuatu, sekurang-kurangnya kami boleh segera sampai awak.”

“Fine, I’ll take it. But that doesn’t mean that I trust you. And you can’t track me unless if I’m in danger. Deal?”

“Deal.”

Dan Irdina perasan ada sesuatu yang mengekorinya sejak beberapa hari yang lalu. Sesuatu yang menghantar isyarat bahaya kepadanya namun dia tidak pasti apa. Dan semalam, dia melihat papanya memanggil peguam untuk menguruskan hal wasiatnya. Perkara ini sudah semakin nyata. Irdina memandang papanya yang masih lagi tersandar pada kerusi dengan matanya terpejam.

“Papa. I’ll be the next victim, right?” mata lelaki tua itu terbuka apabila dia mendengar soalan Irdina. Kepalanya digelengkan.

“I won’t let anything happen to you.”balas papanya dengan pandangan sayu.

Ada sesuatu yang memerhatikannya, dia tidak pasti apa.. ada bahaya yang mendekatinya, dia tidak pasti bagaimana.. dalam sebuah permainan yang tak dijangka, dia mungkin pemain seterusnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience