SEMBILAN BELAS

Psychological Completed 9086

NAFAS Nadya seolah tersekat apabila dia melihat manusia yang sedang rancak berbual dengan mama dan papanya. Satu-satunya manusia yang berjaya memecahkan kesunyian di rumahnya. Satu-satunya manusia yang cuba menjadi heronya setiap kali tapi dia juga yang selalu menjadi punca air mata Nadya. Satu-satunya pemilik hati dan pengutus luka dalam hidupnya. Satu-satunya manusia yang cuba dielakkannya selama 2 minggu ini. Orang yang terakhir yang dia ingin bertemu ketika ini.

“Syukri Ellias.” Nadya yakin dia hanya membisikkan nama itu kepada dirinya. Suaranya terlalu perlahan untuk didengari oleh sesiapa. Namun sebaik saja nama itu terlepas dari bibirnya, mata lelaki itu tepat memandangnya. Senyuman lelaki itu melebar.

Nadya tidak pasti apa yang harus dilakukannya di saat ini. Dia benar-benar tidak ingin berdepan dengan lelaki itu disaat ini. Tetapi dalam masa beberapa saat saja dia sudah berada dalam pelukan lelaki itu. Tangan lelaki itu melingkari tubuh Nadya erat sehingga dia tidak pasti jika udara mampu melepasi ruang di antara tubuh mereka. Nadya dapat merasakan nafas lelaki itu di pipinya.

“I miss you.”Nadya dapat merasakan nafas Syukri di pipinya. Tiba-tiba dia merasa rimas. Nafas lelaki itu umpama api yang cuba membakar pipinya. Dia cuba untuk menolak lelaki itu namun lelaki itu sedikitpun tidak berganjak.

“Ehem!”Nadya dapat mendengar jelas suara papanya berdehem membuatkan lelaki itu melonggarkan pelukannya. Nadya mengambil kesempatan itu untuk menolak lelaki itu jauh daripadanya. Namun lelaki itu masih tidak berganjak. Lelaki itu sekadar mengalah dan berdiri di sisinya sambil memeluk bahu Nadya. Lelaki itu umpama lintah ataupun parasit yang tidak mahu melepaskannya. Nadya mengeluh lagi.

“Jauh-jauh suami balik, takkanlah Nadya masih marah lagi? Kalau yer pun nak merajuk, biarlah Syukri rehat dulu. Esok baru sambung merajuk tu.”usik papanya. Andai lelaki itu tahu apa yang dilakukan Syukri selama ini, masihkah dia mampu bergurau begitu.

“Takpe, pa. Papa pun tahu kan yang badan Nadya memang lemah dari kecil sebab tu dia kena banyak berehat. Bukannya dia merajuk dengan Ri. Kan, sayang?” Syukri mengeratkan pelukannya di bahu Nadya. 2 minggu berjauhan dengan wanita kesayangannya. Bagaimana mampu dia melepaskan wanita itu sekarang.

Nadya sekadar mengerling tangan Syukri di atas bahunya tanpa bersuara. Lemah. Too fragile too touch. Harus selalu dilindungi. Hanya itu pandangan Syukri kepadanya. Haiwan yang seharusnya tinggal dalam sangkar dengan alasan perlindungan. Dia tidak perlukan semua itu. Dia mampu melindungi dirinya sendiri. Dia sudah membuktikan kekuatannya apabila dia membalas dendam terhadap pembunuh keluarganya yang pertama. Hanya 4 lagi level permainan yang perlu diselesaikan dan hutang darahnya akan terlangsai. Jika dahulu 5 peringkat permainan yang disertainya sewaktu kanak-kanak ditemani dengan air mata, kali ini permainan yang tercipta akan dimainkannya dengan tawa. Dendamnya akan terbalas. Bukan dia yang akan menderita tetapi mereka.

“Mama dengan papa nak masuk tidur dulu lah. Kamu berdua bersembanglah. Settlekan masalah tu elok-elok.”giliran mamanya pula bersuara sambil menarik tangan papanya untuk berlalu memberikan ruang privasi kepada mereka.

Nadya mengeluh apabila bayangan kedua-dua orang tuanya menghilang di dalam kamar milik mereka. Dia turut ingin berlalu pergi namun lelaki itu menarik lengannya membuatkan dia kembali ke dada lelaki itu. Kembali ke dalam pelukan lelaki itu. Dia cuba meronta melepaskan diri namun bisikan lelaki itu menghentikan rontaannya.

“Ri tahu sayang marah Ri but please.. please.. it’s been 2 weeks. Ri tak boleh jauh dari sayang. Ri betul-betul nak balik sini bila tahu sayang hilang tapi Ri tak boleh tinggalkan kerja Ri macamtu jer. Setiap kali Ri call, sayang langsung tak nak cakap dengan Ri. Ri tak tahu nak buat apa. Ri rasa macam nak mati.”

Bagaimana untuk dia menolak lelaki itu setelah apa yang dikatakannya? Mereka selalu bersama sejak mula. Lelaki itu memang tidak pernah bisa jauh darinya. Dia masih ingat lagi ketika pertama kali dia tinggal di asrama ketika dia tingkatan 1 dahulu. Dia hanya mampu bertahan di situ 3 hari sebelum dia terpaksa kembali tinggal di rumah kerana Syukri demam panas apabila dia meninggalkan rumah. Apabila Syukri mendapat tawaran ke universiti yang berbeza negeri dengannya dahulu pun, lelaki itu kembali semula ke rumah setelah 3 hari. Jadi, masa yang paling lama lelaki itu mampu bertahan berjauhan dengannya selama ini hanyalah 3 hari. Ini benar-benar tempoh yang paling lama mereka berjauhan. Rasanya dia mampu untuk tidak bertemu untuk masa yang lebih lama tetapi untuk lelaki itu mungkin lain pula ceritanya.

Syukri melonggarkan pelukannya tapi hanya cukup untuk dia memandang wajah isterinya saja. “This is real, right? I’m not dreaming, right?”soalnya seolah meminta kepastian.

Nadya sekadar memandang lelaki itu tanpa sebarang jawapan.

“You’re real.” Syukri bersuara bahagia sebelum memeluknya sekali lagi.

“You’re real.”dia bersuara sekali lagi seolah cuba meyakinkan dirinya sendiri.

Nadya mengesat air mata di matanya sendiri sebelum ia mengalir. Dia dapat merasakan bahang dari pipi lelaki itu apabila pipi lelaki itu bertemu pipinya. Dia dapat merasakan panasnya tangan lelaki itu apabila lelaki itu memeluknya. Pasti lelaki itu demam lagi apabila lelaki itu berjauhan darinya. Baru 2 minggu berlalu namun tubuh lelaki itu sudah kelihatan sedikit susut. Dia seperti sudah kehilangan berat badannya. Pasti lelaki itu hilang selera makannya lagi apabila dia tiada. Jika sudah tahu bahawa dia akan begini lagi, untuk apa dia memilih untuk jatuh dalam pelukan orang lain?

Nadya cuba meleraikan pelukan lelaki itu sekali lagi dan kali ini lelaki itu benar-benar mengalah dengannya. Emosinya tidak boleh terganggu dengan perkara sekecil ini. Syukri Ellias sudah membuat pilihannyaketika dia berpaling ketika itu. Sekarang gilirannya pula untuk memilih jalannya sendiri. Dia memilih bahawa dendam lebih berkuasa dari cinta.

Nadya berjalan ke biliknya. Mencapai telefon yang dilemparkannya ke atas katil tadi. Sekali lagi skrin itu direnungnya. Berharap agar ada notifikasi yang diterima daripada @135174 namun dia hampa. Skrin telefon bimbitnya masih lagi memaparkan mesej terakhir yang sama di aplikasi yang digunakannya untuk berhubung dengan sahabat mayanya itu. Dia benar-benar harus menunggu lagi 2 hari sebelum dia menerima maklumat tentang level keduanya.

Dia dapat mendengar bunyi pintu biliknya dibuka. Dia dapat melihat suaminya melangkah masuk ke dalam bilik itu sebelum pintu ditutup kembali dan dikunci. Senyuman yang dilemparkan lelaki itu tidak dibalasnya.

Syukri melangkah ke arah kabinet yang menempatkan bantal dan selimut sebelum kedua-dua item itu dicapainya. Sebalik melangkah ke katil untuk berada bersama wanita kesayangannya itu, Syukri lebih memilih untuk melangkah ke arah sofa yang terletak di satu sudut di dalam bilik itu bagi menghormati perasaan isterinya yang seperti tidak ingin berada di sisinya ketika ini.

Nadya mengeluh apabila melihat Syukri merebahkan tubuh di atas sofa dan mula cuba melelapkan matanya di situ. Nadya yang tadinya sekadar duduk di atas tempat beradunya mula turut merebahkan diri. Selimut yang berada di hujung kakinya ditarik sehingga menutupi seluruh tubuhnya dari hujung kaki sehingga ke hujung kepalanya.

Satu masalah baru telah tiba. Kini dia harus berfikir bagaimana untuk menyelesaikan dendamnya. Bagaimana untuk dia keluar tanpa disedari lelaki yang telah tinggal sebilik dengannya itu.

Bila dia sudah tahu yang dia tidak bisa menjauh dariku, mengapa dia harus berpaling? Bila hanya ada aku di hatinya, mengapa dia masih memilih yang lain? Bila hanya aku yang dia mahu, mengapa bukan aku yang berada dalam pelukannya? - Nadya Elliani

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience