NADYA merenung tajam pergerakan mangsanya yang jelas terpapar di skrin laptopnya. Untuk mengintip pergerakan mereka dengan bantuan teknologi yang wujud sekarang bukanlah suatu perkara yang sukar baginya. Hacker. Atau panggil saja dia apa saja, dia tidak pedulikannya. Selagi wujud kemudahan teknologi komputer, mesin, atau apa saja, dia boleh muncul di situ di mana-mana pada bila-bila masa. Ya, bukan secara fizikal tetapi matanya pasti ada di sana. Seperti mana dia sedang mengintip mangsanya kini.
Mereka sepatutnya tidak lagi boleh diintip olehnya sejak semalam. Kewujudan mereka sepatutnya telah terhapus dari muka bumi ini. Tapi mungkin sudah ditakdirkan umur mereka masih panjang. Tapi hari ini seharusnya menjadi hari terakhir mereka. Jika mereka tidak mati, kisah dendamnya harus ditamatkan hari ini juga dan dia tidak mahu perkara itu terjadi.
Permainan yang dimainkannya sekarang ini sangat mudah. Dia hanya perlu melengkapkan level permainan yang ditetapkan oleh mereka. Siapa yang harus dijadikan mangsa, dia boleh memilihnya atau mereka sendiri yang akan tentukan untuknya. Mereka akan memberikan detail mangasa yang diperlukan kepadanya. Cara apa yang dia mahu gunakan untuk membunuh, dia hanya perlu tinggal minta alatannya. Segalanya akan disediakan untuknya. Penculikan, dia sendiri yang harus lakukannya. Jika dia tertangkap, hanya dia akan dipersalahkan kerana memang tiada bukti untuk sabitkan sesiapa. Hanya satu saja peraturannya, seminggu selepas detail mangsa diberikan kepadanya, mereka harus mati atau permainan akan ditamatkan. Dia tidak mahu itu berlaku. Dendam harus dibalas. Mereka yang menghapuskan keluarganya tidak boleh terlepas.
Dia dapat merasakan ada mata yang sedang memerhatikannya. Tidak perlu dia mengangkat muka, dia sudah tahu siapa. Dengan segala aktiviti yang dilakukan oleh orang tuanya, hanya tinggal mereka berdua saja di rumah. Dia dapat mendengar langkah lelaki itu sedang cuba mendekatinya. Sengaja dia menyentuh lehernya yang dicekik lelaki itu sebelum merenung ke arah lelaki itu. Langkah lelaki itu terhenti. Lelaki itu kelihatan seperti sedang menahan nafasnya. Rasa bersalah terlihat jelas di matanya. Bagaimana untuk lelaki itu tidak akan rasa bersalah, dia telah menyakiti orang yang dia bersumpah untuk lindungi. Tangan Syukri yang mencengkam lehernya 3 hari lepas cukup untuk menyakitinya di saat itu namun tidak cukup untuk meninggalkan bekas pun. Tetapi di mata lelaki itu, dia seorang yang lemah. Too fragile. Pastinya lelaki itu akan percaya bahawa perkara seperti ini akan menyakitinya sehingga ke hari ini. Tapi pastinya itu bukan sebab sebenar dia ingin memarahi lelaki itu. Alasan sebenarnya adalah kerana segala yang berlaku semalam. Rancangannya dirosakkan lelaki itu.
@135174 : Everything is set.
@NadElliani : I’m ready now!
Nadya mula mencapai kunci keretanya. Dia dapat melihat Syukri masih lagi sibuk dengan kerjanya. Lelaki itu selalunya tidak akan memperdulikan perkara lain apabila dia sedang bekerja. Dia hanya akan bermula dan berhenti pada masa yang ditetapkan. Lelaki itu jenis yang menepati masa. Tambah pula dengan peristiwa lelaki itu mencekiknya 2 hari yang lalu, pastinya lelaki itu tidak akan mendekatinya untuk masa yang terdekat ini. Dia hanya perlu tukar kenderaan dan permainan kedua akan bermula.
Keretanya sudah masuk ke lebuhraya ketika telefonnya berbunyi menandakan notification masuk. Selalunya dia tidak akan memperdulikan sesiapa tapi nada itu hanya digunakan kepada seorang saja.
“Siri, read my message.”dia bersuara.
‘Jangan lupa pandang belakang.’suara siri yang mendengar arahannya membuatkan dia mengerutkan dahinya.
Nadya melihat cermin pandang belakangnya. Satu keluhan dilepaskannya apabila melihat kereta yang amat dikenalinya berada tidak berapa jauh membontoti keretanya. Bagaimana dia boleh begitu bodoh apabila dia sudah mengenali lelaki itu sejak sekian lama. Bekerja atau tidak, bercakap ataupun tidak, Syukri tidak akan pernah membiarkan dia bergerak sendiri. Pastilah lelaki itu akan mengekorinya. Akhirnya, dia terpaksa membawa keretanya ke mall saja agar tidak disyaki. Misinya tergendala hanya kerana lelaki itu. Lelaki yang bergelar suaminya, Syukri Ellias.
Dia merenung ke arah lelaki yang sedang memandangnya dari dalam rumah itu. Ada kesayuan di dalam mata lelaki itu. Dia tahu bukannya lelaki itu sedih kerana dia tidak mahu berbicara kerana dia memang sukar untuk membuka mulutnya sejak zaman kanak-kanak mereka. Tetapi lelaki itu mati dengan perlahan hanya kerana 2 perkara. Pertama adalah kerana fakta Syukri Ellias telah menyakiti Nadya Elliani secara fizikal. Dan yang kedua ialah kerana dia menolak lelaki itu sejauh-jauhnya. Lelaki itu bukan saja tidak dapat menyentuh walau hujung rambutnya tetapi dia tidak membiarkan lelaki itu berdiri didekatnya walau semeter sekalipun.
@135174 : Juz kill him. It’ll be easier.
Nadya menggenggam telefon bimmbitnya kuat apabila membaca kata-kata sahabat mayanya itu. Dendam harus dibalas. Level kedua harus diselesaikan hari ini juga. Segala halangan harus dihapuskan.
Dia meletakkan telefon bimbit dan laptopnya di atas buaian dan bergerak ke arah dapur melintasi Syukri. Dia membuka peti sejuk rumahnya dan mencapai jus oren yang berada di dalam kotak dan dituangkannya ke dalam gelas. Gelas itu dibawa ke bibirnya dan jus di dalam gelas itu diteguk sedikit sebelum dia berhenti dan sekadar berpura-pura minum. Dia tahu pergerakannya sedang diperhatikan kerana itu dia melepaskan pil yang disembunyikan di sebalik salah satu jemarinya sambil berpura-pura masih meneguk jus itu. Dia melihat pil itu larut dan jus oren itu menyembunyikan warnanya sebelum gelas itu diletakkan di atas meja. Dan berlalu keluar meninggalkan dapur. Sekali lagi melintasi lelaki itu yang berada di ambang dapur itu. Dekat tapi tidak menyentuh lelaki itu.
Dia kembali ke buaiannya. Duduk dan menunggu. Dia tidak perlu melihat untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh lelaki itu pada ketika ini. Minum dari gelasnya. Dia sudah perasan habit Syukri yang satu itu sejak awal perkahwinan mereka. Ciuman secara tak terus. Dia tahu alasannya tapi dia tidak faham mengapa. Dia di sini. Nadya Elliani ialah isteri Syukri Ellias yang sah. Dia sekalipun tidak pernah menolak lelaki itu. Jadi, dia tidak faham mengapa perlu perkara ini. Lelaki itu boleh minum dari gelas yang sama dengannya. Lelaki itu boleh menyentuh wanita lain. Lelaki itu boleh memeluknya. Tetapi lelaki itu tidak pernah melayannya sebagai isteri yang sah? Dia benar-benar tidak dapat memahaminya.
Setelah beberapa saat dia di situ, dia kembali ke dapur setelah yakin Syukri telah meneguk habis minumannya. Gelas di tangan Syukri terlepas. Lelaki itu memegang kepalanya sendiri dan menggelengkan kepalanya beberapa kali. Nadya tahu pastinya kepala lelaki itu terasa pening. Pastinya pandangan lelaki itu berbalam. Dia berpusing ke arah ambang dapur. Ke arah Nadya. Pasti lelaki itu sedang cuba meninggalkan tempat itu.
“Sayang.”lelaki itu bersuara apabila lelaki itu tiba-tiba saja terjatuh ke dalam pelukan Nadya yang sedang berdiri dan menyambutnya. Tubuhnya yang lebih besar dari wanita itu membuatkan Nadya hampir terjatuh namun wanita itu masih berjaya menstabilkan dirinya. Pandangannya kelam selepas itu. Dia telahpun hilang.
Nadya menggunakan kudratnya membawa Syukri meninggalkan ruang dapur itu. Setelah penculikan yang dilakukannya minggu lalu, mengheret tubuh manusia bukan lagi sesuatu yang sukar untuknya. Dia membawa Syukri kembali ke bilik mereka yang pintunya telahpun terbuka sejak tadi dan membaringkan tubuh lelaki itu di atas sofa yang menjadi tempat tidur lelaki itu sejak dia kembali.
“If only you can treat me as your wife.” Nadya bersuara perlahan ketika dia duduk di sisi lelaki itu. Jika lelaki itu melayannya selayaknya seorang isteri, pasti mereka sedang hidup bahagia ketika ini. Pastinya tidak perlu pembunuhan ini. Pastinya dia tidak akan peduli tentang dendam ini. Yang dia perlukan hanyalah Syukri Ellias. Dia tahu lelaki itu cintakannya. Orang buta juga boleh melihat lelaki itu tidak akan dapat hidup tanpanya. Dia tahu lelaki itu akan berhenti cukup dengan katanya saja. Tapi perlukah dia memberitahu segalanya? Kadangkala lelaki itu harus mengambil keputusannya sendiri. Dia ingin lelaki itu datang kepadanya sendiri dan memilihnya sendiri tanpa perlu diberitahu. Dia menunggu dan terus menunggu sehingga sakitnya tidak dapat ditanggung lagi kerana itulah dia berlari. Dan sekarang apabila dia sudah terlibat dengan permainan ini. Bila dia sudahpun mula untuk menuntut hutang keluarganya, mengapa lelaki itu perlu kembali dan menjadi halangannya?
Dia melihat turun naik dada lelaki itu menandakan lelaki itu sudahpun tenang dalam tidurnya. Membunuh Syukri Ellias? Membayangkannya saja dia tidak mampu. Lelaki itu boleh curang kepadanya. Lelaki itu boleh menyakitinya. Malah, mungkin lelaki itu boleh membunuh keluarganya sekalipun. Dia boleh menyiksa lelaki itu. Dia boleh membiarkan lelaki itu menderita dan hidup sengsara. Tapi untuk lelaki itu mati di tangannya, dia tidak akan pernah dapat melakukannya. Apa boleh dia lakukan apabila sejak dia mengenali dunia, Syukri Ellias adalah dunianya? Cinta membuatnya bodoh. Dia boleh menolak perasaan itu jauh ke dalam dasar hatinya. Dia boleh berpura-pura tidak peduli. Tapi, apa yang boleh dilakukannya apabila hatinya hanya mengenali lelaki itu.
“I love you!” Nadya mengungkapkan kata itu buat kali pertama dalam hidupnya. Lelaki itu tidak akan dapat mendengarnya. Lelaki itu tidak akan dapat merasakan belaiannya di ubun-ubun lelaki itu. Kerana lelaki itu telah lama hilang di dalam dunia mimpinya.
Nadya mengesat air matanya yang bergenang di kelopak matanya dan bangun dari duduknya. Kisah cintanya boleh tunggu nanti. Sekarang kisah thriller pula yang akan mengambil tempatnya kerana permainan telah bermula lagi.
DENDAMNYA AKAN DIBALAS!
Dia tahu lelaki itu cintakannya. Orang buta juga boleh melihat lelaki itu tidak akan dapat hidup tanpanya. Dia tahu lelaki itu akan berhenti cukup dengan katanya saja. Tapi perlukah dia memberitahu segalanya?
Share this novel