DUA PULUH SATU

Psychological Completed 9086

BUNTU. Itulah apa yang dirasakan Adam Haikal di saat ini. Sudah seminggu kes ini disiasat tanpa sebarang perkembangan. Terlalu banyak persoalan namun tiada sebarang jawapan. Siapa? bila? Di mana? Bagaimana? Dia hanya mampu bertanya. Namun tiada sebarang petunjuk yang ditemuinya. Saksi pembunuhan ramai namun tiada siapa yang mampu tampil dan memberikan sebarang kenyataan kerana tiada siapa yang mampu merungkai misteri pembunuhan secara langsung yang tiba-tiba saja wujud di hadapan mereka. Ketika kes penculikan berlaku, penduduk di kawasan itu mendakwa ada asap yang memenuhi ruang rumah mereka dan mereka tidak lagi tersedar selepas itu. Gas tidur. Dia pasti itu adalah kandungan asap itu. Khairi Jamaluddin juga masih belum sedarkan diri untuk memberikan apa-apa keterangan.

Khairi dan keluarganya diculik dengan begitu mudah dalam masa kurang dari setengah jam dari tempat mereka berada. Bermakna pembunuh sudah begitu jelas tentang rutin dan selok-belok rumah mereka. Ada dua teori yang mampu difikirkan mereka di saat ini. Teori yang pertama, orang yang mencelakakan mereka adalah orang yang rapat dengan keluarga mereka. Tapi apabila semua mereka disoal siasat, dia yakin 100% bahawa tiada antara mereka yang terlibat dengan kes itu.

Satu lagi teori pula, pembunuh itu telah mengintip pergerakan keluarga mangsa sebelum penculikan berlaku. Tapi, tiada walau seorang pun penduduk yang tinggal di sekitar rumah mereka yang pernah perasan akan kelibat manusia atau kenderaan yang mencurigakan di kawasan itu. Malah, cctv sendiri juga tidak dapat merekodkan sebarang aktiviti yang mencurigakan di kawasan itu. Bagaimana seseorang mampu melakukan sesuatu dengan begitu sempurna tanpa ada ruang untuk kesilapan biarpun sedikit? Bagaimana seseorang mampu melakukan sesuatu yang sepatutnya menarik perhatian semua orang boleh melakukannya tanpa dilihat sesiapa?

Apa yang lebih membingungkannya adalah apabila ada saksi yang mengatakan bahawa dia ada berselisih dengan kereta mangsa pada malam yang sama Khairi dan keluarganya ditemui dalam rumah mereka namun yang dilihat di tempat pemandu kereta itu adalah Khairi sendiri. Dia bukan baru dialihkan dan diletakkan di tempat pemandu ketika kereta itu tiba di rumahnya namun dia memang ada di situ sejak mula. Dia sendiri yang memandunya. Tapi, bagaimana? Jika benar pun bahawa lelaki itu sendiri yang memandunya, mengapa dia tidak ke hospital atau ke tempat di mana dia boleh mendapatkan bantuan? Mengapa dia lebih memilih untuk pulang ke rumah apabila dia sendiri sudah separuh mati apabila ditemui? Namun, Adam tidak yakin lelaki itu benar-benar memandu sendiri dalam keadaan itu. Pasti ada muslihat di sebalik semua ini. Pusing Adam memikirkannya biarpun sesaat.

“Tuan!”suara rakan setugasnya membawanya kembali ke alam nyata. Pasti wanita itu menyedari keresahan di wajahnya. Wanita itu telah menjadi bermula dalam jabatan sebagai orang bawahannya dan kini biarpun mereka berdua memiliki pangkat yang sama, wanita itu masih lagi memanggilnya dengan gelaran tuan.

“Dapat apa-apa maklumat?”soal Adam Haikal.

Sharifa sekadar menggelengkan kepala. “Show yang dia sebut tu macam tak pernah wujud. Takde sesiapa pun yang pernah dengar tentangnya dan tekde sebarang rekod langsung tentang kewujudan show macam tu.”

“Dah try dark web?”suara garau lelaki tua itu menarik mereka untuk memandangnya. “Show yang korang bincang tu show pembunuhan, kan? Selalunya kalau show macamtu kat dark web banyak lah. Kalau kat tv biasa memang takkan ada.”

“Uncle.” Adam Haikal membuka tangannya menyambut lelaki tua yang datang memeluknya. Mertua tak jadinya, bapa kepada Irdina. Kepulangan lelaki itu memang sedang dinantikan mereka. Lelaki itu berada di luar bandar sejak sebelum kes yang disiasatnya bermula. Dia hanya sempat berbincang dengan lelaki itu dalam telefon mengenai Khairi dan hari ini adalah kali pertama lelaki itu akan bertemu dengan pesakit rahsia yang satu ini.

“Dina mana?”soal lelaki tua itu apabila anak perempuannya tidak kelihatan di mana-mana. Sepanjang ketiadaannya atas urusannya di luar bandar, wanita itu yang akan mengambil alih tugasannya untuk menjaga ketiga-tiga hospital miliknya.

“Dia ada appoinment dengan pesakit katanya.”giliran Sharifa pula menjawab.

Lelaki tua itu mengangguk. “Dina ada beritahu uncle tentang kes yang Adam sedang siasat sekarang. Pembunuhan secara live di semua siaran tv, kan? Uncle tak tahu kalau apa yang uncle nak cakap ni membantu atau tak tapi malam yang semua siaran terganggu sebab show tu, takde apa-apa yang berlaku dalam tv kat sana. Siaran yang biasa saja ditayangkan. Takde gangguan siaran di sana. Rasanya hanya siaran di bandar ni saja yang terganggu.”

Adam dan Sharifa saling berpandangan. Rasanya sudah ada petunjuk lain yang boleh mereka siasat. Sharifa mula menulis sesuatu dalam buku nota kecilnya.

“Pasal pesakit yang kamu cakap tu..”

“Dia ada dalam bilik ni.” Adam bersuara sambil melangkah keluar dari bilik pejabat Irdina ke arah bilik yang menempatkan Khairi Jamaluddin.

Wajah pemilik hospital itu berubah sepenuhnya apabila melihat wajah pesakit yang harus dirawatnya itu.

“Uncle okay ke?”soal Sharifa apabila lelaki tua itu seolah membiru.

Dia sekadar mengangguk dan cuba untuk membina senyumannya. “Jangan risau, uncle okay.”

“Kami kena pergi sekarang. Kami tunggu sini sebab nak tunjuk dia pada uncle jer.” Adam bersuara.

“Okey. Kerja elok-elok.” Ayah kepada Irdina bersuara menghantar pemergian mereka. Setelah mereka berlalu, sekali lagi dia memandang wajah lelaki yang terbaring di atas katil hospital miliknya itu. Senyumannya menghilang. Pandangannya bertukar sayu.

“Roda dah berputar. Kali ini pasti sudah giliran kita untuk dilenyek. Dah tiba masanya untuk kita bayar apa yang dah kita buat.”

Roda akan sentiasa berputar.. Kadang kita di atas dan kadang kita di bawah.. Kini roda itu berputar lagi.. Sudah tiba giliran kita untuk dilenyek.. Hutang yang sudah lama tertunggak.. Kini sudah tiba giliran kita untuk membayar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience