TIGA PULUH TUJUH

Psychological Completed 9086

"PERMAINAN terakhir bermula.”ungkapan itu kedengaran sangat jelas di telinganya. Siapa sangka dosa lampaunya akan memburunya dan menghukumnya dengan cara yang sama. Siapa sangka orang yang memulakan permainan ini perlu menjadi pemain untuk permainan yang diciptanya. Dia sudah mengagak hari ini akan tiba juga setelah segala yang berlaku tapi dia masih tidak bersedia. Nadya sudah selamat di samping Syukri, kan? Dia masih ingat menantunya menghubunginya mengatakan dia ingin membawa anaknya pergi. Jadi, pertaruhan kali ini pasti isterinya. Orang yang telah bersama-sama dengannya memulakan permainan ini dahulu. Sejak Khairi dibunuh, isterinya sudah tahu hari ini akan muncul juga. Tapi, mengapa wanita itu jadi taruhan bila wanita itu sendiri pendosa sama sepertinya?

Dia bangun dari perbaringannya. Keadaan sekelilingnya dipandang. Tempat ini kelihatan sudah terlalu usang tapi masih sangat dikenalinya. Tempat terakhir. Permainan terakhir diadakan.

“Pusing ke belakang dan jalan ke kanan. Kau akan jumpa tangga. Naik tangga tu sekarang.”suara dari alat pendengaran itu berbunyi lagi. Ayat yang sama. Perkataan yang sama yang digunakan dalam permainan itu. Rasanya dia tahu siapa disebalik permainan ini.

“Iesha! Aku tahu kau disebalik permainan ni. Lepaskan keluarga aku!”jerkahnya namun katanya hanya disahut tawa.

“Siapa cakap kau ada pilihan? Tekaan kau betul atau tak, apa bezanya? Permainan tetap perlu diteruskan. Kita tetap akan mati.”jelas wanita itu menjawab di telinganya,

“Kita?”soal lelaki tua itu sedikit kehairanan dengan kata wanita itu.

“Hutang perlu dijelaskan. Terpulang pada kau. Sebesar mana kau sayangkan keluarga untuk bermain. Atau kau boleh pergi. Pintu tak berkunci.”kata wanita itu.

Lelaki itu mula melangkah ke arah pintu. Keluarga atau nyawa? Berapa ramai yang boleh memilih keluarga jika nyawa menjadi taruhan. Tapi..

Langkahnya terhenti apabila kakinya tiba di hadapan pintu.

“Aku tahu aku salah. Aku, isteri aku. Orang-orang yang kau dah rampas keluarganya. Kau boleh ambik nyawa aku. Tapi aku minta tolong sangat, lepaskan isteri aku. Lepaskan anak aku. Aku tahu isteri aku salah. Aku akan bayar harga dosa dia. Jadi, tolong lepaskan diorang.”rayu lelaki itu. Dia masih lagi berdiri di hadapan pintu itu.

Wanita itu terdiam tanpa suara. Mungkin memikirkan kata-katanya. Mungkin juga mentertawakan permintaannya.

“Tolong jangan bunuh ibu dengan ayah Iesha. Iesha merayu. Iesha melutut. Tolong!”

“Tolonglah kesiankan Iesha!”

Rayuan gadis itu tiba-tiba saja berlayar di mindanya. Rayuan yang tidak pernah dipedulikannya. Rayuan yang telah dikuburkan selama-lamanya. Siapa sangka yang satu hari nanti akan tiba gilirannya pula untuk merayu pada orang yang sama.

“Play this game. Tu jer pilihan kau kalau kau nak anak kau selamat.”suara wanita ini benar-benar dikenalinya namun mindanya tidak boleh menekanya. Ia bukan suara yang pernah didengarinya lama dulu namun seperti baru saja didengarinya. Siapa? Orang yang dia kenali? Dia pasti dia kenal suara itu.

“Aku..”dia masih ingin bersuara namun wanita itu segera memotong.

“Aku banyak masa untuk berbual dengan kau. Tapi mungkin mereka yang takde masa.”

TV LCD yang entah bila dilekatkan di dinding itu terbuka menayangkan isteri dan anaknya. Dia dapat melihat kedua-dua mereka sedang berdiri di atas bongkah ais yang besar dengan tangan yang diikat ke belakang namun latar belakang mereka menunjukkan mereka sedang berada di dua buah bilik yang berbeza. Kedua-dua mulut mereka diikat membuatkan mereka tidak dapat berbicara. Dan ada tali yang berada di leher mereka yang bersedia untuk menggantung mereka apabila bongkah air itu mencair sepenuhnya. Wanita itu cuba membunuh keluarganya dengan cara yang sama ayahnya mati.

“IEESHHAA!!”jerkahnya.

“Masa untuk bayar hutang. Gerak sekarang atau diorang mati.”wanita itu bersuara dengan tenang.

Dia baru melangkah apabila dia mendengar bunyi kenderaan dari luar bangunan itu. Kereta? Siapa? Bagaimana?

“Gerak sekarang!”jerkah wanita itu seolah tidak mendengar bunyi kereta di luar. Ia hanya perasaannya? Sekadar keinginannya untuk diselamatkan? Dia memulakan langkah sehingga ke anak tangga pertama dan pintu tia-tiba terbuka mendedahkan 2 orang lelaki dan 2 orang wanita.

“Papa?”menantunya bersuara apabila wajahnya dipandang dan mata lelaki itu kemudiannya menangkap sosok isterinya dalam TV LCD itu.

“Sayang!”jerit Syukri.

“Ermmmm!!”dia dapat mendengar Nadya cuba bersuara dari TV LCD itu seolah cuba menjerit namanya namun ikatan di mulutnya menghalangnya dari bersuara. Selama ini dia menyangka isterinya adalah pembunuhnya. Namun, bagaimana isterinya boleh berada dalam keadaan begini? Dia ingin mengatakan bahawa isterinya sedang berlakon namun ketakutan dalam matanya mengatakan sebaliknya.

“SIAPA KAU?! LEPASKAN ISTERI AKU!!”jerkah Syukri. Kepada siapa? dia tidak tahu. Yang dia tahu, dia inginkan isterinya selamat. Dia tahu permainan ini. Tiada sesiapa yang pernah terselamat. Tapi Nadya Elliani harus selamat walau dengan apa cara sekalipun.

“Kalau kau nak keluarga kau selamat, diorang tak boleh terlibat dalam game ni.”dia dapat mendengar wanita itu bersuara dari alat pendengaran di telinganya.

“Ri! Papa akan bawa Nadya balik.”lelaki tua itu bersuara sebelum memanjat tangga.

“Ri ikut.”kata Syukri. Baru saja cuba mengatur langkahnya namun suara lelaki tua itu menghentikan langkahnya.

“Kalau nak Nadya selamat, takde orang lain yang boleh terlibat dengan permainan ni.”

“Tapi pa..”

“Uncle, jangan risau. Kami polis. Kami akan selamatkan keluarga uncle.”giliran Adam bersuara namun lelaki tua itu sekadar menggelengkan kepalanya.

“Tolong, jangan masuk campur dalam hal ni. Saya tak nak risikokan keluarga saya.”

Adam masih ingin berbahas namun jeritan dari LCD yang menayangkan gambar mama Nadya itu menghentikannya. Dan kedua-dua LCD terpadam. Lelaki tua itu segera berlari memanjat anak tangga itu untuk mendapatkan keluarganya.

Adam dan Syukri baru saja menapak untuk mengejar lelaki tua itu namun lengan kedua-dua mereka segera disambar oleh Irdina.

“Kita kena pergi. Ada bom kat sini.” Irdina bersuara membuatkan kedua-dua lelaki itu merentap kembali tangan mereka.

“Kau jangan mengarutlah.”marah Syukri.

“Kat mana?”soal Adam.

“Takde masa. Sharifa!” Irdina memberi isyarat kepada seorang lagi wanita yang bersama mereka sebelum dia mengheret tangan Adam, memaksa lelaki itu untuk mengikutnya keluar dari pintu yang sama mereka masuk sementara Siti Sharifa mengheret Syukri yang kuat meronta untuk dilepaskan.

BOOOOMMM!!! Tepat pada kata Irdina, hanya beberapa langkah mereka meninggalkan bangunan itu, tubuh mereka telah tercampakke hadapan.

Syukri segera bangun dari tanah. Darah yang mengalir dari kepalanya kesan hentakan itu tidak dipedulikannya. Dia harus segera bangun. Dia harus segera selamatkan isterinya. Dia harus selamatkan Nadya.

Dia ingin kembali ke dalam rumah yang sedang marak apinya itu namun tubuhnya dipegang kuat oleh seseorang. Rontaannya tidak memberikan kesan. Jeritannya tidak diperdulikan. Dia tidak sedar lagi apa yang berlaku di sekelilingnya. Suara mereka bercakap. Bunyi tembakan yang dilepaskan. Bunyi kenderaan bantuan yang lain yang baru tiba. Tiada satu pun yang dapat mengalihkan perhatiannya.

Lututnya semakin lemah. Tubuhnya semakin jatuh ke tanah. Dia sudah tidak berdaya apabila fakta itu datang dan menampar mukanya. Dia sudah gagal menunaikan janjinya. Dia sudah kehilangan isterinya. Dia sudah kehilangan Nadya Elliani.

UNTUK SELAMANYA.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience