DUA PULUH SEMBILAN

Psychological Completed 9086

GELAP. Hanya itu saja yang dilihatnya di saat matanya dibuka. Ada kain yang diikat pada matanya membuatkan dia tidak dapat melihat apa-apa. Di saat satu deria tertutup, deria lain akan aktif. Dia tidak dapat melihat, jadi dia lebih sensitif terhadap keadaan sekitarnya. Dia cuba menggerakkan tangan dan kakinya namun tidak berjaya. Tangan dan kakinya telah dikekang pergerakannya dengan gegelang besi pada pergelangannya yang melekat terus pada papan yang menjadi latar belakangnya ketika ini. Dan dia yakin dia bukannya sedang berbaring sebaliknya tubuhnya sedang diikat seperti bintang dalam keadaan berdiri. Dan ada sesuatu seperti bola yang diperbuat daripada silikon yang lembut disumbat ke dalam mulutnya namun dia masih lagi boleh bernafas melalui lubang-lubang yang ada pada bola itu.

Permainan sudah bermula? Gilirannya untuk disiksa telah tiba? Papanya sudah ditangkap? Ini pengakhiran untuk mereka? Hatinya penuh dengan persoalan. Peluh dingin mula membasahi dahinya. Ingin diseka namun apakan daya tangannya telah disekat. Jantungnya mula berdebar kencang. Jujur dia boleh saja cuba untuk melihat apa yang berlaku di sekelilingnya namun hatinya tidak bersedia. Dia takut dengan apa yang bakal dilihatnya.

Bulu romanya mula berdiri tegak. Dia tahu apa yang dikatakannya sebelum ini. Dia bersedia dengan apa yang berlaku. Dia bersedia untuk menerima karma atas perbuatan papanya. Dia bersedia untuk mati. Dia bersedia untuk disiksa. Tapi apabila keadaan menjadi nyata, rasa takut mula menyelubunginya.

Dia ingin lari. Dia ingin lepaskan diri. Dia tiba-tiba saja ingin menghilang dari sini. Menghilang ditelan bumi. Mati bukanlah sesuatu yang menakutkan baginya. Dia rela nyawanya dicabut pada bila masa. Tapi proses untuk mati itu. Kesakitan yang bakal dirasakannya. Jenazahnya yang tidak akan sempurna. Memikirkan itu, hatinya tiba-tiba tidak bersedia.

TTUK. Dia dapat mendengar bunyi itu dekat dengannya. Sesuatu melekat pada papan di sebelah bahunya. Pisau? Damak? Apa saja benda tajam? Dia tidak pasti. Dia tidak mahu tahu. Adalah lebih baik jika dia langsung tidak melihatnya.

Sekali lagi dia mendengar bunyi itu. Kali ini begitu hampir dengan telinganya. Dia hanya perlu bergerak sedikit dan wajahnya pasti terluka. Dia tidak ingin kelihatan lemah namun dia dapat merasakan tangannya mula menggigil.

Tiba-tiba papan tempatnya diikat dipusingkan tiba-tiba seperti roda. Sekejap kepalanya di atas dan sekejap kepalanya dibawah. Putaran itu bermula perlahan dan semakin laju dan laju. Dan setiap putaran itu disertakan bersama bunyi yang tadi dengan semakin banyak. Setiap balingan itu semakin hampir dengan tubuhnya. Walaupun tiada satupun yang berjaya menyentuhnya, darahnya terasa kering meninggalkan tubuhnya. Dia menjerit Dia mengeraskan tubuhnya. Takut andainya dia bergerak biarpun seinchi, tubuhnya akan tercedera. Kepalanya semakin pening. Tekaknya mula terasa loya dan putaran itu terhenti tiba-tiba.

Tap! Tap! Bunyi tapak kaki itu semakin menghampirinya. Selangkah. Dua langkah. Tiga langkah. Bersama setiap bunyi langkah tapak kasut itu menghampirinya, dia seperti kehilangan setahun dari usianya. Dia tidak percayakan Tuhan jadi dia tidak pernah berdoa tapi pada saat ini dia terasa seperti ingin meminta kepada ‘sesiapa’ saja di atas sana untuk menyelamatkannya.

Citrus. Irdina dapat menghidu bau itu dengan jelas. Bau yang mengingatkannya pada rumah. Bau yang membawa kembali kehangatan keluarga kandungnya satu masa dahulu. Haruman yang menghilangkan kesepian dalam hatinya. Bau Fikry Daniel yang bakal ditinggalkan untuk selamanya. Bau Fikry. Dan kini haruman yang sama akan menemani saat kematiannya. Sangat ironik.

DRIP. Kali ini ada sesuatu yang menyentuh tubuhnya. Wax lilin. Dia seperti yakin tentang itu. Dia tidak pasti andai dia terlalu takut, tapi titisan yang menyentuh lengannya itu tidak sepanas lilin yang biasa. Lengannya. Bahunya. Lehernya. Dan turun ke dadanya. Bukan wax lilin itu yang menyiksanya saat ini tetapi ketakutan yang dirasakannya. Dia ingin semua ini berhenti. Dia tarik balik kata-katanya. Dia tidak ingin disiksa. Sesiapa, tolong bawa dia keluar dari sini. Papa! Fikry! Adam! Lyn! Sesiapa saja. TOLONG!!!

Tiba-tiba saja kain yang mengikat matanya dirungkai. Matanya masih lagi terpejam. Tidak ingin dibuka. Dia dapat merasakan air matanya yang entah bila mengalir dikesat oleh tangan kasar makhluk di hadapannya.

“And my little bird wants to be kidnapped and killed when she can’t even handle this.”suara mengejek yang digunakan lelaki itu membuatkannya membuka mata. Lelaki itu merungkai tali strap yang memegang bola silikon di dalam mulutnya.

Irdina tidak pasti apa yang dirasakannya saat wajah Fikry adalah perkara pertama dilihatnya. Yang dia pasti aturan nafasnya berterabur. Dia benci untuk menangis tapi itulah perkara pertama yang dilakukannya.

“Hei.” Fikry kelihatan panik melihat tangisan yang dilepaskannya tiba-tiba biarpun dia sudahpun menangis sejak tadi. Mungkin ini bukan reaksi yang dijangka oleh Fikry apabila Irdina memandang wajahnya. Dia menekan satu butang di papan bersebelahan dengan kepala Irdina dan semua gegelang besi yang menyekat pergerakan Irdina tadi terbuka.

Irdina tidak mampu berdiri. Lututnya longlai. Sebaik saja kakinya menyentuh lantai, tubuhnya segera terjatuh namun sempat disambar oleh Fikry. Dia ingin memberikan reaksi. Dia ingin marah. Dia ingin menolak tubuh lelaki itu menjauhinya. Namun pada ketika ini dia tidak berdaya. Dia hanya ingin menangis sepuasnya. Dia dapat merasakan lelaki itu merendahkan tubuhnya membawa Irdina bersamanya sehingga akhirnya mereka berdua terduduk di lantai.

“Sorry.” Fikry bersuara sambil sebelah tangannya membelai rambut wanita itu dan sebelah lagi cuba membersihkan wax lilin yang digunakan pada wanita itu tadi. Soy candle. Lilin bersuhu rendah yang tidak akan meninggalkan parut mahupun membakar kulit. Tidak mungkin dia akan melakukan sesuatu yang boleh mencederakan wanita ini. Tubuh Irdina yang masih lagi menggeletar dalam pelukannya membuatkan rasa bersalah menerpa dirinya. Dia tidak berniat melakukan semua ini kepada Irdina namun wanita keras kepala itu tidak akan faham apa yang disampaikan secara lisan. Wanita ini berlagak sebagai seorang permaisuri angkuh di atas takhta. Gagah tanpa memerlukan sesiapa. Hakikatnya, dia hanyalah seorang puteri kecil yang perlu dilindungi. Dia perlu merasakan sendiri pengalaman itu supaya perkara itu boleh menembusi otaknya.

Irdina tidak pasti berapa lama dia menangis namun ketika Fikry membawa kedua kaki Irdina untuk memeluk pinggangnya, gigilannya sudahpun terhenti. Tangan irdina dibawa untuk memeluk tengkuknya. Irdina hanya menurut tanpa protes. Fikry berdiri dengan Irdina di dalam pelukannya. Wanita itu didukung di bahagian depannya persis seorang kanak-kanak. Irdina membenamkan kepalanya ke leher Fikry ketika lelaki itu memulakan langkahnya. Dia tidak peduli apa-apa. Dia tidak mahu melihat apa-apa. Di saat ini dia hanya memerlukan lelaki itu dengannya.

Fikry membuka pintu sejuk dengan sebelah tangannya sambil sebelah lagi tangannya cuba untuk mengukuhkan kedudukan Irdina yang sedang didukungnya. Dia mencapai botol air mineral di dalam peti sejuknya sebelum pintu alatan itu ditutup menggunakan bontotnya. Botol mineral itu diletakkan di atas kaunter dapur dan tangannya mencapai gelas di atas rak pinggan sebelum air di dalam botol itu dituangkan ke dalam gelasnya. Wanita ini pasti sudah dehidrasi memandangkan selautan air mata yang dititiskannya tadi. Dia cuba merungkai lengan wanita itu dari tengkuknya. Cuba untuk menyuapkan air kepada wanita itu namun wanita itu masih lagi erat memeluknya.

“Irdina.”kali ini Fikry menyebut nama wanita itu sambil merungkai pelukannya. Dan kali ini wanita itu benar-benar melepaskannya. Rasanya ego wanita itu sudah kembali. Dia tidak pernah ingin egonya tercalar. Dia tidak pernah ingin kepercayaannya bahawa dia tidak memerlukan sesiapa dipatahkan. Biarpun tubuh mereka sudah terpisah namun kaki wanita itu masih lagi erat memeluk pinggangnya. Fikry tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Nampaknya Irdina tidak akan memerlukan waktu yang lama untuk kembali menjadi dirinya.

Gelas yang berada di atas kaunter dapur itu dibawa ke tangan Irdina. Membiarkan wanita itu membasahi tekak yang pasti tidak disedarinya telah kering. Juraian rambut Irdina yang menutupi wajah wanita itu diselak ke belakang. Irdina meletakkan kembali gelasnya di atas kaunter setelah dahaganya dipuaskan.

Fikry menangkap wajah Irdina di dalam kedua tangannya membuatkan wanita itu memandangnya. Dia mengucup bibir wanita itu sebelum sekali lagi menjarakkan wajah mereka agar dia dapat melihat reaksi wanita itu. Pastilah ini bukan ciuman mereka yang pertama. Mereka sudahpun melakukan lebih daripada itu. Dia hanya ingin tahu jika wanita itu sudah membencinya setelah apa yang dilakukannya hari ini.

“Aku minta maaf.” Fikry bersuara. Beza Fikry dengan Adam adalah apabila lelaki ini menuturkan kata maaf, keikhlasan lelaki ini dapat dirasakannya.

Lelaki ini adalah berita buruk untuknya. Irdina sudah tahu hakikat itu sejak pertama kali mereka bertemu namun mungkin bahaya itu yang menariknya kepada lelaki itu. Pelukan kakinya di pinggang Fikry dirungkaikan dan tangan lelaki itu dileraikannya. Dia menundukkan wajahnya dan menuturkan sesuatu.

“Hmm?” Fikry mendekatkan telinganya ke bibir wanita itu apabila kata-katanya terlalu perlahan dan lemah untuk didengarinya.

“Never do this ever again.”sekali lagi Irdina mengulangi katanya. Sedikit keras kali ini namun cukup untuk mengundang tawa Fikry. Mata mereka bertentangan sekali lagi. Rambutnya dibelai lelaki itu sekali lagi.

“Irdina! Aku sumpah selagi aku masih hidup, takkan ada benda buruk yang berlaku pada kau. Tapi kalau sekali lagi kau cuba buat stunt bodoh macam hari ni, aku akan buat kau menyesal sebab fikir pun.” Fikry bersuara berbaur ugutan. Dan Irdina tahu ia bukan sekadar ugutan. Irdina menepis tangan Fikry di rambutnya dan melompat turun dari kaunter dapur yang menjadi tempat duduknya. Dia bukan marah namun memang begitulah lelaki itu selalu dilayan. Didekati apabila diperlukan dan dijauhi apabila khidmat lelaki itu tidak diperlukan lagi. Fikry sendiri tahu hakikat itu dan dia tidak kisah tentangnya. Mungkin atas dasar itu Fikry menjadi satu-satunya lelaki yang paling lama berada dalam hubungan begini dengannya.

“My phone?”soalnya sambil melangkah meninggalkan ruangan itu.

“Atas katil aku. Macam biasa. Tapi kereta kau kat bengkel.”jawab Fikry sambil membontoti langkah Irdina.

Irdina mencapai telefon bimbitnya di tempat yang disebut lelaki itu. Dia dapat melihat banyak panggilan tidak dijawab dari nombor yang sama. Adam Haikal. Pasti lelaki itu risau apabila dia tiba-tiba menghilang bersama subang tracker yang dihadiahkan mereka tidak berada bersamanya. Butang dial ditekan dan alat perhubungan itu dibawa ke telinganya. Setelah beberapa deringan, suara lelaki itu menyapa di telinganya.

“Adam, aku...” belum sempat dia menghabiskan kata, matanya terbuntang luas mendengar berita yang disampaikan Adam.

“Aku datang sekarang.”dia bersuara cemas. Saat dia berpusing ke belakang, Fikry sudahpun menghulurkan kunci keretanya bersama senyuman kepada Irdina. Orang yang melakukan kerja haram memang selalu hidup mewah. Lelaki itu memiliki banyak kereta. Jika Irdina menggunakan salah satu daripadanya pun tidak akan membawa apa-apa kesan kepadanya.

Irdina segera meragut kunci kereta itu daripada tangan Fikry dan berlalu tanpa mengungkapkan terima kasih. Fikry tidak kisah. Dia sudah terbiasa dengannya. Namun, senyuman tetap juga meninggalkan bibirnya sebaik saja Irdina melangkah keluar dari pintu rumahnya. Dia mendail satu nombor di telefon bimbitnya.

“Follow dia. Kalau jadi apa-apa pada dia, kau yang mati.”tegas Fikry.

Dia tidak percayakan Tuhan jadi dia tidak pernah berdoa tapi pada saat ini dia terasa seperti ingin meminta kepada ‘sesiapa’ saja di atas sana untuk menyelamatkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience