PUTIH. Itulah warna tempat itu. Putih dan itu saja. Silingnya. Dindingnya. Lantainya. Semuanya putih. Ditengah-tengah ruangan itu hanya ada sebiji kerusi dan di atas kerusi itu ada seorang lelaki berpakaian putih. Tuxedo dan bowtie yang dipakainya. Kasutnya. Semuanya putih dan hanya putih. Lelaki itu duduk dengan cara sila panggungnya. Kakinya bersilang dan bertindihan di antara satu sama lain. Di ribanya hanya ada dua ekor anak kucing. Seekor ibu kucing dan seekor lagi anak kucing yang sangat dikenalinya. Ibu kucing dengan bulu bewarna putih dan anak kucing dengan tompok hitam dan putih.
Lelaki itu hanya duduk di situ sambil memandang dan membelai kedua-dua ekor anak kucing mereka. Terlalu asyik dengan membelai mereka. Terlalu leka dengan perbuatannya seolah dia sudah terasing dari dunia ini dan berada di satu dunia yang lain. Perbuatannya itu seharusnya membuatnya tenang namun wajah lelaki itu hanya dipenuhi cahaya kesuraman seolah-olah ada sesuatu yang membebankannya.
Di sisi kiri dan kanan lelaki itu terdapat dua anak patung. Satu anak patung beruang dan satu lagi anak patung manusia yang diperbuat daripada kain. Kedua-duanya berada dalam jarak satu meter dari kerusi lelaki itu seolah ia adalah bunga hiasan pelamin saja. Tiada apa-apa kegunaan dan tidak juga menarik perhatian lelaki itu. Tapi kehadiran mereka di ditu seolah-olah seuatu yang penting.
Dia melangkah beberapa tapak, cuba mendekati lelaki yang sangat dirinduinya selama hampir tiga dekad lamanya itu. Selangkah. Dua langkah. Tiga langkah. Em.. langkahnya terhenti. Dia cuba melangkah sekali lagi namun tidak berjaya. Dia cuba meraba di hadapannya dengan tangan pula kali ini. Ia seolah sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun ia wujud. Di hadapannya seolah-olah ada dinding lut sinar yang memisahkan antara dunianya dan dunia lelaki itu.
Dia cuba memecahkan dinding itu namun ia terlalu keras untuknya. Dia cuba untuk mengetuk dinding itu. Menjerit memanggil lelaki itu. Melakukan segalanya agar lelaki itu memandangnya. Melakukan segalanya untuk menarik perhatian lelaki itu. Segala usahanya sia-sia. Dia seolah artis mime perancis dengan wajah bercat putih yang membuat segala mimik di tepi jalan untuk mencari makan.
Dia mengalah. Dia meletakkan tangannya di atas dinding lut sinar itu. Sekadar hanya mampu bersiri dan memandang lelaki itu dengan mata yang penuh kesayuan.
“Ayaaah.”dia menggigit bibirnya cuba menahan sebak sebelum bersuara lagi, “Iesha akan balas setiap apa yang mereka lakukan pada keluarga kita. Iesha akan pastikan semua pembunuh ayah melutut depan ayah. Iesha sumpah!”
Untuk sedetik saja, biarkan aku berada didekatnya. Biarkan aku memeluknya sekali lagi. Melepaskan kerinduan yang berdekad lamanya. Namun dunia kami terlalu berbeza. Jurang di antara aku dan dia terlalu jauh untukku langkah. Aku hanya mampu berdiri di sini. Sekadar memandangnya dari sini. Aku bersumpah tiada siapa yang akan terlepas. Dendam akan dibalas. - Iesha 1 chapter yang pendek jer kali ni. hope you still can enjoy it
Share this novel