-I‘M STILL WAITING!!- Tajam matanya merenung sepotong ayat yang tertera di skrin smartphone nya itu. Jemarinya baru saja ingin memulakan gerak tari di saat telinganya menangkap derap langkah seseorang yang sedang menghampiri ruang tempatnya berada ketika ini. Smartphone ditangannya disimpan ke dalam poketnya. Tangannya laju mencapai kaca mata hitamnya yang berada di atas meja dihadapannya sejak tadi dan mengenakannya di mata sebelum bibirnya memulakan kiraan.
“3..” bunyi langkah itu semakin jelas di hadapan pintunya.
“2..” bunyi hela nafas yang tidak teratur dari luar pintu semakin jelas kedengaran.
“1..” daun pintu diselak menampilkan seorang wanita yang sedang tercungap mencari nafas di sebaliknya.
“Dr Dina.. tolong..!!”wanita itu bersuara dengan nafasnya yang belum kembali normal.
Mata Irdina jelas menangkap kesan darah yang terpalit di uniform wanita itu. Dia pasti itu bukan milik wanita itu namun ia masih lagi cukup untuk menjemput keluhan yang berat untuk keluar dari bibirnya. Dia bangun dari kerusi tempat punggungnya berlabuh tadi dan berjalan mendekati wanita itu.
“Lead the way.” Irdina bersuara sebelum membuntuti langkah wanita itu.
Laju saja wanita itu menyusun langkahnya membawa Irdina ke destinasi yang sepatutnya dituju mereka biarpun kelelahan yang dirasakan tadi masih lagi belum hilang menjelaskan betapa risaunya wanita itu tentang rakan setugasnya yang lain. Sejujurnya, Irdina sudah boleh mengagak siapa yang menjadi punca ancaman itu. Langkah wanita itu dihentikan benar-benar di destinasi terakhirnya. Di hadapan sebuah bilik tertutup di mana ‘pesakit berbahaya’ nya kini dikurung.
“You can go now!”Irdina bersuara.
“Tapi, doktor..”wanita itu ingin membantah. Jelas sekali dia ingin turut berada di situ untuk memastikan rakan-rakannya selamat.
“They’re still alive. I’ll send them to you. So, you go first.”Irdina bersuara lagi. Masih cuba untuk berlembut.
Wanita itu masih lagi kelihatan teragak-agak untuk berlalu.
“Just Go! Fatiha!”Irdina bersuara sedikit keras dan tegas kali ini.
Wanita itu sekadar mengangguk dan terus berlalu tanpa bersuara lagi.
Irdina memejamkan matanya dan membukanya semula. Satu keluhan dilepaskannya.. Dia memejamkan matanya dan membukanya sekali lagi sebelum tombol pintu bilik itu dipulasnya. Pintu bilik itu mendedahkan seorang lelaki yang dibaluti dengan selimut hospital bersama kerusinya sedang meronta untuk melepaskan diri bersama dua orang staff lelakinya yang sedang berusaha untuk memperkemaskan ikatan di tubuh lelaki itu.
Irdina dapat melihat dengan jelas lengan dan bahagian baju mereka terkoyak dan dicemari darah mereka sendiri. Dia mengeluh sekali lagi.
“I’ll handle him. Both of you can go now.”suaranya membuatkan pergerakan ketiga-tiga mereka terhenti.
“Doktor, dia ni bahaya. Saya rasa, lebih baik kita panggil polis.”cadang seorang dari lelaki itu dengan nada kerisauannya.
Irdina mengeluh sekali lagi. Dia tak pasti berapa lama yang mereka akan ambil untuk biasakan diri dengan tempat ini. Sampai bila baru mereka akan sedar bahawa tiada yang biasa dengan tempat ini kerana tempat ini ialah tempat perlindungan orang yang mempunyai masalah jiwa. Belum sempat pun dia bersuara, seorang lagi staff yang telah lama berkerja bersamanya bersuara.
“Kalau asyik panggil polis setiap kali jadi benda macamni, kosonglah hospital ni. Dah, jom!”lelaki itu bersuara sambil menarik tangan lelaki yang lebih muda itu untuk berlalu.
“Sekurang-kurangnya, kita ketatkanlah kain tu dulu.”lelaki muda itu masih cuba untuk berlengah. Mungkin masih risau tentangnya. Andai dia sudah bekerja lama di sini pasti kerisauan itu akan hilang. Atau jika lelaki itu sudah kenal siapa dirinya, pasti lelaki itu sudah tidak perlu berfikir pun.
“Pandai-pandailah dia handle. Kalau dia mati, kita panggil van jenazah.”balas staff seniornya itu sambil menarik lengan lelaki muda itu lebih kuat memaksa lelaki muda itu menuruti langkahnya dan meninggalkan Irdina bersendirian dengan lelaki yang masih lagi berbalut itu.
Irdina sekadar memerhatikan langkah mereka sehingga mereka menghilang di sebalik pintu yang kembali tertutup itu.
“Irdina!”suara lelaki yang muncul dari arah belakangnya itu memanggilnya kembali menyedari keadaan mereka ketika ini. Dia berpusing dan memandang ke arah lelaki yang masih lagi dibaluti selimut tadi.
“Fikry Daniel.. Stop coming here.” tegas Irdina bersuara sambil memandang tepat ke dalam mata lelaki yang sudahpun menghentikan rontaan menggilanya tadi..
“Why?”lelaki itu bertanya seolah tidak mengerti.
“I can’t have you hurting my people all the time.” Irdina membalas.
“Kalau aku tak buat macamni, kau takkan jumpa aku.”selamber lelaki itu membalas.
“I never said that.”Irdina berjalan mendekati lelaki itu kali ini.
“Kau ingat aku bodoh. Kau..”katanya terjeda apabila Irdina berdiri betul-betul dihadapannya dan menunduk sama level dengan ketinggiannya. Mata mereka bertentangan. Dia dapat mencium haruman wanita itu menandakan betapa dekatnya tubuh mereka. Wanita itu menghulurkan tangan ke belakangnya seolah-olah ingin memeluknya.
“You know I won’t abandon you as long as I still need you, right? In fact, I just planning to look for you.” Lembut saja suara Irdina menyapa telinganya.
“When?”soalnya dengan tona nada yang semakin rendah mengikut rentak nada wanita itu.
“Soon actually. But..”dia mengetatkan ikatan di belakang lelaki itu sebelum berdiri tegak kembali di hadapan lelaki itu. “ I won’t forgive you for hurting my people.”
“Irdina.”suara lelaki itu sedikit keras seolah memberi amaran. Dia meronta untuk melepaskan dirinya.
“Be a good boy. If you’re still here when my shift end, we’ll talk. If not, never talk to me ever again.” Irdina bersuara sebelum melangkah meninggalkan lelaki itu. Pintu bilik itu ditutup kembali. Sengaja dia tidak menguncinya kerana dia ingin melihat sendiri seberapa besar dia mampu mempercayai lelaki itu. Mungkin lelaki itu masih lagi terikat namun melepaskan diri dari ikatan sebegitu bukanlah sesuatu hal yang besar untuknya. Jadi berada di sini atau tidak adalah satu pilihan.
Irdina bersandar di pintu yang telahpun ditutupnya tadi. Smartphone yang tadinya berada di dalam poketnya dikeluarkan kembali. Ayat yang sama masih lagi tertera di skrin telefon bimbitnya. Jemarinya kembali melakukan aktiviti yang tertangguh tadi.
+Count me in+
Share this novel