“IBU? Ibu ada di dapur ke?”soalnya sambil melangkah masuk ke dalam rumahnya. Tidak menghiraukan rumahnya yang seperti tongkah pecah itu. Dia melangkah melepasi ruang dapur. Tempat di mana ibunya selalu berada. Jika bilik kerja adalah ruang peribadi untuk ayahnya, dapur adalah ruang peribadi ibunya. Dia dapat melihat ruang dapurnya tidak sebersih selalu. Banyak pekakas yang bertaburan di lantai. Malah makanan yang dimasak oleh ibunya tadi juga turut menjadi penghuni lantai itu. Dia menggigit bibirnya. Menahan dirinya dari menangis.
Langkahnya masih diatur untuk ke bilik kerja ayahnya biarpun dia sudah dapat mengagak apa yang bakal dilihatnya di sana. Jika dilihat keadaan di dalam rumah yang seperti dilanggar taufan itu, apalagi yang boleh diharapkan daripada ruang kecil milik ayahnya itu. Namun apalagi yang gadis 9 tahun sepertinya boleh lakukan selain berharap? Berharap agar dia tidak ditinggalkan bersendirian di rumah itu.
Belum sempat untuk dia berkabung atau sampai ke bilik kerja milik ayahnya, sekali lagi siren amaran yang mengganggunya tadi berbunyi kembali. Semakin kuat dan masih mampu didengarinya apabila dia menekup kedua-dua telinga dengan tangannya. Matanya dipejamkan dengan harapan bunyi itu akan menghilang apabila matanya kembali dibuka.
Namun, apa yang berada dilihatnya apabila matanya dibuka tidak seperti yang dijangka. Ya, bunyi yang menyakitkan kepalanya tadi telah hilang namun visual dihadapannya sekali lagi menjadi pandangan x-ray seperti tadi. Dia dapat melihat keadaan di luar rumahnya melalui pintu yang tertutup dan dingding yang sepatutnya menjadi penghalang matanya.
Kereta yang dilihatnya tadi kembali. Tapi kali ini kelihatan hanya ada 3 orang yang berada di dalam kereta dan bukannya 5 orang seperti tadi. Mungkin lagi 2 orang lagi diarahkan untuk menjaga ibu dan ayahnya. Jika itu benar, bermakna mereka berdua masih lagi bernyawa dan masih lagi ada peluang untuk diselamatkan. Dan 2 makhluk yang melompat keluar dari perut kereta meninggalkan seorang lagi ditempat pemandu itu pastinya kembali untuknya pula. Mengapa keluarganya? Dia tidak pasti. Yang dia tahu, dia harus selamatkan diri dan meminta bantuan.
Dia segera berlari menuju ke pintu belakang yang terletak bertentangan dari arah ketiga-tiga orang itu berada. Pintu belakangnya segera dibuka dan dia berlari keluar dari situ tanpa menoleh ke belakang lagi. berlari kembali ke hutan yang menyimpan rumah pokoknya tadi. Pastinya rumah pokok itu bukanlah destinasi yang ingin ditujunya sekarang. Dia harus pergi lebih jauh dari situ. Jauh sehingga dia berjaya untuk mendapatkan bantuan untuk menyelamatkan keluarganya termasuk Miki dan Koko yang dia perasan tadi turut tiada di rumah. Dia seorang pahlawan. Dia harus berjaya melaksanakan tugasnya.
Itu yang ada difikirannya. Apa yang berlaku pula adalah sebaliknya. Dia masih mendahului lelaki-lelaki itu yang mungkin masih berada di dalam rumahnya. Tapi, pergerakannya pula yang terbatas. Pintanya adalah kelajuan yang boleh menyelamatkannya. Namun, kesan dia terjatuh dari rumah pokoknya tadi mula menguasai tubuhnya. Dia tidak kisah kesakitan di bahagian lain. Tetapi kakinya turut merasakan kesakitan setiap kali dia memaksa dirinya untuk melajukan langkah membuat dia terpaksa memperlahankan lariannya tanpa rela.
Orang yang mencarinya masih tiada di belakangnya. Pastinya dia masih lagi berpeluang untuk berlari meninggalkan mereka. Dia kenal jalan hutan itu seperti dia kenal belakang tangannya. Dan mereka pula masih baru di hutan ini. Pastinya dia dapat mengelak mereka. Sekali lagi bunyi siren amaran yang menyakitkannya tadi muncul di dalam kepalanya.
“Tolonglah, bukan sekarang!”rayu Iesha entah kepada siapa. Mungkin kepada kepalanya sendiri, dari mana punca bunyi itu datang.
Dia memandang ke arah belakangnya untuk memastikan jika mereka sudah berjaya mengesannya. Biarpun jauh, dia dapat melihat mereka masih lagi dengan pandangan x-ray tadi. 2 orang lelaki itu sudah menjejaki langkahnya. Biarpun mereka masih jauh daripadanya, namun mereka mengikuti arah yang betul. Mereka benar-benar sedang datang ke arahnya.
Dia sudah faham sekarang. Bunyi siren amaran yang tiba-tiba muncul di dalam otaknya sejak petang tadi. Bunyi itu memberinya amaran bahawa ada bahaya yang sedang mendekatinya. Bagaimana atau mengapa ia boleh berlaku kepadanya? Dia sendiri tidak tahu. Dia tidak sempat untuk memikirkan alasan atau apa-apa kemungkinan. Dia sedang sibuk dengan misi untuk menyelamatkan diri dan keluarganya di saat ini.
5 minit. Itu saja masa yang dia perlu untuk sampai ke jalan utama. Dan dia mungkin boleh meminta bantuan dari situ. Namun semakin dekat dia dengan jalan utama, semakin kuat bunyi amaran dari dalam kepalanya menandakan ada bahaya di hadapan. Dengan pandangan x-ray nya yang masih lagi belum hilang, dia dapat melihat kereta yang kembali ke rumahnya tadi sedang menunggunya di situ.
Dia menghentikan langkahnya. Tidak ingin mendekati bahaya itu. Siren amaran di dalam kepalaku semakin kuat menandakan bahawa dia mungkin tidak mendekati bahaya namun ada bahaya yang sedang mendekatinya. Dia segera berpusing memandang ke belakang. Mereka sudah terlalu dekat dengannya.
Iesha masih lagi tidak mahu untuk mengalah. Seorang pahlawan tidak boleh mengalah tanpa mencuba yang terbaik. Dia harus terus cuba untuk menyelamatkan diri biarpun keadaan ketika ini seperti sedikit mustahil untuknya. Tapi ketika itu jugalah perkara paling cliche di dunia harus berlaku. Dia tersepak kaki sendiri ketika cuba untuk melarikan diri membuatkan dia tersembam jatuh mencium bumi.
Matanya terpejam. Dia tidak mampu bergerak seketika disebabkan kesakitan yang dirasakan ditubuhnya dari awal tadi dan dicampur pula dengan kesakitan yang baru saja tercipta ini. Kesannya memang benar-benar menyakitkan. Telinganya dapat menangkap suara ketawa mereka. Entah untuk apa tawa mereka itu. Kerana dia terjatuh atau kerana mereka telah berjaya untuk menggagalkan usahanya.
Iesha dapat merasakan tubuhnya terapung dari tanah. Matanya dibuka. Dia dapat melihat wajah lelaki yang mengangkatnya di hadapan wajahnya. Pandangannya telah kembali kepada biasa. Dia cuba meronta. Cuba untuk melawan. Cuba mencari peluang untuk menjayakan misinya. Namun cubaan yang dilakukan olehku hanya mengundang tawa daripada lelaki itu.
“Buas budak ni, Man!”lelaki itu bersuara dengan selambernya seperti dia sedang bercerita tentang ikan keli yang ditangkap di bendang saja. Dan itu benar-benar menyakitkan hatinya.
“Kau guna ni jerlah. Aku malas nak deal dengan budak ni.”kata seorang lagi lelaki yang kemudiannya menekup sehelai kain ke arah hidung dan mulut gadis kecil itu.
Klorofom. Iesha tahu. Dia sudah selalu menonton babak ini dalam drama tv. Dia menahan nafasnya. Tidak mahu terkesan dengan klorofom itu. Tapi, dia juga tidak mampu menahan nafasnya dengan terlalu lama.
Checkmate! Iesha telah gagal sebagai seorang pahlawan. Gagal untuk mempertahankan dirinya yang juga memainkan peranan sebagai sang raja. Dunianya kemudiannya gelap.
Share this novel