TIGA PULUH ENAM

Psychological Completed 9086

"RIII!!!” dia dapat mendengar suara riang gadis berusia 5 tahun itu sedang berlari ke arahnya. Dia terus memandang ketika gadis itu menjadi remaja yang masih lagi berlari ke arahnya dan berubah menjadi wanita yang merupakan isterinya ketika wanita itu tiba dalam pelukannya. Nadya Elliani. Wanita yang paling dicintainya. Dia terus membelai rambut wanita itu. Dia terlalu leka dalam pelukan wanita itu membuatkan dia tersentak apabila tubuhnya ditolak.

Wanita itu dihadapannya berubah tiba-tiba. Wajah lembutnya berubah menjadi seperti seorang yang tiada perasaan. Beku tanpa sebarang emosi. Gaun putih yang dipakai olehnya tadi telah berubah menjadi jubah hitam. Tangan lembutnya sudahpun tercemar dengan darah. Ada senyuman sinister di wajahnya.

“Sayang?” Syukri mengerutkan dahinya melihat perubahan isterinya yang tiba-tiba. Ini bukan Nadya. ini bukan isterinya.

“Permainan bermula.”wanita yang serupa dengan isterinya itu bersuara sebelum mengenakan topeng anonymous di wajahnya.

“Ri, tolong Nadya. Dia dapat mendengar lemah suara itu dari arah belakangnya. Ketika dia berpusing ke belakang, darahnya berderau apabila melihat isterinya telah dipaku ke seperti bintang ke dinding.

“Sayang!”jerit Syukri sambil berlari ke arah isterinya namun belum sempat dia tiba ke arah isterinya, 3 das tembakan telah dilepaskan oleh seseorang dan tubuh isterinya sudah lagi tidak bernyawa. Dia dapat mendengar bunyi tawa seseorang dan kemudian bunyi kaca berderai beserta cecair di kakinya.

Dia membuka matanya. Tiada lagi isterinya yang terpaku di dinding. Tiada lagi klon isterinya berjubah hitam memakai topeng anonymous. Tiada sesiapa di sini. Yang ada hanya dia sendirian di meja makan, tempat dia dan isterinya menjamah makanan terakhir mereka semalam sebelum dia tenggelam dalam kegelapan. Sepatutnya dia dan isterinya telah meninggalkan Malaysia ketika ini. Dia tidak pasti andai segalanya telah dirancang atau dia sekadar mempunyai nasib yang termalang di dunia kerana semua tiket untuk kembali ke rumahnya sudah habis terjual. Yang ada hanyalah tiket pada sebelah petang di hari yang seterusnya. Mahu tidak mahu, dia harus kembali semula ke rumah mertuanya.

Dia memandang ke arah kakinya yang terasa basah. Dia dapat melihat serpihan dari separuh gelas yang pecah berada di lantai dan air dari gelas itu telahpun sampai ke kakinya. Mungkin dia yang menolaknya ke lantai sebelum dia terjaga tadi.

“Sayang! Mama?”dia menyeru ahli keluarganya yang seharusnya berada bersamanya semalam. Dia bangun dari meja itu ke bilik air untuk mencuci kakinya yang terkena air itu. Tiada orang lain di rumah ini selain dia. Dia perasan itu.

Dia menuju ke biliknya. Telefon bimbitnya yang berada di atas sofa tempatnya beradu dicapai. Nombor telefon bimbit isterinya didail. Berderau darahnya apabila telinganya menangkap bunyi ringtone telefon bimbit itu datang dari belakangnya. Dia dapat melihat telefon bimbit isterinya berada di atas katil tempat wanita itu beradu bersama-sama smartwatchnya. Wanita itu tidak pernah keluar tanpa membawa salah satu daripadanya.

Dia tidak mahu panik. Dia tidak ingin untuk panik namun jantungnya sudahpun berdebar hebat. Dia tidak mampu untuk tenang biarpun sekadar berpura. Dia sudah pernah melalui keadaan ini. Di saat isterinya ingin keluar memburu mangsanya, pasti dia akan terlena di tempat yang tidak sepatutnya. Tapi setiap kali dia bangun, dia tidak pernah terjaga di tempat yang sama. Dia akan selalu terjaga di tempat tidurnya. Dia juga tidak akan pernah hilang kesedarannya tanpa menghabiskan makanannya. Nadya tidak akan pernah akan melakukan perkara sebegitu kepadanya. Kali ini berbeza. Terlalu berbeza dari yang biasanya. Ini bukan kerja isterinya. Perbezaannya terlalu besar.

Dia cuba menenangkan dirinya pula. Kali ini nombor ibu mertuanya pula didail namun tidak bersambut. Nombor ayah mertuanya pula didail.
“Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi.”suara yang sama masih lagi menyapa telinganya. Darahnya sudah semakin menghilang.

Nadya Elliani dalam bahaya! Isterinya dalam bahaya. Alarm dalam hatinya sudah hebat berbunyi. Dia harus segera sampai kepada isterinya. Wanita itu memerlukannya. Wanita itu memerlukannya sekarang. Tapi bagaimana untuk dia sampai kepada wanita itu. Jika hari itu dia sampai kepada isterinya kerana takdirnya baik pada hari itu. Apakah kebarangkalian untuk perkara yang sama akan berlaku pada kali ini juga? Mungkin kurang dari 1%.

Dia memandang nombor yang terdapat dalam telefon bimbitnya. Nombor yang dia tidak sangka akan diperlukan olehnya satu hari nanti. Nombor yang mungkin akan menjadi bahaya kepada isterinya. Nombor yang dia cuba lari darinya. Namun dia sudah tiada pilihan lain. Dia sanggup melutut di kaki sesiapa saja andai hanya itu saja caranya untuk dia menyelamatkan isterinya. Sekadar mendail nombor itu untuk menyelamatkan isterinya bukanlah sesuatu yang besar.

Jemari Syukri segera mendail nombor telefon polis yang berada dalam telefon bimbitnya. Dia hanya berharap yang dia masih belum terlambat.

Lambat sikit post hari ni.. Busy sikit.. but stay with me please..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience