DUA PULUH TUJUH

Psychological Completed 9086

DIA sedang diperhatikan. Nadya tahu itu. Mata lelaki itu telah melekat padanya sepanjang waktu. Sengaja dia berpura-pura tidak menyedarinya. Dia tidak mahu ambil peduli tentang tingkah suaminya yang satu itu. Di minda lelaki itu mempunyai banyak persoalan. Dia tahu itu. Kerna itu, menghindari sebarang perbualan dengan lelaki itu adalah perkara terbaik untuk dilakukan.

“Eh, Ri. Makan dulu. Papa tahu tengok isteri boleh kenyang tapi perut tu kena isi juga. Lepas makan nanti sambung balik tenung tu, yer.”usik papanya. Lelaki itu memang suka berbuat jenaka itu apabila bersama Syukri. Jika mamanya ada di sini, pasti mamanya akan ikut serta dalam mengusik lelaki itu juga tapi mamanya tiada bersama mereka pagi ini. Dia telah mengikuti ahli kelab yang disertainya menyertai lawatan 3 hari 2 malam entah ke mana. Nadya tidak dapat mengingati tempat yang disebut wanita itu. Kepalanya penuh dengan permainan yang sedang dimainkannya sekarang ini.

“Ehem.” Syukri berdehem sedikit. Cuba untuk cover malulah tu.

Di saat Syukri baru hendak memulakan suapannya, Nadya telahpun menghabiskan bihun goreng di dalam pinggannya. Dia ingin bangun dan berlalu dari meja makan namun belum sempat untuk punggungnya meninggalkan tempat duduknya, lengannya dipaut oleh tangan kiri Syukri membuatkan dia memandang wajah yang sedang cuba dielaknya seharian ini. Mata mereka bertentangan. Dahinya dikerutkan tanda persoalan. Syukri perlahan melepaskan pautan di lengannya. Mungkin cuba menghormati keinginannya yang tidak ingin disentuh atau didekati lelaki itu.

“Temankan Ri makan.”lelaki itu bersuara penuh harapan.

Nadya masih ingin berlalu tanpa menghiraukan permintaan lelaki itu namun suara papanya menghentikan segala niatnya.

“Nadya, temankan suami tu makan. Apa suami belum habis makan lagi dah nak ditinggal.” Itu kata papanya. Tapi lelaki tua itu sendiri telahpun mengangkat pinggannya sendiri yang telah kosong dan bersedia untuk meninggalkan meja.makan itu. Tapi pinggan Nadya tidak pula diangkat sekali.

“Papa cakap kat Nadya tapi papa sendiri yang bangun.”balas Nadya, sedikit tidak puas hati.

“Eh! Dia suami kamu, bukan suami papa.”balas papanya selamber.

Hampir ternganga mulut Nadya apabila mendengar jawapan bijak yang keluar dari bibir papanya. Dia memandang ke arah Syukri. Selalunya lelaki itu yang akan membantu membelanya dalam perlawanan kecil dengan papanya begini. Tapi kali ini pastilah lelaki itu sedang tersenyum kerana papanya sedang menyokong lelaki itu. Nadya memeluk tubuhnya dan mendengus geram tanda mengalah.

“Teman Ri makan sampai habis. Papa nak ke ofis ni.”papanya bersuara lagi apabila anaknya yang seorang itu masih lagi tidak memberikan kata putus untuk menuruti arahannya.

“Yer lah.”balas Nadya bersama keluhan. Malas untuk berada dalam perbalahan yang dia tidak akan menang.

“Good Girl.”kata papanya sebelum dia berlalu bersama pinggan kotor di tangannya.

“Sayang..” Syukri ingin memulakan bicara namun segera dipangkas oleh Nadya.

“Makan jer. Jangan cakap apa-apa pun.”dingin. itu yang dirasakan Syukri apabila mendengar kata-kata Nadya. Dia tahu wanita itu berhak marah padanya dan menjauhinya. Hanya ini bukanlah cara Nadya. Ini bukan cara isterinya. Wanita ini sudah berubah menjadi seseorang yang tidak dikenalinya. Kadangkala dia melihat Nadya di dalam wanita di sebelahnya ini. Kebanyakan waktu, dia melihat seseorang yang amat berbeza. Seolah ada dua personaliti yang bertapak dalam tubuh yang sama. Namun, dia masih tidak ingin pergi. Dia masih ingin berada di sisi wanita itu biar bagaimanapun kelakuannya.

Syukri sengaja melambatkan suapannya. Nadya menyedari hal itu. Sengaja dia tidak mengatakan apa-apa. Dia tidak ingin ada ruang untuk perbualan yang lainnya. Dendam harus dibalas. Hanya itu saja yang ada di fikirannya. Nadya segera mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja di sebelah pinggannya kotornya yang masih belum dicuci. Maklumat tentang pemain ketiga telahpun diterimanya sejak beberapa hari.

Seorang pemilik kepada 3 buah hospital dan sebuah rumah sakit jiwa di bandarnya. Seorang yang kononnya berjuang untuk memastikan orang lain sihat. Berjuang untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Bagaimana orang sebegitu boleh terlibat dengan pembunuhan ayahnya? Membuka hospital untuk bisnes atau untuk menebus dosa? Takkan terhapus dosa lelaki itu selagi dia tidak merampas perkara yang sama yang dirampas darinya.

Seorang anak perempuan. Hanya itu saja keluarga yang dia punya. Sebenarnya bukan keluarga yang sebenar. Lelaki tua itu tidak pernah berkahwin namun gadis itu telah dijadikan anak angkat sejak dia berusia 9 tahun setelah ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan kereta 23 tahun yang lalu. Bererti setahun sebelum Nadya dilahirkan. Doktor tua itu yang menguruskan mayat ayahnya. Ibu gadis itu pula dimasukkan ke rumah sakit jiwa setelah kemalangan itu dan baru meninggal dunia 5 tahun yang lalu. 2 tahun sebelum dia menjadi isteri Syukri. Perkara paling menarik tentang semua ini ialah lelaki tua itu pernah bertunang dan ikatan itu terlerai apabila lelaki tua itu lebih memilih untuk menjadikan gadis kecil itu sebagai anak angkatnya berbanding pertunangan mereka. Semalam pula lelaki tua itu mewasiatkan kesemua hartanya atas nama wanita yang bukan darah dagingnya pun. Seberapa besar kasih sayang lelaki itu kepada seseorang yang tidak memiliki apa-apa ikatan dengannya. Jadi, mengapa lelaki itu harus terlibat dengan pembunuhan ayahnya?

“Sayang.”suara Syukri membawanya kembali ke realiti.

Dia memandang lelaki itu.

“Dah habis makan.”lelaki itu bersuara sambil bangun mengutip pinggannya bersama pinggan yang digunakan Nadya tadi dan berlalu ke dapur bersamanya.

Tubuh Syukri yang meninggalkannya sekadar dipandang tanpa sebarang kata sebelum matanya kembali kepada skrin telefon bimbitnya yang memaparkan seorang wanita berjubah putih yang sedang melakukan tugasan hariannya.

“Permainan ketiga bermula.”

Dia tahu wanita itu berhak marah padanya dan menjauhinya. Hanya ini bukanlah cara wanita itu. Ini bukan cara isterinya. Wanita ini sudah berubah menjadi seseorang yang tidak dikenalinya. Kadangkala dia melihat isterinya di dalam wanita di sebelahnya ini. Kebanyakan waktu, dia melihat seseorang yang amat berbeza. Seolah ada dua personaliti yang bertapak dalam tubuh yang sama. Namun, dia masih tidak ingin pergi. Dia masih ingin berada di sisi wanita itu biar bagaimanapun kelakuannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience