BUNYI nyaring yang menyakitkan telinganya membuatkannya terjaga. Lantai kotor yang sama. Rumah kosong yang sama. Dia sudah bersedia untuk semua ini. Dia cuba menyembunyikan senyumannya. Permainan yang sedang dimainkan ini pasti akan menguntungkannya. Tapi orang lain tidak boleh mengetahui hakikat ini atau segalanya akan sia-sia. Risikonya, cara permainan ini, dia sudah tahu segalanya. Dan untuk seseorang yang hanya menyayangi dirinya sendiri, pengorbanan ini tidak akan sebesar mana berbanding apa yang bakal dicapainya. Dia dapat mendengar satu keluhan dilepaskan dari alat pendengar di telinganya.
“Bangun bangun! Aku benci menunggu!!”tegas suara itu bersuara dari dalam alat pendengarnya diikuti dengan bunyi nyaring yang sekali lagi menyekitkan telinganya. Dia bangun dari perbaringannya dan memandang di sekelilingnya. Rumah yang kosong tanpa perabot. Tempat yang sama yang dilihatnya di siaran tv secara langsung minggu lalu. Bezanya hanya ada satu saja TV LCD yang masih lagi terpadam di dinding kali ini. Mungkin kerana dia hanya mempunyai seorang saja ahli keluarga. Anak lelakinya. Dia sudah dapat mengagak dia adalah antara orang yang akan dipilih sebagai mangsa. Sudah beberapa hari dia menunggu dan sudah berapa lama dia bersedia. Akhirnya hari ini tiba juga.
“Siapa kau?”jerkahnya dengan suara marah bercampur takut. Permainan bermula dan lakonannya pun bermula.
“Welcome back to my game show! Remake of ‘Pilih’. I’ll introduce myself again, I’m your only host for this game, Scorpio. We will play the same game. One stage. One rule. You choose!”dia dapat mendengar suara itu muncul dari alat di telinganya. Lelaki atau perempuan dia tidak tahu kerana suara itu telah diubahsuai agar walau sesiapa saja yang menggunakannya, hanya suara yang sama saja yang akan kedengaran. Tapi dia tahu disebalik suara itu, ada seseorang yang sedang memakai jubah ahli kultus dan topeng anonymous untuk menyembunyikan identitinya.
“Tolonglah, Scorpio. Ambil aku. Anak aku tak salah dalam hal ni. Lepaskanlah dia.”lelaki itu cuba merayu gaya klasiknya.
“Iesha!”suara ibunya bersama pelukan hangat dari ibunya tiba-tiba terbayang di mata Scorpio. Bayangan ayahnya yang tergantung di atas kepalanya juga masih jelas tercetak dalam ingatannya.
“Jadi, aku bersalah? Keluarga aku bersalah waktu kami dalam permainan kau dulu?”jerkah suara dari alat pendengar itu.
Keadaan sepi seketika tiba-tiba satu tawa didengari dari alat pendengar itu.
“Sorry, what’s a manner I’ve. Let’s not wasting time any longer. Permainan bermula!”tepat dengan kata-kata hos permainan itu, TV LCD di hadapannya terpasang menayangkan tubuh anaknya yang diikat di katil dan sesuatu seperti bola diikat pada mulut anak lelakinya untuk menyukarkan pemuda itu bersuara. Di sisi kiri dan kanan anak lelakinya terdapat alatan besi tajam seperti bilah pagar besi berbucu tajam di luar rumah yang bersedia menembusi tubuh putranya itu bermula dari kaki hingga ke lehernya yang dia yakin akan menjadi besi terakhir yang akan menusuk dan mengambil nyawa lelaki itu. Jumlah semua besi itu adalah 13 batang. 2 di bahagian kaki, 4 di bahagian betis, 4 di bahagian paha, 2 di bahagian pinggang, 2 di bahagian bahu dan hanya satu di bahagian leher dari sebelah kanan.
Di sisi kiri katil anak lelakinya pula terdapat meja kecil seperti meja yang menempatkan peralatan doktor bedah yang di dalam bilik pembedahan. Dan di atasnya terdapat alatan tajam yang mungkin boleh digunakannya untuk memotong tali yang mengikat tubuh anaknya. Manakala di sebelah kanan katil anaknya pula terdapat satu tuil yang boleh ditarik hanya sejengkal dari gapaian anaknya. Jika tangan lelaki itu dilepaskan, tentu saja tuil yang dia tidak pasti kegunaannya itu boleh ditarik oleh lelaki itu.
Belum sempat dia berbuat apa-apa dan tanpa sebarang perkataan dari salah satu dari besi itu bergerak menembusi kaki kiri anaknya. Jeritan anak lelakinya tidak kedengaran kerana bola yang berada di dalam mulutnya namun ada air mata yang mengalir dari mata pemuda itu tanda dia sedang kesakitan.
“Apa kau buat ni?”jerkahnya sedikit terkejut dengan tindakan yang tiba-tiba itu.
“Oh, maaflah. Ini amaran untuk pihak polis yang tengah cuba track location aku. Lagi korang cuba, lagi cepat diorang ni mati. Korang takkan dapat jumpa aku kat sini. Korang hanya akan dapat bawa balik bangkai diorang berdua ni.”Scorpio bersuara berbaur ugutan apabila laptop yang berada di atas mejanya menunjukkan data bahawa ada orang yang sedang cuba mengesan lokasi tempat mereka berada sekarang.
Satu lagi besi bergerak menembusi kaki kanan pemuda itu pula apabila dia dapat melihat mereka masih belum berhenti.
“Tolong, saya merayu pada pihak polis. Tolong berhenti. Saya akan bermain permainan ini. Saya tak sanggup tengok anak saya sakit begini.”rayu lelaki tua itu bersama air mata yang mula bergenang di kelopak matanya. Lelaki itu patut diberikan anugerah Oscar untuk lakonannya.
Scorpio memandang laptopnya. Cubaan untuk mengesan lokasinya telah berhenti.
“Sebab cubaan untuk track aku dah berhenti, aku akan beritahu kau tempat anak kau berada. Di tingkat 2, dalam bilik kedua. Kalau kau boleh lepaskan dia, korang boleh tinggalkan tempat ni.”suara Scorpio kedengaran lagi dari alat pendengar itu.
“Oh, kami betul-betul boleh balik? Takkan ada apa-apa yang berlaku pada anak aku?”soal lelaki tua itu dengan nada gembira namun ada nada kecewa yang tersembunyi di sebaliknya.
“Tapi untuk setiap minit kau terlambat, satu dari besi itu akan tusuk anak kau. Masa kau hanya tinggal 11 minit. Permainan bermula sekarang.”suara dari alat pendengar itu seolah memberikan arahan di hari sukaneka saja.
“Thank you, Scorpio. Terima kasih. Kami betul-betul hargai kebaikan kau. Terima kasih. Terima kasih. Jangan risau, Is. Kita akan balik ke rumah.”lelaki tua itu bersuara lagi. sengaja dia berjeda. Ingin melengahkan masa. Langkahnya belum dimulakan.
“Permainan dah bermula.”Scorpio sengaja menekankan katanya. Dia tahu helah lelaki itu. Dia tahu nyawa lelaki yang sedang terikat di atas katil itu tidak penting bagi lelaki tua itu. Ada sesuatu yang lebih besar yang lelaki itu sedang buru.
“Ya, ya. Aku bergerak sekarang.”balas lelaki itu. Dia memulakan pergerakan. Pada pandangan dunia, dia sedang melajukan langkahnya namun apakan daya kudrat tuanya. Kaki tuanya itu tidak berdaya untuk melangkah dengan lebih laju.
Tapi Scorpio tahu, itu hanya helah lelaki tua itu. Dia masih seorang yang gagah. Untuk seorang lelaki tua, lelaki ini masih lagi aktif di gym untuk membina ototnya. Lelaki tua ini masih lagi mampu untuk menyertai marathon sekalipun. Seorang ayah sanggup berbuat apa saja demi anaknya. Namun, malang untuk si anak kerana lelaki tua ini ayahnya. Lelaki tua itu sanggup mempertaruhkan nyawa anaknya demi keinginan dan ketamakannya kepada kemewahan.
Tolak 2 besi yang telah menusuk di kedua-dua lelaki anak lelakinya, sewaktu lelaki tua itu menaiki tangga, sudah 3 lagi besi menusuk ke betis anaknya. 2 di kiri dan 1 di kanan. Jeritan anaknya disembunyikan oleh bola yang berada di dalam mulutnya. Ketika dia tiba di dalam bilik yang menempatkan anaknya, sudah 9 besi menembusi anaknya. 2 di kaki, 4 di betis, 2 di paha kiri dan satu di paha kanannya.
Lelaki tua itu berpura-pura sedang termengah kepenatan. Dia berpura-pura seolah-olah dia hanya perlu berhenti seketika hanya untuk melihat satu lagi batang besi itu menusuk ke paha kanan anaknya.
“Papa datang, Is.”lelaki tua itu bersuara lagi. Masih lagi melambatkan langkahnya untuk sampai kepada anaknya.
“One more thing. Aku dah letak bom pada company kau. Kalau kau tak settlekan information pada laptop tu dalam masa 5 minit, company kau akan... BOOM!” Scorpio bersuara lagi dari alat pendengar di telinganya. Satu penipuan. Scorpio tahu itu. Lelaki tua itu juga tahu. Ia satu penipuan yang jelas. Dia hanya mahu melihat gelagat lelaki tua itu.
Lantai terbuka sedikit. Hanya cukup untuk mengeluarkan meja besama laptop di atasnya betul-betul di hadapan lelaki tua itu. Lelaki tua itu memandang ke arah anaknya yang sedang menggelengkan kepala. Satu lagi tusukan menembusi pinggang kirinya. Matanya merayu untuk diselamatkan.
“Papa minta maaf, Is. Papa janji akan selamatkan kamu. Tapi papa kena selamatkan syarikat kita juga. Periuk nasi pekerja kita akan tertutup kalau syarikat kita meletup.”lelaki tua itu bersuara sayu sambil mengalihkan perhatiannya ke arah laptop di hadapannya. Wajahnya berubah sedikit merah apabila memandang soalan yang terpapar di skrin laptop itu. 3 soalan yang sangat mudah yang boleh diselesaikan kurang dari seminit. Dia perlu melengahkan lebih banyak masa.
Satu lagi tusukan menembusi pinggang kanannya. Jeritannya masih lagi tersembunyi di sebalik bola yang berada di dalam mulutnya. Matanya yang tadinya merenung meminta diselamatkan, meminta belas kasihan, kali ini merenung merayu kematian.
Lelaki tua itu masih lagi tidak memperdulikannya. Masih lagi menekan satu persatu huruf dengan hanya satu jari sambil matanya bersusah-payah merenung keyboard mencari huruf yang diperlukannya persis orang tua yang tidak mengenal teknologi sedangkan dia adalah CEO sebuah syarikat yang berjaya diwarisi dari arwah ayah kepada arwah isterinya yang telah meninggal dunia akibat dibunuh dalam rompakan di banglo mereka. Boleh jadi lelaki itu sendiri yang merancangnya.
Tawa Scorpio meletus menggantikan bunyi ketikan di papan kekunci komputer riba itu memecahkan kesunyian dalam bilik itu. Kali ini suaranya yang muncul melalui pembesar suara membuatkan kepala kedua-dua beranak itu bergerak mencari punca bunyi itu.
“Iskandar. Kau tahu apa yang lucu?”soalan Scorpio berjeda apabila dia menyambung tawanya. Mata Iskandar yang hampir mati itu masih lagi menagih jawapan dan pergerakan ayahnya masih lagi terhenti sejak tawa Scorpio meletus tadi.
“3 hari lepas permainan pertama aku, ayah kau beli insurans nyawa atas nama kau. Dia dah bersedia untuk permainan ni. Dia tak nak selamatkan kau. Dia nak kau mati.” Scorpio bersuara bersama tawanya lagi.
Lelaki yang sedang terbaring itu memandang ke arah ayahnya. Ada perasan kecewa, ada pengkhianatan yang tergambar di matanya.
“Tak, Is. Papa nak selamatkan Is. Papa nak kita hidup bersama. Is akan selamat.”lelaki tua itu memberi alasan. Namun, wajahnya kelihatan puas apabila satu lagi tusukan menembusi bahu kiri anaknya. Hanya perlu 2 tusukan lagi dan dia akan kaya.
“Kau akan mati, Is. Kau takkan selamat. Itu dah pasti. Tapi apa kata kau kalau aku bagi kau peluang untuk bawa ayah kau bersama?”Scorpio memulakan tawarannya.
“Jangan, Is. Papa datang ni, selamatkan Is.”lelaki tua itu bersuara. Laju saja langkahnya dihanyunkan kali ini mendekati tubuh anaknya. Mata lelaki tua itu berubah. Jelas ada ketakutan yang mula membayangi matanya.
“Tarik saja tuil di sebelah kanan kau dan kau boleh bawa dia ke neraka.” Scorpio bersuara lagi apabila satu lagi tusukan menembusi bahu kanan Iskandar. Tali di tangan kanan pemuda itu terbuka. Cukup untuknya mencapai tuil di sebelah kanannya.
Lelaki tua itu cuba untuk menghalang namun anaknya telahpun menarik tuil itu sebaik saja ikatan di tangan kananya terlerai. Serentak dengan itu, pintu almari yang terletak di satu penjuru bilik itu yang langsung tidak disedari mereka terbuka. Persis silap mata, almari itu memuntahkan beberapa bilah anak panah daripadanya. Laju menusuk tubuh lelaki tua itu. Serentak dengan itu, besi terakhir menusuk ke leher Iskandar. Kisah kedua beranak itu dan seluruh keturunan mereka tamat di situ juga.
“Aku nak kau rasa apa yang aku rasa selama ni. Tapi orang yang tak berhati macam kau, apa bezanya dengan orang yang telah mati? Orang yang telah mati takkan dapat rasa apa-apa. Mereka hanya perlu dihantar kembali ke dunia bawah tanah.” Scorpio bersuara, memberi ucapan mengiringi pemergian mereka.
“Level kedua tamat!” Scorpio mengumumkan beritanya.
Kamera dimatikan. Siaran TV di seluruh bandar itu kembali ke asalnya.
Orang yang telah mati takkan dapat rasa apa-apa. Mereka hanya perlu dihantar kembali ke dunia bawah tanah.
Share this novel