TIGA BELAS

Psychological Completed 9086

“TUAN!”wanita itu bersuara ketika melihatnya sambil mengisyaratkan ke arah kereta di sisinya. Adam membuka lampu suluh miliknya sebelum menjenguk ke dalam kereta melalui tingkap kereta yang terbuka di bahagian penumpang di sebelah pemandu. Dia bergerak beberapa tapak ke belakang dan menarik nafas panjang. Beberapa tubuh yang sudah tidak kelihatan seperti manusia lagi di tempatkan di tempat duduk belakang. Manakala di tempat duduk pemandu pula menempatkan seorang lelaki yang sudah tidak sempurna anggota tubuhnya. Dan anggota badan yang menyempurnakan lelaki itu pula berada di tempat duduk di bahagian yang dijenguknya tadi.

“Dia memang binatang!”ujarnya penuh kemarahan. Dia tidak habis fikir bagaimana seorang manusia mampu menjadi sekejam ini. Bagaima seorang manusia mampu menjadi segila ini. Kegilaan yang tidak dapat dibayangkannya. Bersusah payah untuk hack semua channel tv untuk menayangkan pembunuhannya secara langsung dan kemudian menghantarkan semua mangsanya di dalam kereta di hadapan rumah mangsa sendiri. Bagaimana dia boleh menjadi begitu berani? Bagaimana dia begitu yakin bahawa dia tidak akan tertangkap dan perbuatannya tidak akan dilihat sesiapa?

“Tuan!”suara wanita itu sekali lagi menarik perhatiannya. Kali ini wanita yang kini menjenguk ke dalam kereta dari sebelah pemandu itu mengisyaratkan ke arah mangsa yang berada di tempat duduk pemandu itu pula. Dada lelaki itu masih berombak. Dia masih bernyawa.

“Ambulans?”soalnya.

“Da..”wanita itu belum sempat menghabiskan ayat di saat bunyi sirens ambulans mendekat. Segalanya berlaku dalam masanya yang tersendiri. Ambulans. Mayat. Mangsa. Hospital. Wartawan. Segalanya cukup memenatkan. Hari-hari biasa seorang anggota polis. Semua orang harus melaksanakan tugas mereka biarpun semua orang lain sudah tidur, pekerjaan mereka membuatkan mereka harus berjaga.

“Tuan okey?”soal wanita itu apabli dia sekadar bersandar di tingkap kereta.

“Boleh kita bincang balik kes ni dari mula?”soalnya tanpa menjawab soalan wanita itu.

“Pukul 10.55 malam ada gangguan siaran pada semua tv. Pukul 11 malam semua siaran tiba-tiba menayangkan sebuah show pembunuhan yang sangat pelik. Dan pukul 3.03 pagi, kereta milik mangsa ditemui di hadapan rumah bersama mangsa dan mayat keluarganya.”

“Rumah dia ada sekuriti yang ketat, kan? Macammana mereka boleh diculik?”soal Adam lagi.

“Menurut keterangan dari semua pengawal keselamatan yang bekerja di banglo tu, pukul 4.35 petang semalam, ada gangguan dalam semua sistem sekuriti di banglo tu. Pukul 5.12 petang tiba-tiba ada bunyi pelik dan dari belakang rumah beserta dengan asap ataupun gas. And smua orang dah tak sedar lepas tu. Apabila ,mereka tersedar pada pukul 7 lebih, tak dapat dipastikan waktu yang tepat, keluarga majikan mereka telah pun hilang dari rumah. Manakala mangsa tiada di rumah pada ketika itu. Waktu terakhir dia kelihatan adalah pukul 5.35 petang.”wanita itu membaca catatan yang berada dalam buku nota kecil miliknya.

“Ada lagi maklumat lain?”soalnya.

“Setakat ini belum ada, tuan.”balas wanita itu.

“Irdina?”soalnya.

“Belum dapat dihubungi, tuan. Mungkin dia masih tidur waktu ni.”jawab wanita itu lagi.

Adam mengerling ke arah jam di tangannya. Sudah hampir masuk waktu subuh dan mereka masih lagi belum dapat melelapkan mata demi tugasan untuk memastikan keamanan negara.

“Takpe. Kita balik dulu. Esok pagi, kita ke hospital dulu.”ujar Adam lagi. keletihan sudah kian mengejarnya.

“Baik, tuan.”balas wanita yang telah lama bersamanya itu.

Adam mula keluar meninggalkan kereta wanita itu dan kembali kepada kenderaannya. Masa untuk pulang ke rumah.

Baru sedar ada chapter yang tercicir.. maaf pada yang dah baca..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience