5. Tiada balasan

Romance Completed 25949

Masrina Iskandar.

Pelajar Tingkatan Enam Atas, sering mencuri perhatian dengan wajah manis dan personalitinya yang ceria. Berkulit cerah, bermata coklat gelap, dan berambut panjang lurus, penampilannya sering dibandingkan dengan Zendaya. Tubuh langsing dan atletiknya menunjukkan kecintaannya pada sukan, terutama larian.

Di luar trek, Masrina gemar melukis untuk menyalurkan kreativiti. Periang dan kelakar, dia sentiasa menceriakan suasana, membuatkan dia disayangi rakan-rakan dan disenangi guru.

Anak anggota polis. Hubungan Masrina dengan adiknya, Masliza, sangat akrab. Dia memanjakan adiknya, memanggil diri "Along" dan Masliza sebagai "adik."

Di sekolah all-girls, gosip memang biasa. Masrina sering dikaitkan dengan Aina, rakan lariannya, hanya kerana mereka selalu bersama semasa latihan dan luar sekolah.

Aina memiliki penampilan tomboy dengan rambut pendek disikat ke belakang, wajah tegas namun seorang pemalu. Dia sering memakai pakaian kasual seperti jeans dan t-shirt, berkasut sukan.

Berbanding dengan Masrina yang lebih feminin, Aina tampil lebih rugged dan sempoi.

Pagi itu mendung dan berangin sejuk. Masrina berlari beberapa pusingan, fokus meregangkan otot dan bersedia untuk pertandingan yang bakal tiba.

Tiba-tiba, Aina muncul di sebelahnya.

"Mas...," panggil Aina perlahan sambil menarik nafas.

Masrina menoleh, terkejut. "Eh, Aina?"

"Beb, masa coach suruh kita lari sepuluh pusingan, kau volunteer lari satu pusingan lebih untuk aku. Terima kasih, ya."

"Lah? Tak ada apa-apa pun. Benda kecil je," jawab Masrina pelik.

Aina berdiri lebih dekat, wajahnya tiba-tiba serius. "Masrina...,"

Aina menggigit bibir sebelum akhirnya bersuara.

"Aku sukakan kau, Masrina. Lebih daripada seorang kawan. Aku nak kau jadi teman wanita aku," kata Aina tiba-tiba.

Masrina terpaku, mulutnya ternganga seperti mendengar berita yang mengejutkan.

Aina cuba mendekat, tangannya seakan mahu memeluk.

Masrina cepat mengelak, memusingkan bahunya.

"Aina apa ni? Aku tak fahamlah."

Aina tunduk, kecewa, tapi cuba tersenyum.
"Tak apa, Masrina. Aku cuma nak kau tahu."

Masrina merenung Aina, masih merasa tidak percaya. Adakah selama ini dia telah memberi isyarat yang salah kepada Aina.

"Aku hargai kejujuran kau, Aina," kata Masrina perlahan.

"Tapi... kita hanya kawan ya?" Masrina terus bergegas mengambil begnya dan berlalu pergi meninggalkan Aina sendirian.

Aina terdiam, wajahnya merah, dia mengangguk. Dia keliru, setelah dia mengumpul segala kekuatan yang ada untuk berterus terang kepada Masrina ini jawapan yang diterima.

"Kenapa Masrina tak rasa macam aku?" gumam Aina sendiri.

"Aku terlalu berharap... terlalu percaya." Aina teresak menangis.

"kita hanya kawan...” kata-kata Masrina masih terngiang-ngiang di telinga Aina. Sakitnya dada cinta ditolak.

“Adakah Masrina ada orang lain?” bisiknya cemas dalam hati.

“Aku tak tahu apa yang akan aku buat kalau dia jatuh cinta dengan orang lain.”

Hatinya berdegup kencang, takut kehilangan Masrina, bukan hanya sebagai kekasih, tetapi juga kawan.

“Aku boleh terima, aku akan cuba terima.”

Di dalam hati, dia berdoa, "Satu hari nanti, Masrina akan sedar ada yang menyayanginya lebih dari seorang kawan."

Aina terus melangkah pergi meninggalkan trek membawa hati pedih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience