BAB 5

Action Completed 1407

“Rekan...”. Tegur Anis sebaik saja Rekan berdiri tegak dihadapannya. Anis bangun berdiri dari duduknya mendekati Rekan. Sebentar tadi dia membuat panggilan kepada Rekan atas arahan Yesa. Semuanya dek kerana kedatangan Wan Kamila dan juga anaknya Ewin pagi tadi. Yesa mengamuk hinggakan dia tidak berani hendak menjenguk Yesa didalam bilik kerjanya lagi.

“Yesa ada di dalam?”. Soal Rekan memecah lamunan jauh Anis.

Anis berdehem. Dia mengangguk mengiakan. Seraya itu dia memberi isyarat kepada Rekan untuk mengikutnya. Rekan membuntuti Anis tanpa banyak soal.

Anis mengetuk pintu bilik Yesa perlahan. Sebaik saja dia mendengar suara Yesa dari arah dalam, dia menguak pintu bilik kerja Yesa perlahan. Rekan memboloskan diri kedalam sebaik saja Anis memberikan isyarat kepadanya. Pintu bilik Yesa ditutup rapat.

Rekan bediri tidak jauh dari Yesa yang sedang berdiri dijendela membelakanginya. Tubuh belakang Yesa dipandangnya lama. Bunyi guruh kedengaran sayup-sayup ditelinganya. Mindanya mula menerawang akan Suria. Apa yang Suria sedang lakukan pada ketika itu. Perasaan risau mula menjalar dalam hatinya. Selamatkah Suria berseorangan dirumah yang disewa secara rahsia oleh mereka berdua. Bagaimana jika Ewin berjaya mengesan keberadaan Suria. Selama mana lagi dia dapat menyorokan hal yang sebenar dari pengetahuan Yesa. Mengenai dia sudah jatuh cinta akan Suria dan dia sanggup lakukan apa sahaja agar rancangan Wan Kamila gagal.

Lambat atau cepat dia harus berterus-terang dengan Yesa. Tapi dia belum dapat kekuatan untuk berhadapan dengan Yesa. Berhadapan dengan kenyataan Yesa akan menentangnya dan akan masuk campur dalam urusan Suria. Jauh disudut hatinya, dia cukup tahu dan sedar. Yesa tidak akan mudah melepaskan Suria begitu saja. Tidak setelah imbuhan yang diberikan oleh Wan Kamila mahupun demi menjaga maruah dan reputasinya dalam agensi.

Dua bulan dia dihantar oleh Yesa untuk mengikuti kes Suria dan Wan Kamila. Selama tempoh itu dia melihat betapa jahatnya seorang ibu saudara terhadap anak saudaranya sendiri. Walhal mereka mempunyai pertalian darah. Sedangkan mereka yang dibesarkan dikampung Bidadari merayu untuk mendapatkan kasih sayang. Tetapi rupanya, ada yang lebih kejam dari sebuah kehidupan yang merayu dan meminta kasih sayang. Disangkanya hidupnya penuh kesunyian kerana tiada tempat untuk berkongsi kasih sayang. Rupanya mereka yang punya keluarga tapi saling berdendam itu lagi sunyi dan perit kehidupannya.

Hubungannya dengan Suria membuatkan dia sedar yang kasih sayang itu wujud dan harganya tidak ternilai. Dia tidak mampu melepaskan Suria. Peluang untuk bertemu dengan seseorang yang benar-benar ikhlas menyayanginya dan memberi kasih sayang. Mungkin peluang sebegini hanya akan datang sekali seumur hidup dan dia tidak akan lepaskan peluang ini begitu saja. Tidak kisahlah berapa harga sekalipun yang dia perlu bayar untuk membebaskan Suria dari Wan Kamila. Harga bagi sebuah kebebasan dan kebahagian buat dia dan Suria.

“Bagaimana dengan Suria?”. Soal Yesa memecah lamunan jauh Rekan.

Rekan berdehem seketika. “Masih dibawah pantauan”. Jawab Rekan. Yesa mengangguk mengerti.

“Jangan hilang dia Rekan. Aku perlu kau hapuskan dia lima hari dari sekarang..”. Yesa memberi arahan. Rekan tersentak. Secepat itu?. Getus hatinya namun tak terluah dibibirnya.

“Tepat pada hari lahirnya. Aku perlu kau hapuskan dia. Sama seperti yang tertera didalam kontrak antara agensi dan Wan Kamila”. Sambung Yesa lagi.

Rekan tidak menjawab. Darahnya berderau.

“Rekan…”. Yesa memusingkan tubuhnya menghadap Rekan. Wajah Rekan yang sedikit pucat dan gusar dipandangnya aneh.

“Rekan Harris…”. Panggil Yesa. Nadanya sedikit keras.

Rekan mengangkat wajahnya. Membalas pandangan Yesa. “Baik Tuan!”. Jawab Rekan tanpa berlenggah. Dia tidak punya banyak masa. Dia perlu lakukan sesuatu. Sama ada berterus terang dengan Yesa akan hal sebenar atau dia perlu mencari jalan keluar lain. Secepatnya!

11.45malam ; Lorong Belakang Kampung Bidadari

Puting rokok yang masih berasap dibuangnya diatas jalan tar berbatu sebelum dipijaknya hingga ianya terpadam. Thamin berdiri bercekak pingang. Lima orang kanak-kanak yang diambil dari rumah Kampung Bidadari dilihatnya tanpa lepas. Pandangannya kemudian dialihkan kearah Paswi yang sedang berbual dengan pengetua rumah Kampung Bidadari. Usai selesai, Paswi berjalan kearahnya bersama lima orang kanak-kanak tadi. Tiga orang perempuan dan dua orang kanak-kanak lelaki.

“Macam mana?”. Soal Thamin.

“Selesai Tuan”. Tutur Paswi. Seraya itu kedua-dua mereka melihat susuk tubuh Pengetua Kampung Bidadari yang mengangkat tinggi sampul tebal berwarna putih sebelum mengorak langkah pergi. Paswi tersenyum kearah Thamin. Dia sudah menyogok lelaki itu untuk mengambil lima orang kanak-kanak dari Kampung Bidadari secara rahsia atau dalam kata lain agar tidak membuka mulut kepada sesiapa.

“Bersihkan budak-budak ini”. Thamin memberi arahan. “Dua hari lagi klien kita akan sampai untuk ambil mereka. Pastikan makan mereka cukup”. Tambah Thamin lagi.

Paswi mengangguk mengiakan.

“Kau dah jumpa orang yang boleh bantu kau untuk kerja kita ni?”. Soal Thamin.

“Elis May..”. Jawab Paswi. Beberapa hari lepas Thamin menyuruhnya untuk mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk membantunya menyeludup keluar anak-anak yatim dari rumah Kampung Bidadari.

Thamin mengangguk. “Bawa dia jumpa aku nanti..”. Arah Thamin.

“Baik Tuan”. Jawab Paswi. Seraya itu Thamin bergerak kearah keretanya sebelum masuk kedalam. Selang beberapa saat kemudian, kereta yang dinaiki Thamin bergerak meninggalkannya untuk meneruskan urusan yang masih tertangguh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience