Completed
                        
1407
                    Yesa menolak tubuh Thamin yang sedang memegang kolar bajunya kuat. Matanya mencerlung menikam anak mata Thamin.
“Aku akan ambil Rekan!”. Thamin tidak mahu mengalah.
“Tidak. Urusan pentadbiran agensi ada pada aku Thamin. Kuasa kau hanya terletak pada Kampung Bidadari. Urusan Elit Agen aku yang akan tentukan!”. Tegas Yesa tidak mengalah. Dia menolak tangan Thamin yang memegang kolar bajunya kuat.
Thamin merengut tangannya melepaskan pegangannya. Dia mendengus kuat. Sememangnya urusan pentadbiran terletak dibawah Yesa. Terutama urusan agen agensi. Dia tidak boleh menidakkan itu. Tetapi dia tidak boleh membiarkan Yesa mengambil Rekan.
Thamin berundur dua tapak kebelakang. Yesa sudah pun melangkah pergi bersama agen agensi yang lain bersama Rekan yang sudah tidak sedarkan diri. Mujur mereka lebih cepat bertindak. Jika tidak mungkin mereka sudah kehilangan Rekan pada ketika itu.
“Tuan..”. Panggil Paswi dari arah belakang.
Thamin mendengus. “Perhatikan Yesa dan Rekan!”. Thamin memberi arahan. Paswi mengangguk mengerti.
Dia tidak boleh membiarkan Rekan membuka mulut mengenai kerja kotornya. 
Pintu dikuak dari luar. J dan Kamal berlari masuk kedalam bilik dokumentasi. Pintu dikunci dari dalam. Kedua-dua mereka duduk bersandar ke pintu dengan nafas tercungap cungap. Arta hanya memerhati tidak mengerti.
“Arta..”. Panggil J dengan nafas tersekat-sekat. Air liurnya ditelan berkali-kali.
“Kau dengar tadi?”. Soal J.
“Dengar apa?”. Soal Arta kembali. Tidak mengerti.
“Rekan..”. Kamal pula mencelah.
“Rekan mengamuk dekat lobi agensi”. Sambungnya lagi.
Kening Arta bertaut. Rekan mengamuk di agensi?.
Arta memusingkan kerusi yang didudukinya menghadap J dan Kamal. Wajahnya bertukar serius.
“Aku dengar Suria dah takda malam semalam”. J membuka cerita.
Kamal mengangguk mengiakan. “Aduh kalau tadi aku dengan kau keluar ke lobi mati lah kita”.
“Ish mulut!”. J menceceh. Dia menguis lengan milik Kamal.
Arta menarik nafas dalam. Dia memandang J dan Kamal silih berganti.
“Apa yang korang tahu mengenai Suria?. Bukan projek sulit hanya agen agensi saja yang berhak tahu dan ambil tahu?”. Soal Arta.
J dan Kamal terdiam. Masing-masing berdehem. Mana mungkin mereka tidak tahu. Kes-kes projek di agensi selalu menjadi bualan mereka. Arta dan Raisa adalah buah cerita yang paling laris didalam agensi. Raisa mengenai skandalnya dengan Yesa. Arta mengenai wajahnya yang bengis itu dan seperti tidak punya hati perasaan. Paswi juga selalu diperkatakan sebagai pengikut setia Thamin.
“Apa yang korang tahu mengenai Suria?”. Soal Arta lagi. Dia cuba untuk mengorek rahsia mengenai kejadian sebenar Suria dan juga Rekan. Disebabkan oleh dia sudah tidak punya kuasa sebagai agen agensi. Maka segala hak-haknya untuk mengetahui projek agensi adalah terhad.
J dan Kamal saling berpandangan.
“Aku tak tahu Arta. Tapi yang aku dengar Suria tunang Rekan”. Kamal membuka mulut.
“Tunang?”. Soal Arta tidak percaya. Dia tergelak halus. Arta mengelengkan kepalanya laju. Kerusinya kemudian dialihkan semula menghadap meja kerjanya. Membiarkan perbualan mereka bertiga tergantung begitu saja.
J dan Kamal bangun berdiri sebelum mengambil tempat masing-masing.
Arta menyelak beberapa dokumen dihadapannya. Nafasnya ditarik dalam. Dia tidak mahu memperlihatkan riak wajahnya yang sebenar dihadapan J mahupun Kamal.
Jadi ini yang Razak cuba sampaikan kepadanya. It was a mess at the outside. Ini tujuan kenapa Razak bertemu dan mahu meminta pertolongannya?. Jadi semuanya sudah bermula. The game has started. War of power?. Arta tersenyum sinis. Sekarang bukan masa nya lagi untuk dia masuk campur.
Share this novel