BAB 20

Action Completed 1407

8 April 2020 – Agensi ; 10:00 Pagi

“Jane!”. Panggil Razak kuat. Suaranya bergema memenuhi ruangan laluan keluar dari ibu pejabat agensi.

“Yes?”. Sarah Jane menghentikan langkah kakinya. Dia memalingkan tubuhnya menghadap Razak yang sedang berdiri tidak jauh darinya.

Razak berjalan beberapa tapak mendekati. “Ada apa ni?”. Soal Razak. Dahinya berkerut-kerut.

“I tak punya banyak masa Razak. I have to go!”. Sarah Jane menjawab. Dia perlu secepat mungkin bertemu dengan Yesa di bilik situasi. Raisa dan Arta sudah hampir berjaya dengan rancangan mereka. Tapi berita yang baru diterimanya sebentar tadi membuatkan dia diranduk perasaan risau. Paswi yang bertindak sebagai insider informer memberitahu yang suspek utama mereka sudah tahu mengenai status Raisa dan Arta. Silapnya dia tidak ambil serius sewaktu Damas menyampaikan maklumat yang diberikan oleh Paswi lewat malam semalam.

Nampaknya Raisa dan Arta dalam bahaya. Malah bukan itu sahaja rancangan mereka juga dalam bahaya. Enam bulan segala usaha dan titik peluh mereka boleh hilang dalam sekelip mata. Malah rancangannya untuk mengunakan imbuhan yang bakal dia terima melalui projek ini untuk membayar Wan Kamila juga akan musnah. Dia tidak boleh membiarkan ianya berlaku.

“Jane!”. Panggil Razak dengan nada sedikit meninggi. Mengejutkan Sarah Jane yang seolah-olah tengelam dengan dunianya sendiri.

“Bertenang...”. Tuturnya perlahan. Anak matanya menikam anak mata Sarah Jane yang dilanda kegusaran. Tangannya dihulur kearah Sarah Jane.

“Razak..”. Sarah Jane menyambut huluran tangan Razak Ibrahim. Tangan lelaki itu digengamnya erat. Kepalanya ditundukkan.
Matanya dipejam rapat. Dia cuba mencari ketenangan dan kekuatan melalui Razak. Sungguh dia takut pada ketika itu.

“Jane..”. Panggil Razak sekali lagi. Ada sesuatu yang tidak kena pada pandangannya. Sarah Jane ada menyembunyikan sesuatu darinya.

Sarah Jane membuka kelopak matanya. Memandang anak mata Razak yang sedang memandangnya dengan seribu satu soalan.

“We have to get him. We have to make sure this case succesfully executed”. Sarah Jane bersuara dengan nada separa merayu. Dia tidak punya masa untuk menjelaskan semuanya kepada Razak. Tapi dia mengharapkan Razak memahaminya yang dia tidak punya masa untuk menjelaskan. Dia di dalam keadaan terdesak.

Razak menganggukkan kepalanya perlahan. “I know..”. Jawabnya mengiakan. Seolah dia mengetahui segala isi hati dan masalah yang sedang melanda. Walhal hakikatnya perasaan takut turut mula menjalar didalam hatinya. Melihatkan Sarah Jane ketakutan membuatkan perasaanya turut goyah. Takut akan keputusan yang bakal dibuat oleh mereka berdua boleh mengubah nasib seseorang. Antara mati atau hidup.

Apa dia punya kuasa sehebat itu untuk menentukan nasib seseorang?. Tidak sama sekali. Tidak kiralah sehabis baik mana pun Sarah Jane cuba mempertahankan segalanya. Mereka berdua bakal terima hukuman setimpal kerana mencuba menjadi tuhan. Jika mereka perlu dihukum kelak, biarlah dia yang menangung segala beban hukuman itu. Bukannya Sarah Jane.

“But then. It cost nyawa Raisa dan Arta”. Razak bersuara setelah beberapa ketika mendiamkan diri.

Sarah Jane menarik nafas dalam. “I hope that they will make it and i believe they will”. Jawab Sarah Jane. Berkeras.

“Arta dan Raisa is an Elit Agent. They were more capable than we think. Malah Arta. Don’t you know Arta?. All his work before this Razak?. Soalnya bertalu-talu. Menyakinkan Razak dengan keputusannya untuk tetap meneruskan projek “Sarah Jane”. Untuk terus mempertaruhkan nyawa Arta dan Raisa.

Razak masih memandang anak mata Sarah Jane. Tidak lepas walau seketika. Anak mata wanita itu yang seolah-oleh sudah nekad dengan keputusannya. “but this is a suicide plan and we both knew it”. Namun kata-kata itu tidak terluah. Razak menelan pahit kenyataan itu. Kenyataan yang Sarah Jane sendiri pura-pura tidak mengerti dan melihat.

“But if so...”. Razak berjeda seketika. “They will think that you take their life for granted because of money”. Sambungnya lagi. Itu adalah perkara pertama yang Arta dan Raisa akan fikirkan jika mereka berdua berjaya menamatkan misi. Tapi itu hanyalah sedikit sahaja jika hendak dibandingkan dengan seribu satu kemungkinan lain lagi. Dia tidak dapat membayangkan amukan Arta. Apa perlu dia ingatkan Sarah Jane siapa sebenarnya Arta Erza?.

Sarah Jane menelan air liurnya yang terasa kasar di kerongkongnya. Dia mengalihkan pandangannya dari Razak Ibrahim. Tangannya yang memegang tangan Razak Ibrahim sejak tadi ditarik. Kini dia membelakangi lelaki itu dengan memeluk tubuh. “I don’t care. As long as Eri Suria and Rekan is safe. As long as we can seal the deal for them. Raisa and Arta will make it out alive”.

Razak hanya mendiamkan diri. Tidak membalas. Kini dia mula mengerti perancangan sebenar Sarah Jane. Punca utama ketakutan wanita itu. Sarah Jane mahu menyelamatkan Rekan dan juga Suria dengan mengunakan Arta dan juga Raisa. Dia menghela nafas berat.

Melihatkan Razak Ibrahim yang tidak memberi respon, Sarah Jane memusingkan kembali tubuhnya menghadap lelaki itu.

“I believe in them. But Suria will never make out alive if we did not seal this deal. Let alone Rekan. If he make it out alive without Suria. His soul will be to damned to be called alive”. Sarah Jane yakin sekali. Jika sekalipun dia hanya mampu menyelamatkan Rekan. Lelaki itu tetap akan menjadi seperti mayat hidup. Rekan tidak akan mampu untuk terus hidup tanpa Suria. Tanpa Suria, Rekan tidak akan mampu untuk berkhidmat untuk agensi lagi.

“You know what I’m tyring to do right?’. Soal Sarah Jane kepada Razak.

Razak mengangguk. Matanya redup membalas pandangan Sarah Jane.

“By making thing all right”. Tutur Razak perlahan. Sarah Jane mengangguk. Mengiakan.

“By making things all right”. Sambung Sarah Jane.

Razak tersenyum nipis walhal hatinya terasa cukup berat. Dia tahu apa yang diinginkan oleh Sarah Jane tidak akan mungkin berlaku. Harganya terlalu tinggi untuk menjadi yang sempurna. Untuk memastikan segalanya sempurna tanpa ada seorang pun yang terluka. Tapi dia tidak mampu menuturkan sebarang kata. Kata yang akan membuatkan wanita yang disayanginya itu punah harapan. Tidak. Dia tidak mahu itu berlaku. Jadi dia memilih untuk menelan sahaja apa yang dia mahu sampaikan pada wanita itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience