BAB 39

Action Completed 1407

Suria mengagahkan tubuhnya untuk berjalan kearah pintu rumahnya bila mana bunyi ketukan kuat kedengaran. Dia terkejut bukan kepalang sebaik saja melihat wajah dan susuk tubuh yang sedang berdiri dihadapannya pada ketika itu. Paswi sedang tersengih kearahnya dihadapan pintu rumahnya. Sangkaannya Rekan yang baru pulang dari membeli makanan dan ubat untuknya. Tapi telahannya tersasar jauh. Bulu romanya merinding.

“Kau nak apa!?”. Soal Suria. Wajahnya mula memerah. Perasaan takut dan marah bercampur baur.

Soalannya tidak dijawab. Suria menarik nafas dalam. Nafasnya terasa sempit tiba-tiba. Perasaan takut membuatkan tubuhnya sedikit mengigil. Dia berjalan menjauhi Paswi beberapa tapak.

“Apa kau nak Paswi?”. Soal Suria lagi. Nadanya meninggi.

“Kau Eri Suria bukan?”. Soal Paswi dengan senyuman menyeringai.

Suria terdiam. Bibirnya bergetar. Paswi sudah tahu mengenai identitinya. Sudah pasti Thamin yang menghantar Paswi untuk membunuhnya. Selepas semuanya?. Selepas segala usahanya mempertaruhkan nyawanya untuk Sarah Jane. Ini pengakhiran yang dia terima?. Bakal ditamatkan riwayatnya ditangan Paswi. Suria memandang sekilas kearah pintu rumah yang separa terbuka. Mengharapkan Rekan pulang dan menyelamatkannya.

“Selepas semuanya?. Ini yang aku dapat?”. Tengking Suria kuat. Air matanya berjuraian. Tidak adil!. Semuanya tidak adil!.

“Selepas semuanya. Selepas segala usaha aku kumpulkan bukti untuk fail 6District?. Ini yang aku dan Rekan dapat?”. Soalnya lagi. Hatinya remuk seremuk-remuknya dan tiada seorang pun tahu betapa bencinya dia akan segala-segalanya yang terjadi. Nampaknya pengakhiran hidupnya sudah jelas. Tiada lagi peluang untuknya. Segalanya sudah tamat. Dia berundur beberapa tapak menjauhi Paswi yang sedang mendekatinya.

Langkah kakinya terhenti bila mana badannya terhalang dengan meja kecil diruangan tengah rumahnya. Sengihan Paswi semakin melebar. Suria menghayunkan langkah kakinya laju kearah pintu dapur rumahnya. Baru beberapa tapak dia melangkah Paswi menarik lengannya kuat hinggakan dia jatuh tersembam keatas lantai simen. Rahangnya terasa sakit bila mana pipinya tersemban keatas lantai. Luka dipehanya juga terasa maha sakit. Darah pekat mula membasahi seluar yang dipakainya. Lukanya yang masih belum sembuh kini sudah berdarah semula. Suria mengesot menjauhi Paswi yang datang mendekatinya.

Paswi membongkok kan tubuhnya. Mencengkam kuat rambut Suria agar wanita itu tidak lagi cuba hendak melarikan diri. Dia duduk mencangkung dihadapan Suria yang sedang mengerang kesakitan.

“Mana kau nak lari Suria?”. Soal Paswi dengan sengihan yang makin melebar. Dia kemudian menarik rambut panjang Suria dan mengheret wanita itu keruangan utama rumah. Kepala Suria dihempas kuat keatas lantai. Pandangan mata Suria semakin kelam. Kepalanya terasa pusing. Susuk tubuh Paswi juga kelihatan kabur. Dia sedaya upaya mengesot menjauhi Paswi. Nafasnya terasa pendek. “Apa memang tiada erti bahagia buat mereka?”. Bisiknya perlahan.

Raisa berdiri tidak jauh dari Rekan yang baru memasuki premis farmasi. Ditangan kanannya plastik berisi makanan. Raisa tahu benar ubat dan makanan itu sudah pasti untuk Suria. Mindanya bercelaru. Perasaan bersalah dan arahan dari Yesa membuatkan dia berasa tidak tenang. Yesa sudah pasti sedang menanti maklumat darinya mengenai keberadaan Rekan dan juga Suria pada ketika itu. Dia mengeluh berat. Ini adalah masa yang tepat untuk dia menangkap Suria tanpa perlu bergelut dengan Rekan. Membawa Suria pulang ke agensi.

Raisa menarik nafas dalam sebelum langkah kakinya diatur kearah rumah yang diduduki secara rahsia oleh Rekan dan juga Suria. Semakin lama langkah kakinya semakin laju. Dia tidak punya masa. Dia harus cepat sebelum Rekan pulang.

“Prang!!!”. Bunyi deraian kaca jelas kedengaran diluar rumah. Raisa yang baru saja sampai menghentikan langkah kakinya serta merta. Keningnya bertaut. Dahinya berkerut seribu. Dia kemudian berjalan mendekati pintu rumah yang sedikit terbuka. Cuba mengintai kedalam.

“Suria!”. Jerit Raisa didalam hati bila mana dia melihat susuk tubuh Suria yang sedang mengesot diatas lantai dengan berlumuran darah. Matanya menangkap satu susuk tubuh lelaki yang sedang duduk mencangkung dihadapan Suria. “Paswi?”. Getusnya perlahan.
Raisa berjalan beberapa tapak menjauhi pintu rumah. Dia menyorok dibelakang pohon yang sedikit merimbun dari kelihatan oleh sesiapa pun.

Nafasnya terasa sempit. Bukan itu yang dia sangkakan. Tidak sejauh ini yang dia fikirkan. Siapa yang dihantar untuk membunuh Suria!. Paswi?. Soalan demi soalan bermain didalam benaknya. Nampaknya bukan dia seorang sahaja yang menerima maklumat mengenai keberadaan Rekan dan juga Suria. Telahannya benar. Maklumat yang sama diterima oleh pihak lain juga. Siapa punya angkara?!.

Darahnya berderau. Tangannya mengeletar. Perasaan takut dan gerun mula menjalar. Siapa punya angkara yang memberikan maklumat keberadaan Suria kepada mereka. Raisa menyoal berkali-kali. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluarnya. Dia harus meminta pertolongan. Nombor telefon Arta didailnya tapi cubaannya itu gagal. Arta sudah tiada! Arta sudah digantung dari kerja lapangan oleh Madam Jane!. Raisa duduk tersandar ditepi rumah Suria. Bunyi jeritan Suria menyapa halwa telinganya. Raisa memejamkan matanya rapat. Apa patut dia menyelamatkan Suria?. Tapi jika dia tertangkap laku oleh Rekan. Maka Rekan akan salah faham.

Dia tidak punya pilihan lain. Dia perlu selamatkan Suria. Yesa memintanya untuk menangkap Suria pada malam itu dan membawa pulang ke agensi. Dia kembali berdiri tegak. Langkah kakinya kemudian diatur laju sebelum terhenti buat sekali lagi bila mana dia melihat susuk tubuh Rekan yang sedang berjalan menghampiri kearah pintu rumahnya. Raisa memusingkan kembali tubuh badannya. Dia tidak boleh berada disitu!. Dia menyorokkan tubuhnya dari dilihat oleh Rekan. Jantungnya berdebar hebat.

“Suria!!!!!”. Raung Rekan sebaik saja dia melihat susuk tubuh Suria yang terbaring diatas lantai. Tubuh gadis itu dirangkulnya kuat.

“Suria!”. Panggilnya berkali-kali tapi tiada jawapan.

Raisa menekup mulutnya kuat. Kini apa yang dia takutkan sudah terjadi. Jeritan Rekan pada ketika itu membuatkan kelopak matanya bergenang air mata. Entah mengapa hatinya juga berasa sakit. Sepertinya dia dapat merasakan betapa patah dan hancurnya hati Rekan pada ketika itu. Raisa menarik nafas dalam. Langkah kakinya diatur selaju mungkin meninggalkan Rekan dan juga Suria. Dia tidak boleh tertangkap oleh Rekan. Tidak boleh!.Raisa menghentikan langkah kakinya bila mana raungan Rekan semakin kuat kedengaran. Dia memusingkan tubuhnya melihat atap rumah yang diduduki oleh Rekan dan juga Suria. Dia menelan air liurnya yang terasa kasar.

“Maafkan aku Rekan”. Bisiknya perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience