Completed
                        
1407
                    “Madam Jane!”. Panggil Damas. Sarah Jane pantas bangun berdiri dari meja kerjanya bergerak kearah Damas yang sedang berdiri tidak jauh dari pintu bilik kerjanya.
“Macam mana?. Dah jumpa Rekan?”. Soal Sarah Jane tidak sabar. Tapi soalannya disambut dengan gelengan kepala dari Damas. Keningnya bertaut. Wajah cemas Damas ditelitinya. Ada sesuatu yang buruk sedang terjadi. Getus hatinya.
“Apa jadi Damas?!”. Soal Sarah Jane. Suaranya meninggi. Dalam hati dia berdoa agar berita buruk itu tidak ada kaitan dengan Rekan mahupun Suria.
“Wan Kamila dan Ewin sudah mati. Dibunuh”. Jelas Damas.
Pang!. Kenyataan itu membuatkan terasa seperti satu penampar hinggap dipipinya. Sarah Jane jatuh terduduk kembali ke kerusi dimeja kerjanya. Dadanya terasa sempit. Damas pantas memegang tubuh Sarah Jane.
Sarah Jane memegang dadanya. Secepat itu?. Secepat itu Yesa membunuh Wan Kamila dan Ewin?. Sejauh itu Yesa pergi?. Dia menyoal dirinya sendiri bertalu-talu. Dan selepas ini Suria?. Yesa tidak akan melepaskan Rekan. Dia tidak akan membunuh Rekan. Bagi Yesa, Rekan terlalu berharga. Suria pasti akan dikejar oleh Yesa sehingga dapat. Yesa tidak mampu menerima kenyataan bahawa Rekan telah mengkhianatinya. Maruahnya tercalar. Jadi dia akan menghapuskan Suria. Punca kepada maruahnya dipijak-pijak oleh Wan Kamila. Punca kepada reputasinya yang goyah.
Sarah Jane menolak perlahan tangan Damas yang memegang bahunya. Dia menarik nafas dalam. Apa yang perlu dia buat dalam keadaan seperti ini. Arta orang yang dipercayainya sudah digantung dari kerja lapangan oleh dirinya sendiri. Apa lagi jalan keluar untuk semua ini. Dia tahu lambat atau cepat Yesa tentu akan mengambil kesempatan dalam kekalutan dan pergaduhan akibat pengantungan Arta untuk menghapuskan Wan Kamila dan juga Ewin. Kerana semua tumpuan pada ketika ini tertumpu kepada Arta. Wan Kamila yang terlalu mendesak dan ugutan demi ugutan membuatkan Yesa tahu jika dia gagal membendung mulut Wan Kamila maka ianya akan menghancurkan maruah dan reputasinya. Kerana gagal menjayakan projek Suria. Cumanya dia tidak menyangka Yesa akan melakukan segalanya secepat ini.
“Teruskan pencarian Rekan dan juga Suria..”. Pinta Sarah Jane. 
Damas mengangguk.
Bunyi kunci manga dibuka dari luar menghiasi ruangan sunyi bilik kurungan agensi. Mengejutkan Arta yang sedang duduk termanggu diatas katilnya melihat keluar melalui tingkap kecil. Dia mengalihkan pandangannya kearah satu susuk tubuh yang sedang berjalan kearahnya sebaik saja seorang lelaki memberi isyarat untuk dia masuk.
“Arta..”. Panggil Razak Ibrahim. Wajah Arta yang kusut dan tidak terurus dipandangnya. Dia menghela nafas berat. Razak menarik satu kerusi kayu tidak jauh dari katil bujang yang sedang diduduki oleh Arta. Kerusi itu diletakkan berhadapan dengan katil sebelum dia melabuhkan pungungnya.
“Ada apa Razak?”. Soal Arta dingin. Dia tidak punya hati untuk bercakap atau bertemu dengan sesiapa pun. Seminggu dia disumbat disitu. Kini baru sekarang Razak hendak menunjukkan wajahnya.
“Aku janji yang kau tak akan berlama disini. Bagi aku masa Arta untuk keluarkan kau dari sini”. Pujuk Razak.
Arta mengalihkan wajahnya. Sarah Jane yang menghumbannya kesitu. Dia tidak perlu simpati dari Razak. Malah dari sesiapa pun. Dia tahu dimana dia berpijak. Posisinya di agensi. Dia dilatih untuk menjadi anjing agensi. Tapi jauh sekali dia tidak menyangka yang akan membuangnya begitu adalah Sarah Jane sendiri. Bukannya Yesa mahupun Thamin.
“Aku akan keluarkan kau dari sini Arta..”. Razak memujuk lagi. Tidak mahu mengalah walaupun dia tahu yang Arta bukan mudah untuk dipujuk.
“Kemana Razak?”. Pintas Arta laju. Razak tidak menjawab. Dia tahu tidak semudah itu untuk mengembalikan Arta ke kerja lapangan semula. Paling tidak mungkin akan ambil masa beberapa bulan atau sehingga Sarah Jane berlembut hati dan menarik semula hukuman.
“We need you Arta. It was a mess at the outside”. Akhirnya Razak membuka cerita. Niatnya sebenar bertemu dengan Arta pada hari itu. Dia mahu memujuk Arta untuk kembali kepada mereka. Memujuk Arta untuk tidak terus-terusan membenci dan memarahi Sarah Jane yang telah membuangnya. Dan juga membantunya menyelesaikan kemelut yang sedang melanda agensi.
Arta tersenyum herot. Rambutnya disisir sedikit. Muka Razak yang sedang memadangnya penuh pengharapan. Jujur ingin dia kata kan kepada Razak pada ketika itu. “Dia sudah tidak peduli!”. Dia sudah tidak kisah akan semuanya. Sarah Jane terang-terangan mengunakannya dan juga Raisa. Wanita itu terang-terangan membahayakan nyawanya dan juga Raisa. Hanya kerana apa?. Kerana imbuhan dari kes tersebut dan sekarang Razak muncul dihadapannya hanya kerana ingin meminta pertolongannya.
Sejujurnya, dia sudah dapat mengagak ada sesuatu yang tidak kena pada ketika Sarah Jane mempercepatkan penangkapan “Hitam”dari jadual asal. Apabila Paswi Bakti dihantar sebagai insider informer. Pada ketika fail sulit kes Suria dihantar kepadanya dan juga Raisa. Mungkin segalanya bermula dari itu, kes sulit Suria. Tapi dia tidak mahu ambil pusing lagi. Hatinya mati.
Razak mengangukkan kepalanya mengerti dengan reaksi yang diberikan oleh Arta. Arta berhak untuk marah kepadanya dan juga Sarah Jane. Setelah apa yang lelaki itu lakukan untuk agensi.
“Baik Arta. Aku faham..”. Akhirnya Razak akur. Dia tidak mampu untuk memujuk Arta. Tidak setelah apa yang terjadi. Silap besar Sarah Jane tidak berterus terang dengan Arta dari awal. Silap mereka. Mungkin jika Sarah Jane memberitahu Arta hal sebenar, Arta akan membantu. Mungkin jika Arta tahu perkara yang sebenar, Arta boleh memahami alasan Sarah Jane membahayakan nyawanya dan juga Raisa.
Razak bangun berdiri. Nafasnya dihela berat.
“Maybe its the right time untuk semuanya terjadi Arta”. Razak menutur bicara. Arta masih tidak memandang kearahnya. Tidak kisah dengan apa yang dia cuba sampaikan. Razak melangkah pergi. Hatinya hampa. Dia gagal. Gagal menghalang dari semua ini terjadi.
Arta menghantar susuk tubuh badan Razak dari arah belakang dengan pandangan kosong.
Share this novel