Completed
                        
1407
                    Bunyi pintu grill besi dibuka dari luar mengejutkan Arta yang sedang tidur. Dia pantas bangun berdiri. “Encik Arta..”. Panggil seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Arta tidak menjawab. Lelaki itu berdiri beberapa tapak tidak jauh darinya. Terkulat-kulat sepertinya sedang tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Arta mengerling kearah kanannya.
“Siapa ni?”. Soalnya kepada pengawal yang selalu menjaga didepan bilik pengasinganya.
“J. Saya J..”. Jawab lelaki tadi. Dia berjalan merapati. Tangannya dihulur dihadapan Arta tapi tidak bersambut. Dia kemudian berdehem seketika sebelum menarik kembali tangannya.
“Encik Arta”. Panggil pengawal keselamatan yang sedari tadi tercegat berdiri tidak jauh dari mereka berdua. “Encik Arta boleh ikut dia..”. Arahnya.
Kening Arta bertaut. Jadi sudah tamat tempoh pengasingannya di bilik itu?. Kemana pula mereka akan membawa dia. 
“Mari..”. Arah J. 
Arta berjeda seketika. Langkah kakinya terasa berat hendak diatur keluar. Dia sudah muak dan jelak mahu ketemu dengan Sarah Jane mahupun yang lain. Tapi dia juga tidak mahu berlama dibilik pengasingan itu. Menghabiskan sisa hidupnya di bilik kurungan itu. Akhirnya langkah kakinya diatur berat menyaingi langkah kaki lelaki yang dikenali dengan nama J.
“Sarah Jane mahu berjumpa?”. Soal Arta sebaik saja langkah kaki mereka diatur ke laluan koridor luar. Soalannya tidak berjawab oleh J. Wajah lelaki itu yang kemerahan dikerlingnya sekilas. “Kenapa?”. Soal Arta lagi.
“Sarah Jane sudah mati”. Jawab J separa berbisik.
Langkah kaki Arta terhenti serta merta. Terkesima dengan apa yang barusan dia dengar. Sarah Jane mati?. “Sarah Jane?”. Soal Arta lagi sekali. Dia menikam anak mata J yang sedang berdiri disebelahnya. J mengangguk mengiakan. “Pagi tadi”. Tambahnya lagi.
Arta menelan air liurnya kasar. Langkah kakinya kemudian diatur kembali. Masing-masing tidak buka mulut selepas perbualan mengenai Sarah Jane. Arta hanya mendiamkan diri dan J juga turut sama menguncikan mulutnya. Tidak berani hendak menegur Arta lebih-lebih. Yang pasti arahan dari Razak Ibrahim harus dilaksanakan sebaiknya. 
Mereka berdua berhenti didepan pintu bilik dokumentasi. J memulas tombol pintu sebelum meminta Arta untuk masuk kedalam. Kedatangannya disambut oleh seorang lagi lelaki.
“Kamal”. Lelaki itu memperkenalkan dirinya. Huluran tangannya tidak disambut. Kamal menarik kembali huluran tangannya. Dia berdehem seketika. Malu. Dia memandang wajah J yang sedang berdiri disebelah Arta sekilas. J mengelengkan kepalanya laju memberi isyarat kepadanya.
Arta hanya mendiamkan diri. Jadi begini keputusan yang dibuat oleh majlis tertinggi agensi. Mengantungnya dari kerja lapangan, melucutkan jawatan sebagai Elit agen dan menyumbatnya kedalam bilik dokumentasi. Setelah apa yang dia lakukan. Dia disumbat kesitu untuk membuat kerja kerani?. Itu yang mereka putuskan setelah beberapa minggu dia disumbat didalam bilik pengasingan. Arta tersenyum sinis. Mengapa tidak dihapuskan dia saja. Bukankah hukuman buat agen yang membelakangi agensi adalah mati. Arta tergelak tertawa kecil. Mereka tidak mahu menghapuskannya kerana masih berfikir yang dia mungkin masih boleh digunakan pada masa tertentu kelak. Arta mengelengkan kepalanya perlahan.
J dan Kamal saling berpandangan. Melihatkan Arta yang tersenyum sendirian membuatkan mereka berdua kecut perut. J melangkah ke sisi Kamal. “Seram bodo!”. Bisik J ketelinga Kamal. Seraya itu Kamal menolak sedikit tubuh J darinya. “Kau ni!”. Kamal menceceh.
“Arta”. Panggil Kamal perlahan. Mati terus senyuman yang menghiasi bibir Arta sejak tadi. Dia membalas pandangan Kamal sebelum Kamal menghulurkan satu beg kertas berisi barang kepadanya.
“Dalam itu ada kunci rumah dan kereta. Esok kau kena lapor diri kesini semula”. Tutur Kamal takut-takut. Memikirkan Arta berada didalam satu bilik dengannya saja membuatkan perutnya terasa sebu. Selama mana Arta akan bekerja rapat dengan mereka dia sendiri tidak pasti. Yang dia tahu sebaik saja mereka diberitahu mengenai hal ini dari Razak, masing-masing mula tidak sedap hati. Mahu menentang dan terang-terangan memberitahu mereka tidak mahu Arta berada tidak situ tak terluah. Manakan tidak jika Razak Ibrahim sendiri yang datang kesitu dan memberitahu mereka. Razak Ibrahim!. Mereka mati kata. Tak terluah sebarang kata. 
Arta menyambut huluran Kamal. “Siapa yang bagi?”. Soal Arta.
“Razak Ibrahim”. Jawab Kamal laju. Dahi Arta berkerut seribu.
“Arta. Mari duduk sekejap. Ada perkara yang perlu aku sampaikan”. J memanggil Arta untuk duduk dikerusi dihadapannya.
Arta menurut tanpa banyak soal. Dia mengambil tempat duduk berhadapan dengan J, manakala Kamal duduk disebelah J.
“Macam ni...”. J memandang kearah Kamal. Seolah meminta bantuan Kamal untuk menjelaskan perkara sebenar kepada Arta bagi pihaknya. Tapi Kamal pantas menolak. Dia menguis lengan J untuk meneruskan katanya.
“Sarah Jane dah takda. Jadi..”. J memulakan bicara.
“Aku tak peduli pasal itu”. Pintas Arta laju. Riak wajahnya bersahaja. Dia tidak mahu mendengarkan perkara itu lagi. 
J berdehem. Kamal sudah terkulat-kulat ditepinya.
“Jadinya buat masa ini atas arahan Razak Ibrahim. Kau perlu lapor diri disini hingga ketua baru agensi dilantik dan buat keputusan lain untuk kau”. J menjelaskan. Harapnya Arta faham apa yang dia cuba sampaikan.
“Bila Razak akan jadi ketua baru?”. Soal Arta bersahaja.
Kamal dan J mengelengkan kepala laju. “Razak dah tarik diri dari agensi”. Kamal bersuara perlahan.
“Arahan terakhir dia adalah berkenaan kau Arta”. J menambah dihujungnya.
Arta hanya mendiamkan diri. Rahangnya bergerak-gerak. Dikawalnya sebaik mungkin riak wajahnya. Jika Razak menarik diri dari agensi bermakna hanya tinggal Yesa dan Thamin sahaja yang akan menjadi pilihan untuk memimpin agensi. Jadi Razak mengotakan janjinya kepadanya untuk mengeluarkan dirinya dari bilik kurungan agensi. Perkara terakhir yang dia lakukan sebelum meninggalkan agensi.
Arta menghela nafas berat. “Selain dari itu?. Yang aku perlu tahu?”. Soal Arta.
“Sepanjang tempoh kau lapor diri disini. Akan ada agen agensi mengawasi pergerakan kau. Pesan Razak..”. J berjeda seketika.
“Things that bound to happen will happen anyway. Arta jaga diri kau baik-baik”. J menyampaikan sebutir-sebutir apa yang Razak menyuruhnya untuk sampaikan kepada Arta.
Arta mengangguk mengerti dengan pesanan Razak. Jadi ini maksud Razak tempoh hari. Mindanya menerawang pertemuan singkat antaranya dengan Razak tempoh hari. Dia tahu dari riak wajah Razak pada hari itu. Razak dalam keadaan terdesak dan ingin meminta bantuannya. Tapi dia sudah tidak mahu ambil tahu. Dia mahu melihat sejauh mana agensi mampu bertahan tanpa dia. Jadi ini juga ada kaitannya dengan apa yang Razak katakan kepadanya pada ketika itu. Things were mess at the outside. Ini kerisauan Razak Ibrahim. Kehilangan Sarah Jane. Kehilangan kuasa dalam agensi ditangan Yesa dan juga Thamin.
“Jadi sekarang antara Yesa atau Thamin akan ambil alih agensi?”. Soal Arta setelah lama mendiamkan diri. J dan Kamal mengangguk laju mengiakan soalan yang ditanya oleh Arta.
Arta mengangguk mengerti. Maka Yesa dan Thamin akan mula dengan rancangan masing-masing untuk merebut tahkta agensi. Yesa dan Thamin akan mula berperang untuk memerangkap dan menyalahkan satu sama lain demi mendapatkan kepercayaan the founder dan VVIP. Yesa dan Thamin akan mempergunakan Elit agen untuk kepentingan mereka dan dia akan hanya menjadi pemerhati. Lambat atau cepat, Thamin dan Yesa akan datang kepadanya. Meminta bantuannya. Dia yakin akan hal itu.
Share this novel