Completed
                        
1407
                    Suria tersenyum nipis melihat Rekan mendekatinya yang sedang duduk bersandar dikepala katil. Rekan menghulurkan kepadanya segelas air, dia mengambil tanpa banyak soal sebelum meneguk sedikit. Dia kemudian membetulkan posisi tubuhnya sedikit. Luka di pehanya masih berdarah dan belum sembuh sepenuhnya. Malah kelihatan seperti nanah mula mengisi luka yang masih basah itu. Luka hasil pergelutan Rekan dengan seorang lelaki dari agensi yang membuatkan dia hampir kehilangan nyawa.
Baru saja dua hari dia mendapat rawatan di hosital, Rekan terpaksa melarikan dirinya dari hospital selepas mendapat tahu dari Haswina mengenai jejak mereka sudah diketahui oleh Yesa. Dua minggu sudah mereka berada dirumah itu. Selama tempoh itu, mereka masih belum diganggu atau dihidu oleh mereka yang bekerja di agensi.
Semahunya dia ingin bertemu dengan Sarah Jane. Mempersoalkan wanita itu perjanjian mereka. Tapi Rekan menidakkan. Wajah Rekan yang penuh kekecewaan dan hampa. Katanya, itulah wajah agensi yang sebenar. Perjanjian hanyalah satu kata-kata kosong. Baik Sarah Jane, Thamin mahupun Yesa. Mereka akan mempergunakan orang seperti mereka untuk mendapatkan sesuatu yang mereka mahukan.
“Jangan pernah berharap atau kita akan terluka buat selamanya”. Itulah yang Rekan katakan kepadanya. Pada saat itu, dia membuat keputusan untuk berdiri atas kaki sendiri. Biarlah hidupnya dan Rekan umpama pelarian seumur hidup. Tapi dia tidak akan lagi meminta bantuan dari mereka yang bekerja di agensi. Tidak sesekali.
Bunyi deringan telefon menghentikan lamunannya. Rekan mengambil telefon bimbitnya yang berada diatas meja bersebelahan katil. Dia memberi isyarat kepada Suria untuk keluar mengangkat panggilan telefon seketika. Suria hanya tersenyum mengangguk.
“Suria macam mana?”. Soal Haswina sebaik saja panggilanya diangkat.
Rekan menarik nafas dalam. “Better”. Jawabnya ringkas. Dia melakukan sebaik mungkin untuk merawat luka dan kecederaan Suria. 
Haswina mendiamkan diri buat seketika. Dia tidak tahu bagaimana hendak memulakan bicara. Terlalu banyak perkara yang terjadi di agensi pada ketika itu.
“Haswina…”. Panggil Rekan. “Ada apa?”. Soalnya lagi.
“Sarah Jane dah mati”. Haswina menutur kata penuh berat.
Rekan bungkam. Sarah Jane mati?!. Dia menyoal dirinya sendiri seolah tidak percaya dengan kenyataan itu. Tidak mungkin!. Mustahil!.
“Arta sudah digantung kerja dari lapangan”. Beritahu Haswina lagi.
Dahi Rekan berkerut-kerut. Lidahnya kelu. Arta digantung dari kerja lapangan adalah sesuatu yang tidak terjangkau akalnya. Arta merupakan anak emas Sarah Jane dan kenyataan Sarah Jane sudah mati menambah kekeliruannya.
“Sarah Jane gantung Arta sebab dia bunuh suspek utama untuk projek sulit “Sarah Jane”. The founder dan VVIP mengamuk tapi Sarah Jane tetap dengan keputusannya”. Jelas Haswina. Dia cuba mencari waktu yang sesuai untuk bercerita perihal Arta dan agensi kepada Rekan. Tapi disebabkan oleh pergaduhkannya dengan Yesa tempoh hari membuatkan dia lebih berhati-hati. Tamparan Yesa masih memberikan kesan mendalam kepadanya. Darahnya berderau setiap kali mengenang peristiwa itu. Tapi bila dia mendapat maklumat mengenai kematian mengejut Sarah Jane dia sedar dia sudah tidak punya waktu lagi. Keadaan sangat tegang dan genting pada ketika itu dan Rekan perlu tahu perkara sebenar. Mungkin ada antara mereka akan jadikan Rekan dan Suria sebagai kambing hitam didalam segala kekalutan ini.
Rekan mendengar dengan teliti. Hanya kerana itu Sarah Jane mengantung Arta?. Mustahil. Ini bukan kali pertama Arta buat perangai begitu.
“Tiga hari lepas Sarah Jane mati. No one tahu sebab apa”. Sambung Haswina lagi. Bulu romanya merinding. Berita kematian mengejut Sarah Jane benar-benar meninggalkan kesan buat mereka yang bekerja di agensi. Masing-masing sudah menunjukkan taring. Staff agensi, the founder dan juga VVIP sudah mula berpecah kepada dua bahagian antara berdiri dibelakang Yesa atau Thamin. Segalanya semakin jelas kelihatan. Perpecahan itu jelas terasa. Sedikit masa lagi sebelum ada antara mereka sanggup berbunuhan hanya kerana inginkan ketua masing-masing berada di takhta tertinggi agensi.
“Jaga diri Rekan. Aku dapat rasa kan Thamin dan Yesa sedang berebut kuasa untuk memimpin agensi. Perpecahan antara the founder, VVIP dan staff agensi semakin jelas. Aku risau kalau mereka target Suria”. Haswina melepaskan segala perasaan risau yang terbuku dihatinya.
“Suria?. Kenapa Suria?’. Soal Rekan tidak mengerti. Jika Thamin dan Yesa mahu berebutkan kuasa agensi. Kenapa Suria perlu menjadi target. Seharusnya Suria bukan lagi target utama baik untuk Yesa mahupun Thamin sendiri. Mereka berdua bukan lagi variable utama dalam agensi.
Haswina mengigit bibirnya.
“Wan Kamila dan Ewin sudah mati. Dibunuh”. Berat Haswina menutur bicara. “Aku tak tahu tangan yang melakukan semua itu Rekan. Ianya boleh jadi Sarah Jane, Yesa mahupun Thamin”. Jelas Haswina. Sungguh dia tidak tahu mengenai itu. Yesa sendiri tidak pernah membuka cerita mengenai Wan Kamila dan Ewin didepannya.
Rekan tersandar didinding rumahnya. Bungkam.
Kini dia sudah mengerti kerisauan Haswina terhadap Suria. Yesa dan Thamin akan berebutkan Suria. Untuk memperalatkan dan mempergunakan Suria. Untuk membuat Suria mengikut kata mereka dan memanipulasi mereka berdua. Memberikan kebebasan sebagai pulangan.
Dan….Rekan menarik nafas dalam tidak mampu menutur sebarang kata. Dadanya terasa sesak. Perasaan marah dan benci membuak-buak.
Kerana pada ketika itu dia mula mengerti. Baik Yesa mahupun Thamin. Tidak ada jalan keluar buatnya mahupun Suria. It was a checkmate.
Share this novel