BAB 13

Action Completed 1407

“Vivian..”. Satu suara garau menegurnya dari arah belakang. Vivian memusingkan tubuhkan ke arah suara yang memanggilnya.

“Jian..”. Panggilnya. “Mari..”. Seraya itu Vivian memberi isyarat kepada Jian untuk mengikutnya. Tapi langkahnya terhenti bila Jian memegang lengannya. Langkah kakinya terhenti.

“Apa yang jadi?”. Soal Jian. Rona wajahnya serius memandang wajah Vivian pembantu peribadi Thamin.

Barusan tadi dia menerima panggilan dari pembantu peribadi Thamin. Thamin ingin berjumpanya lewat waktu begini bukan sesuatu yang normal. Kebiasaanya jika ada sesuatu yang mendesak, Thamin akan mencari Paswi terlebih dahulu. Dimana Paswi. Soalnya dalam diam.

Vivian menghela nafas perlahan. Dia tidak menjawab soalan dari Jian. Kakinya terus melangkah pergi kearah bilik Thamin. Akhirnya Jian terpaksa mengikut tanpa soal.

“Jian!”. Laung Thamin sebaik saja wajah Jian kelihatan disebalik pintu yang dikuak oleh Vivian. Dia berjalan laju mendapatkan Jian seraya itu memberi isyarat kepada Vivian untuk meninggalkan mereka berdua.

Vivian mengundurkan diri sebelum menutup pintu bilik kerja Thamin rapat.

Jian mengerling kearah jam di dinding bilik kerja Thamin yang sudah pun menandakan jam dua pagi. Pandangannya kemudian jatuh diwajah Thamin. Wajah yang penuh keresahan itu.

“Esok malam adalah projek terakhir kita. Aku mahu kau bantu Elis May”. Tutur Thamin.

Keningnya bertaut. “Maksud Tuan?”. Soal Jian. Tidak mengerti dengan arahan dari Thamin. Selama ini Thamin tidak memberikan kepercayaan kepadanya untuk membantu Paswi dalam menguruskan sindikit penjualan anak-anak Kampung Bidadari. Malah Thamin rela menyuruh Paswi untuk mencari orang lain sebagai pembantu Paswi.

“Paswi perlu berjumpa dengan Sarah Jane esok. Aku tak boleh biarkan Paswi menguruskan klien kita malam esok. Elis May tidak boleh buat kerja seorang diri”. Jelas Thamin.

Jian mengangguk mengerti. Kini dia mengerti Elis May merupakan partner Paswi dalam menguruskan anak-anak Kampung Bidadari yang dijual keluar. Thamin mahukannya membantu Elis May menguruskan projek mereka malam esok.

“Baik Tuan”. Jawab Jian tanpa berlenggah.

“Tapi…”. Thamin berjeda seketika. Dia tidak jadi meneruskan kata-katanya.

“Tapi kenapa?”. Soalan itu meluncur laju dari mulutnya. Wajah resah Thamin membuatkan dia percaya ada sesuatu yang lebih besar sedang berlaku. Thamin sedang menyorokan sesuatu.

“Aku bantu Rekan untuk larikan Suria”. Akhirnya Thamin membuka mulut.

Jian terdiam. Tidak menyangka itu yang akan dia dengar. Sangkaannya kerisauan Thamin disebabkan jika Paswi tersilap langkah Sarah Jane akan dapat menghidu kerja kotor mereka. Tapi Rekan?. Ianya sesuatu yang tidak terlintas di akalnya.

“Aku mahu kau hubungi Rekan. Beritahu dia untuk pindah ke tempat lain. Jika tidak, Yesa mungkin dapat menghidu tempat persembunyian mereka sekarang”. Arah Thamin lagi.

Jian hanya mendiamkan diri. “Maksud Tuan?”. Soal Jian perlahan. Dia masih tidak dapat memahami kaitan antara Rekan dan juga projek mereka malam esok.

Thamin merenggus kuat. Wajahnya diraup kasar.

“Kau tahu projek baru agensi dua bulan lepas?. Kes sulit Suria?”. Soal Thamin kepadanya. Jian mengangukkan kepalanya.

Perjanjian antara agensi dan Wan Kamila melalui Yesa dan Rekan Harris merupakan agen yang dihantar untuk kes tersebut. Tapi dia hanya tahu setakat itu, selebihnya ianya adalah rahsia dan maklumat sulit yang disimpan rapi oleh Yesa.

“Rekan larikan Suria”. Jelas Thamin. Dia mengeluh kuat. Memikirkan kenyataan Rekan sanggup mengugutnya tempoh hari demi melarikan diri bersama Suria membuatkan dia sakit kepala.

Jian bungkam. Rekan melarikan Suria?. Atas sebab apa?.

“Cinta!”. Thamin menutur kata seolah dapat membaca soalan yang bersarang didalam kepala Jian dengan wajahnya yang berkerut-kerut.

Jian membalas pandangan Thamin. Serasa tidak percaya Rekan melarikan Suria hanya kerana cinta?. Elit agen melarikan suspek utama kes hanya kerana cinta?. Dia menyoal dalam diam. Tidak percaya dengan apa yang dia dengar dari mulut Thamin. Yesa sudah tentu akan naik gila jika tahu akan hal ini. “Yesa sudah tahu?”. Soal Jian.

“Belum”. Jawab Thamin laju. Belum untuk ketika ini, kerana Yesa masih belum punya sebarang bukti kukuh untuk mengatakan Rekan benar-benar menghilangkan diri bersama Suria.

“Aku tidak boleh biarkan projek kita malam esok jadi sia-sia. Aku tidak boleh biarkan Rekan ditangkap oleh Yesa. Rekan sudah tahu banyak perkara mengenai projek sulit kita”.

Jian mengangguk mengerti. Kini dia faham. Punca kerisauan Thamin. Thamin sedang bermain dengan api. Yesa adalah satu figura agensi yang mempunyai perwatakan luaran yang sangat disenangi walhal perangai dan kegilaannya yang sebenar hanya mereka tertentu sahaja yang tahu.

Jika Rekan ditangkap oleh Yesa. Bukan sahaja Thamin yang akan menjadi mangsa. Malah rahsianya juga akan turut terbongkar dan kembarnya, Raisa akan tahu identiti dirinya yang sebenar. Tidak!. Dia tidak boleh biarkan ianya berlaku. Belum tiba masanya lagi untuk dia berjumpa dengan kembarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience