Completed
                        
1407
                    Tuan..Panggil Anis sebaik saja wajah Yesa masuk dari pintu utama kelihatan. Yesa berhenti dihadapannya. Anis berjeda seketika sebelum menyambung bicara. “Puan Wan Kamila dan anaknya Ewin sedang menanti untuk berjumpa dengan Tuan”. Anis memberitahu. Perutnya terasa sebu. Dia menanti reaksi dari Yesa.
Yesa menghela nafas berat. “Baik”. Jawabnya sepatah. “Bring us coffee”. Arahnya lagi sebelum bergerak kearah pintu kamar pejabatnya.
“Tuan!”. Sergah Wan Kamila sebaik saja wajah Yesa terjenggol disebalik pintu. Anaknya Ewin turut sama bangun berdiri dibelakang ibunya. “Perempuan gila itu memang tak boleh dibawak bincang!.Aku mahu dia mati!”. Wan Kamila menjerit kearah Yesa. Kejadian pagi tadi kembali bermain dilayar matanya. Celaka punya perempuan!. Getus hatinya.
“Berani dia hina keturunan aku di depan peguam keluarga kami!”. Sambungnya lagi. Masih terasa sakitnya hati dia saat Suria menutur kata menghina darah daging dan keturunannya. Tubuhnya terasa mengigil dek kerana menahan perasaan. Serasanya dia mahu saja membunuh Suria pada ketika itu juga. Tapi soal perjanjian harta dan wasiat menjadi penghalang. Jika tidak kerana mengenai wasiat dan perjanjian harta, dia akan pastikan tubuh anak saudaranya itu sudah tertimbus tanah pada ketika itu.
Yesa menarik nafas dalam. Dia meminta Wan kamila dan Ewin untuk duduk kembali sebelum dia mengambil tempat dihadapan mereka.Wajah Wan Kamila dan Ewin dipandangnya silih berganti sebelum dia membuka mulut.
“Puan..”. Namun, belum sempat Yesa membuka mulut sekali lagi Wan Kamila sudah pun memotong.
“Aku sudah tidak kira akan harta. Aku nak dia mati. Harta yang aku janjikan sebelum ini, aku hanya akan ambil 40% sahaja. Yang lain aku akan bayar kepada agensi jika Suria mati!”. Hatinya tidak akan puas selagi Suria masih bernyawa. Memikirkan anak saudaranya itu tersenyum sinis membuatkan darahnya kembali mendidih.
Yesa memandang wajah Wan Kamila yang sedang dimakan oleh perasaan marah, benci dan dendam. Dua bulan lepas Wan Kamila dan anaknya membuat perjanjian dengan agensi melaluinya. Wanita itu menjanjikan pulangan 40% harta mereka kepada agensi jika mereka berjaya menghapuskan Suria. Kini hanya kerana perasaan marah, wanita itu sanggup menyerahkan segala harta kepada agensi asalkan perasaan dendamnya itu terbalas.
Yesa menarik nafas dalam.
“Atau sebenarnya kamu takut hendak membunuh?. Atau kamu tidak mampu buat?”. Soal Wan Kamila dengan senyuman sinis. Sengaja membangkitkan kemarahan Yesa. Dia sudah tidak sabar lagi melihat Yesa yang hanya mendiamkan diri dan berlagak tenang sedangkan dia sudah tidak mampu menunggu untuk anak saudaranya itu dibunuh. Hari-hari yang dia lalui seperti neraka. Dia mahu anak saudaranya itu mati!.
Yesa mengetap giginya kuat. Berdesing telinganya saat setiap tutur kata Wan Kamila itu menyapa halwa telinganya. Wajah Wan Kamila dan anaknya Ewin yang sedang tersengih dihadapannya dipandang. Jika tidak kerana mereka berdua merupakan klien agensi mahu saja dia menarik kepala dua manusia dihadapannya pada ketika itu. Kemudian, menghempaskannya diatas meja kaca dihadapannya itu berkali-kali sehingga dia puas. Berani-berani mereka berdua mencabar kredebilitinya. Apa mereka tidak sedar dengan agensi bagaimanakah mereka sedang berhubung pada ketika ini?.
“Baik”. Akhirnya Yesa memberi kata putus. Bibirnya merekah senyuman manis menutupi kemarahannya yang sedang membuak-buak dengan perangai Wan Kamila dan juga Ewin. Pandangannya kemudian ditundukkan sedikit. Tidak mampu terus-terusan melihat senyuman sinis yang menghiasi bibir dua orang manusia dihadapannya pada ketika itu. Jiwanya meronta untuk melepaskan rasa sakit hatinya. Tangannya digengam kuat.
“Kan senang kalau dari awal kau setuju dengan kami”. Ewin mencelah. Tergelak halus. Senyuman sinis masih lagi menghiasi bibirnya.
Yesa hanya tersenyum. Dia mengangkat kembali wajahnya membalas pandangan Ewin.
“Ingat. Dia perlu mati selepas cukup umur 25 tahun. Jika tidak kau dan aku tak akan dapat apa-apa”. Wan Kamila mengingatkan lagi. Hatinya kembali sejuk bila Yesa setuju dengan cadangannya.
Yesa mengangguk tanda mengerti. Seperti yang tertera didalam kontrak antara agensi dan Wan Kamila. Suria harus dibunuh selepas dia cukup umur 25 tahun dan mayatnya harus diberikan semula kepada Wan Kamila sebagai bukti agar segala harta akan diberikan kepada Wan Kamila. Jika mereka gagal membunuh Suria atau Suria hilang tidak ditemukan, maka segala harta akan diberikan kepada rumah kebajikan. Sudah tentu jika ianya terjadi begitu, bukan saja agensi akan hilang imbuhan, malah Wan Kamila juga akan naik gila.
Yesa mengangguk mengiakan. Wan Kamila tersenyum puas.
Ewin bangun berdiri diikuti oleh Wan Kamila.
“Aku tunggu berita baik dari kau”. Tutur Wan Kamila dalam nada mengugut.
Yesa berdehem. Dia bangun berdiri menghadap Wan Kamila dan Ewin. Dia menganggukan kepalanya perlahan. “Baik”. Jawab Yesa sepatah.
Yesa menghantar pemergian Wan Kamila dan Ewin dengan seribu satu perasaan. Sebaik saja pintu kamar pejabatnya dikatup rapat, Yesa mengengam penumbuknya kuat. Dia kemudian bergerak kearah meja kerjanya.
Gelas berisi air kosong digapainya dari atas meja kerja. Perasaanya berkecamuk. Kata-kata Wan Kamila yang seolah-olah mencabarnya masih terngiang-ngiang ditelinganya. Yesa mencampakkan gelas yang dipegangnya tadi ke dinding. Bunyi deraian kaca mengisi segenap ruang pejabatnya. Namun, hatinya masih belum puas. Masih panas dengan sikap Wan Kamila terhadapnya sebentar tadi. Maruahnya tercalar.
“Anis!”. Jerit Yesa kuat.
“Anis!”. Jeritnya sekali lagi bila panggilan pertamanya tidak berjawab.
“Tuan!”. Jawab Anis disebalik pintu yang dibuka separa. Dia tidak berani mendekati Yesa. Langkahnya hanya terhenti dipintu bilik kerja Yesa.
“Panggil Rekan kesini. Sekarang!”. Jerit Yesa kuat memberi arahan.
“Baik Tuan. Baik”. Seraya itu Anis bergegas meninggalkan kamar kerja Yesa.
Share this novel