Completed
                        
1407
                    “Tuan!”. Tegur Damas bila mana dia melihat Razak sedang berjalan laju kearahnya.
“Mana Jane?!”. Soal Razak. Langkah kakinya terus diatur kearah bilik kerja Sarah Jane sebaik saja Damas memberi isyarat kearahnya. Pintu bilik dikuak sebelum langkah kaki Razak terhenti didepan pintu bilik kerja Sarah Jane. Susuk tubuh Sarah Jane yang sedang membongkok menekup muka.
Razak menarik nafas dalam sebelum melangkah perlahan mendekati Sarah Jane. Dia kemudian duduk mencangkung dihadapan Sarah Jane yang sedang mengigil menahan tangis.
“Jane...”. Panggil Razak lembut. Sarah Jane mengangkat wajahnya. Dia mengesat air matanya. Rambutnya disisir kebelakang. Dia menoleh ke kiri. Tingkap kaca yang memperlihatkan wajahnya yang memerah dengan kesan air mata di mukanya. Rambutnya yang kusut. Sama seperti kusutnya fikirannya pada ketika itu. “I fail to protect everyone”. Tutur Sarah Jane perlahan.
“Apa yang jadi dengan Arta...”. Belum sempat Razak menghabiskan ayatnya Sarah Jane sudah memotong terlebih dahulu.
“He was wrong. For breaking the rule!”. Sarah Jane bersuara agak tinggi. Dia bangun berdiri berjalan beberapa tapak menjauhi Razak. Tubuhnya masih terasa mengigil. Menahan perasaan takut, ngeri dan kekecewaan.
Razak turut bangun berdiri. Dia memandang wajah Sarah Jane. Cuba memahami punca sebenar kemarahan Sarah Jane pada ketika itu. Adakah benar-benar hanya kerana Arta melawan kata mereka?. Hanya kerana Arta membunuh suspek utama klien mereka iaitu Hitam?.
“This is not the first time Arta macam ini bukan?”. Soal Razak perlahan. “I am pretty sure yang our client will be okay with the result”. Pujuk Razak lagi. Dalam diam dia cuba memancing Sarah Jane untuk menceritakan hal yang sebenar. Dia perlu tahu perkara sebenar disebalik segala kekalutan ini agar dia dapat membantu.
Sarah Jane mendengus kuat. Dia mengesat sisa air matanya dari pipinya.
“..and so we lost the chance. To fix things”. Bidas Sarah Jane. Dia melepaskan kemarahannya pada Razak Ibrahim. Rancangannya telah gagal dan musnah!.
“Mengenai apa ini Jane?”. Soal Razak serius. Dia berjalan merapati Sarah Jane. Nampaknya ianya lebih serius dari apa yang dia fikirkan. Ianya bukan mengenai Arta. Ada sesuatu sedang terjadi.
“Ini adalah satu-satunya peluang untuk mereka Razak. Nyawa mereka berdua bergantung pada projek sulit ini Razak”. Sarah Jane menyambung kata-katanya. Dia menikam anak mata Razak dalam. Wajah Razak yang masih keliru dengan penjelasannya.
“Rekan dan Suria?”. Soal Razak. Dahinya berkerut seribu.
Sarah Jane mengangguk perlahan. Dia tertunduk. Perancangannya untuk membetulkan segalanya kini musnah. Kepercayaannya yang diletakkan di atas bahu Arta dan juga Raisa.
“Imbuhan untuk projek sulit “Sarah Jane” was too big dan atas sebab itu kita hantar Arta dan Raisa in the first place”. Sarah Jane menghela nafas berat.
“I was thinking untuk gunakan semua imbuhan dari projek ini untuk dibayar kepada Wan Kamila dan juga Ewin sebagai pulangan kepada kebebasan Suria”. Jelas Sarah Jane.
“Jane..”. Panggil Razak Ibrahim separa berbisik. Dia tidak percaya dengan apa yang barusan dia dengar. “Don’t you think Yesa tetap akan jadi penghalang walau Arta berjaya dengan kes ini?”. Soal Razak semula.
Jika sekalipun Sarah Jane mampu mengunakan imbuhan dari kes ini untuk membayar Wan Kamila. Masih ada Yesa yang akan menjadi penghalang. Yesa akan mempertikaikan tindakan Sarah Jane mencampuri urusan kerjanya. Yesa tidak akan semudah itu untuk melepaskan. Tambahan pula Rekan adalah agen kesayangan Yesa.
“Duit agensi..”. Baru saja Sarah Jane hendak menyebutkan perihal wang agensi Razak Ibrahim pantas memintas.
“Don’t start with that!”. Tegas Razak Ibrahim.
“Jane!. Dengar sini. Ini bukan mengenai duit lagi. Even if you are using duit agensi or your own money sekali pun untuk bayar Wan Kamila. They won’t let it be. Yesa dan Thamin akan gunakan peluang ini untuk jatuhkan pengaruh you. Semua jari akan menunding kearah you Jane”. Tegas Razak.
Sarah Jane menunduk. Benar apa yang dikatakan oleh Razak. Kenyataan yang dia tidak dapat sangkal walau sedikit pun.
“Kadang-kadang, we cannot save everyone Jane”. Tutur Razak setelah lama mendiamkan diri. Pandanganya dilemparkan kearah luar tingkap. Bunyi esakan halus dari bibir Sarah Jane membuatkan hatinya terasa maha sakit. Dia memegang bahu Sarah Jane sebelum mendekatkan tubuh Sarah Jane kedalam dakapannya.
“Things won’t go as easy as we think…”
“But I am here for you Jane…”
Share this novel