Completed
                        
1407
                    Kedua tangannya laju memasukkan baju dan segala barang penting kedalam satu bagasi kecil miliknya. Bila-bila masa sahaja ibu saudaranya dan sepupunya akan pulang kembali ke rumah. Dia harus cepat.
“Suria”. Panggil Rekan di depan pintu bilik. Memberi isyarat untuk mereka bergerak cepat.
Suria mengangkat wajahnya memandang wajah Rekan sekilas. Tangannya menzip bagasi miliknya sebelum dia menarik mendekati Rekan.
“Mari”. Ajak Rekan lagi. Bagasi yang dipegang oleh Suria sebentar tadi bertukar tangan. Rekan mengambil dari tangan Suria. Langkah kaki mereka diatur laju menuju ke laman utama rumah.
Jantung Suria berdegup kencang. Takut jika dia tidak sempat melarikan diri bersama Rekan. Takut jika ibu saudaranya dan Ewin pulang sebelum dia sempat melangkah keluar dari rumah bagaikan neraka itu.
Suria memandang wajah Rekan yang sedang memulakan pemanduan. Nafasnya ditarik dalam. Dia sendiri tidak pasti apa yang dia sedang lakukan pada ketika itu adalah perkara yang terbaik atau tidak. Tapi Rekan tidak mahu dia terus berada di rumah itu, risau jika ada satu ketika ibu saudaranya naik gila dan mencederakannya. Rekan memujuknya untuk keluar dari situ dan tinggal di tempat lain buat sementara waktu sehingga urusan pembahagian harta selesai.
Rekan memandang kearah kirinya sekilas. Tersenyum nipis kearah Suria yang sedari tadi memandang wajah Rekan tanpa lepas. “Jika dia dan Rekan tidak punya perasaan antara satu sama lain seperti sekarang. Adakah Rekan akan membantunya begitu?”. Bisik hatinya.
Dia tidak pasti agensi bagaimana ibu saudaranya sedang berurusan hinggakan Rekan dihantar untuk memerhatikannya sejak dua bulan lepas. Tapi dia tahu benar yang ibu saudaranya itu menunggu masa untuk membunuhnya demi mengambil kesemua harta. Tapi dia tidak mahu mengalah. Dia tidak mahu memberikan walau sesen pun harta kepada ibu saudaranya itu. Dendam kesumatnya dengan ibu saudaranya itu sudah bernanah sejak dahulu lagi.
Pada ketika ayahnya meninggal dan ibunya lumpuh. Ibu saudaranya itu datang seolah hendak membantu. Walhal hari-harinya dirumah itu bagaikan neraka. Dia tidak akan pernah lupa kejadian ibu saudaranya mengikat tubuhnya di meja solek tidak jauh dari katil ibunya yang sedang terbaring lemah. Suara ibunya yang mengerang kesakitan tapi tidak diendahkan oleh ibu saudaranya. Luluh dan hancur hatinya. Dia menjerit, menangis dan meraung memanggil ibu saudaranya untuk membantu ibunya. Tapi apa yang dia dengar hanyalah gelakan dan tawa dari arah luar bilik. Tidak akan pernah dia lupakan setiap satu kejadian yang dia lalui dirumah itu. Tidak akan pernah!. Kini dia punya kuasa kembali. Untuk menterbalikkan keadaan. Dia akan membuat ibu saudaranya itu merempat di jalanan bersama anak kebangaannya.
“Suria”. Panggil Rekan. Riak wajahnya kelihatan risau melihat Suria yang termenung jauh.
“Okay?”. Soal Rekan lagi.
Suria mengangguk mengiakan. Bibirnya mengukir senyuman.
Rekan memangkirkan kereta dihadapan sebuah rumah yang diperbuat daripada papan dibahagian depannya dan separa batu dibahagian belakangnya. Lamannya agak luas dan dihiasi dengan beberapa rimbunan pokok. Suria keluar dari kereta sebelum bergerak kearah Rekan yang sedang membuka kunci mangga pintu utama rumah. Sebaik saja pintu rumah terbuka mereka berdua masuk kedalam.
Rekan memeriksa segenap ruangan rumah sebelum kembali mendekati Suria.
“Tinggal disini buat sementara”. Tuturnya. Dia tidak mahu Suria terus tinggal bersama ibu saudaranya. Kejadian Ewin yang berkasar dengan Suria membuatkannya tidak senang duduk. Wan Kamila juga sepertinya kelihatan tidak sabar mahu menghabiskan anak saudaranya itu. Dia tidak boleh membiarkan Wan Kamila mahupun Ewin mencederakan Suria. Dia perlu lindungi Suria. 
Suria mengangguk mengerti.
“Call kalau ada apa-apa”. Pesan Rekan. Dia menikam anak mata milik Suria.
Suria mengangguk perlahan. Bibirnya merekah senyuman manis.
“Call Suria”. Tegas Rekan lagi. Dia sudah masak benar dengan perangai Suria. Suria perlu tahu yang dia ada untuk membantu dan melindungi. “Jangan buat apa-apa yang berbahaya”. Tambah Rekan.
Suria tertawa halus. Dia menganggukan kepalanya memberi kepastian.
Rekan menarik nafas dalam. Dia mengangguk perlahan setelah benar-benar yakin Suria tidak akan memungkiri janji.
“I need to go”. Tutur Rekan. Dia perlu pulang ke agensi. Sudah lama dia berada di luar. Yesa sudah tentu sedang menantinya untuk membawa pulang sebarang maklumat baru atau laporan.
“Pergi”. Suria menolak tangan Rekan untuk lelaki itu berlalu pergi.
“Jaga diri Suria”. Pesan Rekan lagi. Suria mengangguk mengerti.
Rekan mengatur langkah kakinya menuju kearah keretanya. Suria hanya memerhati. Susuk tubuh Rekan yang memboloskan diri kedalam kereta. Sebelum kereta itu bergerak meninggalkannya.
Suria menarik nafas dalam. Dia menutup pintu rumahnya sebelum menguncinya dari dalam.
Share this novel