BAB 18

Action Completed 1407

“Kau buat apa?”. Sergah Jian kuat. Suria memusingkan tubuhnya. Terkejut bukan kepalang disergah begitu dari arah belakang. Tangannya cepat-cepat menyimpan telefonnya didalam poket seluarnya.

Jian datang merapati. “Kau buat apa?”. Soalnya lagi. Raut wajahnya berubah.

Suria menelan air liurnya. “Mana budak-budak tu?”. Soal Suria mengalih perhatian. Ini adalah kali pertama dia bekerja dengan lelaki bernama Jian itu. Selama ini segala urusannya dilakukan bersama Paswi. Dia harus berhati-hati dengan lelaki dihadapannya itu. Jika tidak rahsianya mungkin akan terbongkar.

Jian berdehem sedikit. Anak matanya memberi isyarat kearah belakangnya. Dua buah van berwarna hitam dipangkir tidak jauh dari mereka.

Suria menganggukkan kepalanya. “Ini klien kita yang terakhir. Selepas ini, kita tunggu arahan lain dari Thamin”. Suria memberitahu. Kerjanya cukup selesai disitu. Segala bukti yang dikumpul akan diberikan kepada Sarah Jane esok sebagai pertukaran kepada keselamatan dan kebebasan. Sedikit sahaja lagi sebelum semuanya akan berakhir.

Jian menarik tangan Suria yang berjalan melepasinya. Menghentikan langkah kaki Suria.

“Kenapa kau buat semua ini?”. Soal Jian tiba-tiba. Wajah Suria yang keliru dengan soalannya dipandang. “Bukan kau datang dari Kampung Bidadari juga?. Kau tahu bukan neraka bagaimankah didalam sana?. Kenapa kau sanggup bantu Thamin untuk jual kanak-kanak ni?”. Soal Jian bertalu-talu. Sejujurnya dia tidak mahu ambil tahu dan terlibat dalam projek Thamin yang menjual anak-anak dari Kampung Bidadari. Memorinya didera bagaikan dineraka ketika membesar didalam sana membuatkan dia berasa mual dan perutnya terasa kecut. Dia tidak sanggup hendak melihat kanak-kanak itu yang terlepas dari kandang neraka Kampung Bidadari dan kemudian dijual kepada pihak yang sudah tentu akan memonopoli mereka. Ibarat terlepas dari kandang neraka dan kemudian masuk kedalam kandang neraka kehidupan lain.

Malam itu dia terpaksa membantu wanita yang dia kenali sebagai Elis May untuk menjayakan projek itu atas arahan Thamin. Disebabkan oleh Paswi telah dihantar oleh Sarah Jane untuk menjadi insider informer bagi Arta dan juga Raisa. Tapi Elis May?. Untuk wanita itu yang juga turut membesar di rumah Kampung Bidadari. Adakah dia tidak punya walau sekelumit perasaan kasihan atau simpati?.

Suria menghela nafas perlahan. Jian tidak tahu yang dia bukan Elis May. Dia tidak membesar dirumah Kampung Bidadari. Dia tidak tahu neraka bagaimanakah anak-anak disitu harungi setiap hari. Dia tidak tahu dan sebolehnya dia mahu menidakkan dan tidak mahu ambil tahu. Dia membutakan matanya demi kebahagiannya. Biarlah satu dunia menghentamnya sekalipun, dia tidak akan berganjak dengan keputusannya. Biarlah bukti yang dia kumpul selama ini menjadi gantian. Dia yakin bukti yang dia kumpul ini mampu mengubah nasib kanak-kanak Kampung Bidadari. Dia yakin Sarah Jane akan melakukan sesuatu.

“Kau pernah lakukan sesuatu demi seseorang?”. Soal Suria. Jian melepaskan lengan Suria. Soalan dari Suria membuatkan dia teringat akan kembarnya Raisa. Keningnya bertaut. Dia tidak mampu menjawab soalan Suria kerana dia sendiri tidak tahu sejauh mana dia mampu pergi demi kembarnya Raisa.

“Kau..”. Belum sempat Jian menutur kata laungan seorang lelaki dari dalam van mengejutkan mereka berdua. Dia menunjukkan kepergelangan tangannya, menandakan mereka sudah tidak banyak masa. Seraya itu Suria memberi isyarat kepada Jian untuk mengikutnya dari arah belakang meneruskan kerja mereka yang tertangguh.

Bunyi hujan beserta kilat kedengaran kuat dari dalam gudang. Raisa berjalan menuju kearah satu kontena berwarna hitam yang penuh dengan lumut. Dia berselindung disebalik kontena itu buat beberapa ketika menanti kelibat susuk tubuh yang dinantikannya.

“Paswi!”. Panggil Raisa sebaik saja dia melihat tubuh lelaki itu. Paswi berjalan kearahnya.

“Kau dan Arta perlu keluar dari sana segera. Aku dapat maklumat Hitam sudah tahu siapa kau dan Arta”. Paswi memberitahu.Wajahnya serius. Raisa menelan air liurnya.

“Madam Jane?”. Soal Raisa. Paswi mengelengkan kepalanya. Dia sudah menghantar maklumat kepada Damas untuk disampaikan kepada Sarah Jane tetapi sehingga kini dia masih belum mendapat sebarang maklum balas atau respon dari Sarah Jane. Nampaknya Sarah Jane tetap dengan keputusannya untuk membiarkan Arta dan Raisa meneruskan rancangan mereka seperti yang telah dirancangkan sejak dari awal.

Raisa menganggukan kepalanya cukup mengerti. Ini bukan kali pertama agensi membahayakan nyawa mereka demi melaksanakan segala kes demi imbuhan yang bakal diterima.

“Arta…”. Belum sempat Paswi meneruskan katanya Raisa sudah memotong laju. “Jangan beritahu dia apa-apa. Jangan beritahu dia mengenai Sarah Jane sudah tahu akan hal ni”. Pinta Raisa. Anak matanya menikam anak mata Paswi. Dia tidak mahu Arta mempunyai krisis dengan Sarah Jane.

Pandangan Paswi dilontarkan kearah luar gudang. Hujan semakin lebat. Pandanganya kemudian dialihkan kearah Raisa.

“Do well Raisa for tomorrow”. Tutur Paswi. Raisa mengangguk mengiakan. Seraya itu Paswi melangkah pergi meninggalkannya. Esok adalah hari penting buatnya dan juga Arta. Tarikh penangkapan suspek utama mereka iaitu Hitam yang sepatutnya dijadualkan seminggu lagi tapi dipercepatkan. Atas sebab apa dia juga tidak pasti. Tapi itu bukan fokus utamanya sekarang. Yang penting dia dan Arta perlu melaksanakan misi terakhir mereka esok dengan jayanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience