BAB 14

Action Completed 1407

“Sekarang Suria!”. Arah Rekan sebaik saja Suria membuka pintu rumah. Rekan berlari kearah bilik utama. Satu beg diambilnya dari dalam almari. Dia kemudian membuka kesemua laci dan mengambil baju dan barang-barang penting sebelum disumbat kedalam beg sandang.

“Rekan..”. Panggil Suria. Sungguh dia takut pada saat itu. Rekan sepertinya orang sasau. Dia berdiri didepan pintu bilik memerhati tingkah laku Rekan yang sedang kalut mengemas segala baju dan barang mereka berdua.

“Sekarang Suria. Kita perlu keluar dari sini”. Arah Rekan. Dia menarik tangan Suria mendekatinya.

“Kita perlu pergi sekarang”. Tambahnya lagi. Seraya itu dia kembali mengemas barangannya.

Suria mengengam kedua tangannya. Nampaknya Yesa sudah tahu tempat persembunyiannya dengan Rekan. Tapi Sarah Jane tidak memberikan sebarang maklumat kepadanya. Tidak menghubunginya untuk berpindah. Adakah Sarah Jane menipunya. Detus hatinya.

“Suria…”. Panggil Rekan. Dia menarik nafas dalam. Wajah Suria yang keliru dan jelas ketakutan dipandangnya lama. Dia berjalan beberapa tapak mendekati Suria.

“Kita perlu pergi sekarang..”. Pujuk Rekan. Suria tidak perlu tahu dari mana dia mendapat maklumat. Tidak mungkin dia memberitahu Suria mengenai perjanjiannya dengan Thamin sebagai pulangan keselamatan mereka berdua. Yang penting sekarang mereka harus keluar dari situ. Jian memberitahunya yang Sarah Jane sudah masuk campur dan akan bertemu dengan Wan Kamila esok hari. Yesa juga sudah dapat menghidu mengenai dirinya yang telah membelakangi agensi dan melarikan Suria. Jadi dia tidak punya banyak masa, dia perlu melarikan diri pada malam itu juga.

Suria mengangguk perlahan. Baru saja dia hendak bergerak mendekati almari pakaian. Bunyi getaran dari telefon yang disoroknya didalam poket seluarnya membuatkan pergerakan tangannya terhenti. Dia mengerling sekilas kearah Rekan yang sedang bertungkus lumus mengemas. Jantungnya berdegup kencang.

“Saya nak ke tandas sekejap..”. Suria bersuara. Rekan mengangkat wajahnya sebelum menganguk mengerti. Seraya itu langkah kakinya diatur selaju mungkin menjauhi Rekan. Dia masuk kedalam bilik air di dapur. Setelah yakin Rekan tidak akan mendengar barulah dia mengangkat panggilan.

“Suria..”. Panggil Damas.

“Keluar dari tempat itu sekarang”. Damas memberi arahan. Suria terdiam. Nampaknya memang benar mereka berdua dalam bahaya.

“Sarah Jane akan berjumpa dengan Wan Kamila esok pagi”. Sambung Damas lagi.

“Bagaimana dengan projek terakhir Thamin malam esok?”. Soal Suria. Bibirnya bergetar. Perasaan takut mula bermaharajalela. Nyawanya dihujung tanduk pada ketika itu. Dikejar oleh Yesa dan berpura-pura dihadapan Thamin.

“You should go as planned”. Damas memberi arahan.

Suria mengangguk mengerti. Panggilan diletakkan. Kakinya melangkah laju keluar mendekati Rekan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience