Completed
                        
1407
                    Anis hanya mematungkan diri didalam kereta. Agen agensi yang dikenali dengan nama Ali sedang memandu disebelahnya sejak tadi dipandang sekilas. Susuk tubuhnya yang sasa dan tegap. Pandangannya kemudian beralih kearah bahagian penumpang. Yesa yang sedang duduk termenung keluar tingkap. Anis menarik nafas dalam.
Matanya kemudian melihat pergelangan tangannya. Jam tepat menandakan pukul lapan malam. Sudah hampir sepuluh minit mereka menelusuri laluan yang agar terperok dengan rimbunan pokok-pokok besar. Akhirnya, satu rumah banglo dua tingkat kelihatan. Anis menelan air liurnya yang terasa seolah tersekat dikerongkongnya.
Sebaik saja kereta yang dinaikinya dipakir dilaman utama rumah itu. Bunyi pintu kereta dibuka dari arah depan dan belakang kedengaran. Yesa dan agen agensi yang dia kenali dengan nama Ali sudah pun berada di luar. Dia terkocoh-kocoh membuka pintu keretanya. Yesa sudah berjalan didepan sambil diikuti oleh Ali sebelum dia menjadi orang terakhir sekali mengikut dari arah belakang. 
Anis menekan punat loceng dua kali. Menanti kedatangan mereka disambut oleh tuan empunya rumah. Namun tidak berhasil. Yesa memberikan isyarat kepadanya untuk menekan lagi sekali. Anis menurut tanpa soal.
“Siapa?”. Laung satu suara lelaki dari arah dalam. Seraya itu pintu pagar dihadapan mereka terbuka luas. Wajah Ewin, anak lelaki Wan Kamila terpampang disebalik pintu pagar.
“Kau buat apa dekat sini?”. Soal Ewin. Riak wajahnya berkerut.
Bibir Yesa merekah senyuman. “Wan Kamila ada dirumah?”. Soal Yesa sekadar berbasa basi.
Ewin menganggukkan kepalanya.
“Ada sesuatu yang perlu dibincangkan”. Sambung Yesa lagi menjelaskan tujuan kehadirannya pada malam itu.
Ewin mendengus perlahan sebelum dia memberi laluan kepada mereka bertiga untuk masuk kedalam rumah. 
“Duduk”. Arah Ewin sebaik saja mereka tiba diruangan utama rumah. Ewin bergerak menapak anak tangga kebahagian atas untuk memanggil ibunya Wan Kamila.
Anis memandang wajah Yesa dan Ali bergilir-gilir. Yesa yang duduk bersandar ke sofa. Terlalu tenang lagaknya hinggakan bulu romanya merinding. Pandangan mereka bertiga terarah kearah tangga. Wan Kamila sedang menuruni tangga diikuti oleh anaknya Ewin. Mereka berdua berjalan mendekati kearah mereka bertiga.
Wan Kamila dan Ewin kemudian mengambil tempat duduk bersebelahan berhadapan dengan Yesa. “Ada apa kau nak jumpa aku?!”. Soal Wan Kamila sombong. Wajahnya masam mencuka. “Bukan kau taknak jumpa aku?”. Soalnya lagi menyindir perihal Yesa menidakkan pertemuan mereka pada pagi tadi.
Yesa hanya mendiamkan diri. “Aku bagi peluang terakhir pada kau Wan Kamila”. Tutur Yesa tenang. Wajah Wan Kamila berkerut. Tidak mengerti.
“Kau cakap apa ni?!”. Soal Ewin tidak puas hati. “Aku yang sepatutnya bagi peluang terakhir dekat kau!”. Ewin sudah mula meninggi suara.
Yesa menarik nafas dalam.
“Kau ingat Yesa. Aku boleh beritahu pada semua pihak mengenai kau. Mengenai agensi”. Ugut Wan Kamila pula. Matanya memerah. Dadanya berombak.
Anis hanya memerhati. Wan Kamila dan anaknya tidak tahu malapetaka yang bakal menimpa mereka berdua. Disebabkan oleh keangkuhan dan kesombongan mereka.
Yesa mengangkat tangannya. Memberi isyarat kepada Ali. Anis meneguk air liurnya bila mana tubuh sasa itu berjalan mendekati Ewin dari arah belakang bersama satu pasu bunga kecil yang diambilnya dari atas meja.
Prang!!!. Bunyi deraian kaca memenuhi segenap ruang. Seraya itu susuk tubuh Ewin terjelepok jatuh menyembah lantai. Darah merah pekat mengalir dari kepalanya membasahi karpet mewah.
“Ewin!!!!!”. Jerit Wan Kamila kuat. Tubuhnya mengigil. Matanya membulat memandang wajah Yesa.
Anis bangun berdiri. Walaupun dia sudah tahu kedatangan Yesa pada malam itu adalah untuk menghapuskan Wan Kamila dan juga Ewin. Tapi dia tidak sanggup melihat semuanya. Tidak sanggup melihat sama sekali!.
“Tuan..”. Panggil Anis sedikit terketar. Yesa masih duduk bersandar memandang Wan Kamila yang sudah pun meraung kuat sambil merangkul tubuh anaknya Ewin. Ali pula hanya berdiri tegak sambil memerhati. Menanti arahan seterusnya dari Yesa.
“Kertas..”. Pinta Yesa. Anis memberikan sekeping surat bertulisan tangan kepada Yesa. Surat yang ditulis sendiri oleh Yesa.
Anis memerhati Yesa yang sudah pun bangun mendekati Wan Kamila sebaik saja sekeping surat tadi bertukar tangan. Jantungnya berdegup laju. Tidak dapat menebak apa yang akan Yesa lakukan keatas Wan Kamila. Dadanya terasa sesak. Nafanya terasa pendek.
“Jangan!. Aku minta maaf. Maafkan aku. Maafkan aku”. Tutur Wan Kamila berkali-kali dengan air mata yang berjuraian.
Namun segala kata maafnya sudah tidak punya makna buat Yesa. Kata maaf dan juraian air mata itu tidak memberikan kesan lagi. Yesa duduk mencangkung dihadapan Wan Kamila yang masih merangkul tubuh anaknya yang sudah tidak sedarkan diri. Dia kemudian meletakkan satu keping kertas dihadapan Wan Kamila.
“Sign”. Arah Yesa. Seraya itu Yesa memberikan satu batang pen kepada Wan Kamila.
Wan Kamila teragak-agak hendak mengambil sebelum Yesa bertindak mencampakkan kertas dan pen yang dipegangnya sebentar tadi dihadapan wajah Wan Kamila.
Wan Kamila mengambil dengan tangan yang terketar-ketar. Dia membaca isi kandungan surat itu sebelum matanya membutang.
“Tak!. Aku tak bunuh anak aku. Bukan aku!”. Teriak Wan Kamila. Sekeping nota yang mempunyai isi kandungan bahawa dia telah membunuh anaknya sendiri. Tidak!. Dia tidak membunuh anaknya!. Tegas Wan Kamila lagi.
“Ali..”. Panggil Yesa keras. Seraya itu Ali mendekati Wan Kamila. Memaksa wanita itu menandatangi surat palsu yang ditulis oleh Yesa. Wan Kamila meronta sekuat hati tapi akhirnya dia terpaksa mengikut. Kekuatannya tidak mahu menandingi susuk tubuh dan kekuatan agen agensi. Tangisan Wan Kamila semakin kuat. Yesa hanya berdiri memerhati tanpa riak. Anis memandang susuk tubuh badan Wan Kamila yang mengigil kuat dengan seribu perasaan simpati. Surat yang ditandatangi oleh Wan Kamila dibiarkan diatas lantai yang dibasahi oleh darah merah pekat.
“Teruskan..”. Arah Yesa kepada Ali. Dia kemudian mengambil semua tempat duduknya sebentar tadi. Ali mengangguk mengerti dengan arahan Yesa. Dia kemudian bergerak kearah pintu rumah. Selang beberapa minit sebelum masuk kembali bersama satu tali. Ali mengambil satu kerusi dari ruangan meja makan dan kemudian mengikat tali tadi di atas kipas syiling mewah. Anis memerhati dalam diam. “Yesa mahu Wan Kamila mengantung diri”. Bisiknya perlahan.
“Maafkan aku. Maafkan aku!”. Wan Kamila merayu. Tapi tidak diendahkan oleh Yesa.
Ali merenggut tubuh badan Wan Kamila untuk bergerak mengikutnya. Wan Kamila meronta sekuat hati. Akhirnya gengaman Wan Kamila terlepas dari cengkaman Ali. Dia berlari kearah Anis.
“Tolong aku!”. Pinta Wan Kamila. Dia memegang kaki milik Anis kuat.
Anis hanya mematungkan dirinya. Takut, ngeri segala macam perasaan bercampur baur. Baru saja dia hendak menghulurkan tangannya Yesa menghentikannya.
“Jangan masuk campur Anis!”. Tegas Yesa. Matanya menikam tajam anak mata Anis. Huluran tanganya ditarik semula. Dia tidak akan mampu untuk membantu Wan Kamila. Sekuat mana pun dia melawan. Dia tetap seorang wanita tidak dapat dibandingkan dengan kekuatan Yesa mahupun Ali yang sudah dilatih. Mereka didalam liga yang berbeza. Dia hanyalah seorang pembantu peribadi dan dia tidak punya kuasa untuk membantu Wan Kamila pada malam itu.
Ali mendekati Wan Kamila yang sedang memeluk kaki milik Anis. Dia kemudian menarik tubuh wanita itu kuat untuk mengikutnya. Susuk tubuh Wan Kamila yang diseret oleh Ali dipandang oleh Anis tanpa lepas. Bibirnya bergetar.
“Maafkan aku. Maafkan aku”. Tutur Wan Kamila tanpa henti. Tapi Yesa sudah tetap dengan keputusannya. Ali menarik lengan Wan Kamila untuk menurut arahannya naik berdiri diatas kerusi. Wan Kamila akur menurut dengan bibirnya memohon maaf tanpa henti. Dia kemudian meletakkan tali yang sudah diikat oleh Ali kelehernya. Air matanya merembes laju. Kakinya terketar-ketar membuatkan dia tidak boleh berdiri dengan betul tapi dibantu oleh Ali dari belakang.
“Maafkan aku Yesa. Aku janji aku akan buat apa saja untuk kau” Pintu Wan Kamila dalam tangisan. “Aku janji”. “Maafkan aku!”. Rayunya lagi tanpa henti walaupun tali itu sudah pun terletak dilehernya.
Yesa akhirnya bangun berdiri. Berjalan mendekati Wan Kamila. Kepalanya didongakkan sedikit melihat Wan Kamila yang sedang berdiri diatas bangku.
“Kau tahu apa yang Suria dah lakukan?”. Soal Yesa kepada Wan Kamila.
Wan Kamila mengelengkan kepalanya laju.
“Dia dah ambil hak aku”. Tutur Yesa.
“Aku... Aku tak tahu mengenai Suria... aku..”. Belum sempat dia menghabiskan kata Yesa memberi isyarat kepada Ali untuk menolak kerusi yang Wan kamila sedang berdiri diatasnya.
Anis mengalihkan pandangannya. Bunyi suara Wan Kamila yang mengerang sebaik saja tali itu menjerut lehernya membuatkan dia juga turut hilang kemampuan untuk bernafas. Dia membongkokkan badannya. Memegang lehernya yang terasa sepertinya turut sama dijerut. Nafasnya tercungap-cungap.
“Anis!”. Panggil Yesa kuat. Anis membuka kelopak matanya. Yesa sedang berdiri tercegat dihadapan pintu rumah Wan Kamila.
Dia memusingkan tubuhnya kebelakang. Sekujur tubuh Wan Kamila yang sudah terkujur kaku tergantung dari atas kipas syiling. Ali yang sedang memeriksa tubuh badan Ewin untuk memastikan lelaki itu benar-benar sudah mati.
Pandangannya kemudian jatuh kewajah Yesa yang sedang memandangnya tanpa lepas. Dia menarik nafas dalam sebelum bangun berdiri. Kakinya terasa lemah tapi digagahkan langkah kakinya mendekati Yesa. Kelopak matanya yang bergenang air mata dikesatnya.
Anis berdiri dihadapan Yesa yang sedang memandangnya dengan dahi yang berkerut-kerut. Dia membalas pandangan Yesa.
“Maaf Tuan”. Tutur Anis. Dia menundukkan kepalanya.
Yesa tidak menjawab. Langkah kakinya kemudian di atur keluar dari rumah Wan Kamila.
Share this novel