BAB 38

Action Completed 1407

Raisa mengetuk pintu bilik kerja Yesa beberapa kali sebelum masuk kedalam setelah dia mendengar suara Yesa memberikan kebenaran kepadanya untuk masuk kedalam.

“Raisa..”. Sambut Yesa dengan senyuman. Dia mengajak Raisa untuk duduk disofa di ruang tengah kamar pejabatnya. Raisa menurut tanpa banyak soal. Yesa kemudian duduk dihadapannya.

“Bagaimana dengan meeting the founder?”. Soal Raisa. Kematian Sarah Jane cukup mengejutkannya. Perasaan takut mula menjalar. Dia masih tidak boleh memikirkan siapakah yang sanggup membunuh Sarah Jane dan atas sebab apa mereka perlu pergi sejauh itu untuk menghapuskannya. Tapi dia yakin sekali dalang kepada kejadian itu adalah mereka yang bekerja di agensi. Dia dapat merasakan ianya adalah angkara Thamin. Jika tidak kenapa Sarah Jane meminta red code pada lewat petang itu.

Soalan raisa hanya dijawab dengan keluhan halus dari Yesa. “Saya akan siasat lebih teliti mengenai kematian Madam Jane”. Raisa menutur kata.

Yesa mengelengkan kepalanya. “Tidak Raisa. Buat masa sekarang, I need your help untuk selesaikan kes Suria”.

Raisa terdiam. Teringat pertemuannya dengan Yesa beberapa minggu lepas memintanya untuk mencari Rekan. Bukan dia tidak mencuba, tapi usahanya gagal. Dia tidak menemui sebarang petunjuk. Rekan bukanlah lawan yang mudah buatnya.

“Kita perlu menjumpai Suria sebelum Thamin”. Jelas Yesa.

“Thamin sudah bunuh Wan Kamila dan juga Ewin”. Sambung Yesa lagi.

“Suria merupakan mata-mata Sarah Jane untuk mengintip kerja kotor Thamin”.

Raisa bungkam. Jadi Sarah Jane gunakan Suria untuk intip sindikit Thamin.

“Bawa Suria ke agensi Raisa”. Arah Yesa.

Raisa terdiam menekur lantai. Tidak semudah itu untuk dia membawa Suria ke agensi. Tidak jika Rekan sentiasa ada disamping Suria. Dia perlu pujuk Rekan, jika Yesa mahu selamatkan Suria. Adakah Rekan akan bersetuju untuk melepaskan Suria buat sementara.

“Kalau Suria datang ke agensi. What you will do next?”. Soal Raisa. Wajah Yesa dipandangnya.

“I will bring her to the next meeting with the founder”. Jawab Yesa tenang.

Itu saja?. Raisa menyoal dalam diam. Yesa akan mengunakan Suria untuk menjatuhkan Thamin. Itu saja?

“Kemudian?”. Soal Raisa lagi. Bibirnya sedikit bergetar bila dia dapat menangkap perubahan riak wajah Yesa. Bila Yesa bangun berdiri berjalan membelakanginya.

“Projek Suria perlu diselesaikan seperti yang tertera di dalam kontrak. That’s our purpose and principle”. Jawab Yesa tegas.
Raisa tertunduk. Sudah dapat mengagak.

“Arta sudah digantung oleh agensi dari kerja lapangan. Semalam mesyuarat terakhir dari the founder mengenai Arta. This time he really does not have any power atau sebarang kuasa lagi dengan agensi”. Tutur Yesa. Dia memusingkan kembali tubuhnya menghadap Raisa yang mata bundarnya membulat terkejut.

“The deal is done. He is no longer Elit agent”. Sambung Yesa lagi.

Tangan Raisa sedikit mengigil. Arta dibuang oleh agensi?. Arta merupakan kesayangan agensi. Tapi dibuang begitu saja?. Bagaimana pula dengan dirinya kelak.

“Apa yang jadi keatas Arta tidak akan pernah berlaku keatas kamu Raisa. That my promise”. Yesa menutur kata seolah mengerti apa yang difikirkan oleh Raisa pada ketika itu.

“Bawa Suria ke agensi Raisa”. Tegas Yesa lagi.

Raisa mengangkat wajahnya membalas pandangan Yesa. Dia menarik nafas dalam. Dia percayakan Yesa. Dia percaya akan percaturan Yesa. Dia akan bawa Suria kembali ke agensi seperti yang diminta olehnya.

“Baik!”. Jawab Raisa senafas.

Thamin duduk berdiri menghadap tingkap rumahnya. Pandanganya dilempar keluar. Suasana malam yang gelap hanya disimbahi oleh cahaya lampu. Sedikit saja lagi sebelum dia boleh menguasi agensi sepenuhnya. Sebelum agensi dan Kampung Bidadari jatuh sepenuhnya kedalam tangannya. Sarah Jane sudah dihapuskan. Arta akhirnya sudah digantung dan dilucutkan jawatan dari Elit agen. Razak Ibrahim sudah melarikan diri. Menarik diri dari agensi. Memberikan segala kuasanya kepada the founder dan VVIP. Kini yang tinggal adalah Suria, Rekan dan juga Yesa. Suria dan Rekan yang tahu terlalu banyak perkara mengenainya.

Dia tidak boleh membunuh Rekan semudah itu. Kelak ahli agensi akan mempersoalkan mengenai Rekan. Ianya satu percaturan yang bahaya. Tapi dia boleh menghapuskan Suria. Kerana Suria memang seharusnya mati seperti yang tertera diatas kontrak.

Jadi langkah dia yang dia harus ambil ialah dengan menghapuskan Suria. Membuat Rekan naik gila dan pulang ke agensi. Dia akan bantu Rekan, memberikan bukti bahawa Yesa yang membunuh Wan Kamila dan juga Ewin. Dia akan membuatkan Rekan percaya yang membunuh Suria pada malam itu adalah Yesa. Tapi jika Rekan tidak termakan dengan umpannya. Maka jalan terakhir ialah dia perlu menghapuskan Rekan jua. Sebelum Rekan membuka mulut mengenai kerja kotornya.

Ianya perlu dilakukan secepat mungkin sebelum Yesa menemui mereka berdua terlebih dahulu.

“Tuan!”. Panggil Paswi kuat. Thamin memusingkan tubuhnya.

“Ada apa?”. Soalnya. Wajah Paswi yang kepenatan.

“Tempat persembunyian Suria dan Rekan sudah dijumpai”. Jawab Paswi.
Seraya itu bibir Thamin merekah senyuman.

Raisa membuka pintu grill rumahnya perlahan-lahan. Tidak mahu mengejutkan rakan-rakannya. Jam ditangannya dipandang sekilas. Sudah menandakan pukul 11 malam. Usai masuk kedalam perkarangan rumah. Langkah kakinya diatur menuju ke pintu rumah.
Bunyi deruman motor berhenti dihadapan pintu pagar rumah sewanya mengejutkannya. Lelaki berhelmet itu sedang memandang kearahnya. Raisa menanti penuh debar. Seraya itu, lelaki tadi turun dari motosikalnya sebelum mengorak langkah mendekati pintu pagar rumahnya.

Raisa mengunci kembali mangga pintu rumahnya. Tangannya laju mengeluarkan sepucuk pistol yang disimpan rapi didalam jaket yang dipakainya. Dia mengatur langkah mendekati lelaki itu mengacukan pistol tersebut ke susuk tubuh itu. Tetapi lelaki itu tetap bersahaja. Dia berdiri dihadapan pintu pagar. Raisa menghentikan langkah kakinya beberapa tapak dari lelaki itu.

“Siapa kau?”. Soal Raisa.

Soalannya tidak berjawab. Lelaki itu kemudiannya meletakkan satu fail berwarna coklat di celah pagar rumahnya sebelum menaiki motornya dan berlalu pergi.

Raisa mengatur langkah laju mendapatkan fail tersebut. Pistol yang dipegangnya disimpan kembali kedalam jaket bajunya. Nafasnya turun naik.

Dia membuka fail tersebut. Darahnya berderau. “Siapa dalang disebalik semua ini?!”. Tuturnya dengan dengusan kuat.

Raisa mendail nombor telefon Rekan. Berkali-kali dia mencuba tanpa jemu hinggalah akhirnya panggilanya berangkat.
“Rekan!”. Panggil Raisa.

“Apa yang kau nak?”. Soal Rekan dingin.

“Berikan Suria kepada aku Rekan. Yesa mahu membantu kau dan juga Suria”. Pinta Raisa. Fail coklat yang baru diterimanya sebentar tadi berisi maklumat alamat rumah yang diduduki oleh Rekan dan Suria pada ketika itu. Dia tidak pasti siapa lagi yang peroleh maklumat itu tapi hatiya tidak sedap.

“Jangan mengarut Raisa!”. Rekan meninggi suara.

“Percayakan aku Rekan. Aku akan lindungi Suria”. Pujuk Raisa lagi. Seraya itu panggilan dimatikan. Raisa menjerit kuat. Dia perlu dapatkan Rekan secepat mungkin. Kunci kereta dikeluarkan dari poketnya sebelum memboloskan diri kedalam. Pedal minyak ditekan laju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience