Completed
                        
1407
                    Yesa berdiri dari luar melihat Rekan melalui cermin kaca. Kedua tangannya dimasukkan kedalam kocek seluarnya. “Bukan aku sudah kata ianya sia-sia”. Bisik Yesa perlahan. “Apa yang kalian tahu mengenai cinta dan kasih sayang?”. Sambungnya lagi.
Kisah mengenai Rekan sudah sampai ke telinga agensi. Tapi dia berjaya menenangkan the founder dan VVIP. Ianya kerja mudah memanipulasi the founder dan VVIP bila mana Thamin tidak masuk campur. Dia tahu yang Thamin tidak berani masuk campur kerana risaukan Rekan akan membuka mulut mengenai kerja kotornya.
Dia tidak akan melepaskan Rekan begitu saja. Dia akan sedaya upaya untuk memulihkan kembali Rekan. Membuatkan lelaki itu boleh kembali bekerja untuknya. Dia tidak mahu segala usaha mereka melatih Rekan untuk menjadi agen Elit agensi berakhir dengan sia-sia hanya kerana cinta. Tidak!. Dia tidak boleh membiarkan perkara itu berlaku. Maruahnya tercalar.
Bunyi derapan kaki mendekatinya dari arah tepi. Yesa memusingkan kepalanya. Memandang kearah susuk tubuh yang sedang berjalan kearahnya penuh angkuh.
Yesa tersenyum sinis.
“Macam mana dengan Rekan?”. Soal Thamin bersahaja. Dia berdiri bersebelahan Yesa. Turut melihat Rekan yang dikurung didalam bilik pengasingan melalui cermin kaca.
Yesa tidak menjawab.
Thamin mendengus kuat bila soalannya tidak berjawab. Senyuman yang menghiasi bibir Yesa membuatkan dia berasa mual dan jelak.
“Tuan..”. Panggil satu suara garau. Yesa dan Thamin memusingkan tubuh mereka kearah suara yang menegur mereka dari belakang.
Dr. Low tersenyum nipis. Dia berjalan merapati Yesa dan Thamin.
“Macam mana dengan Rekan Dr.?”. Soal Thamin tidak sabar.
Keluhan halus terbit dari bibirnya. Dia mengelengkan kepalanya perlahan.
“Masih sama. Sudah seminggu tidak bercakap dan hanya termenung”. Dr. Low menutur kata. Riak wajah kecewa jelas kelihatan.
Thamin menganggukkan kepalanya.
“Masih ada peluang untuk kita selamatkan dia?”. Kini Yesa pula menyoal.
Dr. Low menarik nafas dalam. Pandangannya jatuh ke susuk tubuh Rekan yang sedang termenung jauh dibirai katilnya.
“Kita cuba..”.
Yesa mengangguk mengerti.
Thamin hanya mendiamkan diri. Nampaknya Rekan sepertinya sudah hilang kewarasan akalnya. Bukan mudah hendak memulihkan Rekan. Selagi Rekan dalam keadaan begitu tiada apa yang dia perlu risaukan. Dia kemudian mengorak langkah meninggalkan Yesa. Tidak mahu berlama disitu bersama Yesa. Jelak dan mual.
“Thamin tahu mengenai Rekan lupa akan segala-galanya?”. Soal Yesa kepada Dr. Low sebaik saja Thamin meninggalkan mereka berdua.
Soalannya itu kemudian dijawab dengan anggukan dari Dr. Low. Yesa mengeluh perlahan. Satu-satunya bukti paling kuat untuk menjatuhkan Thamin sudah tidak punya liabiliti lagi. Jadi cara lain untuk jatuhkan Thamin pada ketika ini adalah dengan membuktikan kaitan Thamin dengan kematian Sarah Jane. Mencari fail 6District yang disimpan oleh Sarah Jane dan dia perlukan lakukannya segera.
“Tuan..”. Panggil Anis mengejutkan Yesa dan Dr. Low. Yesa memberi isyarat kepada Dr. Low untuk memberikan ruang buatnya dan Anis.
“Ada apa?”. Soal Yesa sebaik saja Dr. Low meninggalkan mereka berdua.
“Mengenai Ejian Banan”. Tutur Anis separa berbisik.
-
Kening Yesa terangkat. “Kenapa dengan Banan?”. Soal Yesa.
Seraya itu Anis mendekatkan tubuhnya ke sisi Yesa. Membisikan sesuatu ke telinga lelaki itu. Yesa mengangguk mengerti.
“Panggil Haswina Hassan”. Arah Yesa sebelum langkah kakinya diatur laju. Anis mengangguk mengerti sebelum mengikut dari arah belakang.
“Cik Haswina”. Tegur Anis sebaik saja susuk tubuh yang dikenalinya itu masuk dari pintu utama pejabat.
Haswina mendekati Anis. “Tuan Yesa?”. Soalnya.
“Ada. Mari”. Haswina membuntuti Anis dari arah belakang.
Sebaik saja pintu bilik kerja Yesa dikuak dari luar. Anis memberi isyarat kepada Haswina untuk masuk kedalam. Haswina melangkah berat kedalam ruangan kerja milik Yesa. Sudah lama dia tidak ketemu dengan Yesa semenjak kejadian Suria dan juga Rekan. Malah sejak kematian mengejut Sarah Jane lagi Yesa sudah tidak lagi menghubunginya.
“Duduk”. Arah Yesa sebaik saja wajah Haswina terjengol disebalik pintu.
Haswina mengambil tempat tanpa banyak soal. Entah mengapa hatinya berasa tidak sedap. Pandanganya jatuh ke wajah Yesa yang mengambil tempat bertentangan dengannya.
“Aku perlu kau lakukan sesuatu”. Yesa menutur kata. Haswina memasang telinganya.
“Tapi Tuan!”. Haswina sedikit meninggi suara sebaik saja mendengar arahan dari Yesa.
Wajah Yesa sedikit memerah. Tajam anak matanya menikam anak mata Haswina.
Haswina menunduk sedikit. Teringat kembali memori dia ditampar oleh Yesa. “Perhatikan mereka Haswina. Beri saya sebarang maklumat terbaru”. Arah Yesa. 
“Raisa akan sibuk dengan kes Sarah Jane”. Sambungnya dihujung katanya.
Haswina mengangkat wajahnya memandang Yesa.
“Aku akan buka kes sulit baru. Raisa akan kendalikan kes kematian Sarah Jane. Aku perlukan dia untuk mencai fail 6District”. Yesa menjelaskan rancangannya kepada Haswina. Dia perlu mencari fail 6District dan bukti yang boleh dikaitkan dengan Thamin. Dia tidak punya banyak masa. Segalanya perlu dilakukan secepat mungkin sebelum the founder dan VVIP berubah fikiran untuk memilih antara dia dan Thamin memimpin agensi.
Haswina mengangguk perlahan. Dia mengetap giginya kuat. Berat sungguh perasaannya. Hari-hari sepertinya dia memikul batu yang maha berat dibelakangnya. Haswina mengangkat wajahnya memandang susuk tubuh Yesa yang sudah pun bergerak ke arah meja kerjanya. Dia mahu bertanyakan mengenai Rekan, tapi bicaranya tak terluah. Dia mahu bertanya mengenai Yesa memberi arahan sebegini kepadanya. Tapi juga tak terluah. Segalanya seolah hanya mampu bermain difikirannya sahaja. Apa nasib yang menimpa Rekan akan turut menimpanya jika dia memilih untuk menikam belakang lelaki bernama Yesa itu. Jika tiba waktunya dia terpaksa memilih jalan itu. Jika ianya adalah sebuah harga kemaafan buat mereka yang digelar kawan. Jika ianya mampu melindungi Raisa, Cempaka, Mok mahupun Kuna. Dia sanggup berikan nyawanya. Agar apa yang terjadi keatas Suria. Tidak berulang keatas mereka.
“Ingat Haswina. Jangan pernah tersilap langkah”. Pesan Yesa dihujung katanya memecah lamunan jauh Haswina.
Haswina mengangguk mengerti. “Baik Tuan”. Akurnya.
Share this novel