Completed
                        
1407
                    Rekan!. Jerit Haswina kuat bila mana dia nampak susuk tubuh lelaki itu tidak jauh dari bangunan agensi. Rekan memalingkan tubuhnya bila dia mendengar namanya dipanggil. Matanya menangkap wajah Haswina yang sedang berjalan laju kearahnya.
“Wina!”. Panggil Rekan seolah-oleh tidak percaya. Hampir tujuh tahun dia tidak berjumpa dengan wanita itu.
“Kau buat apa dekat sini?”. Soal Rekan bila mana dia sedar yang Haswina berada di tidak jauh dari bangunan agensi. Raut wajahnya terus berubah.
“Bukan dekat sini. Jom ikut aku”. Haswina memberi isyarat untuk Rekan mengikutinya. Mereka tidak boleh berbual disitu. Rekan hanya mengikut tanpa banyak soal. Sesekali matanya meliar melihat sekeliling jika ada mata-mata yang memerhati.
“Kau buat apa dekat sini?”. Soal Rekan laju. Masih tidak puas hati.
Haswina tidak menjawab.
“Haswina!”. Nadanya meninggi. Rekan tahu ada sesuatu yang tidak kena. Lansung tidak terlintas di akal fikirannya yang Haswina juga bekerja dengan agensi. Selama dia berkhidmat dengan agensi, tidak pernah sekali pun dia terjumpa atau terserempak dengan Haswina. Sangkaannya rakan baiknya itu sudah menemui bahagia. Bukan sepertinya, terlepas dari seksaan Kampung Bidadari dan kini berkhidmat untuk agensi.
“Berapa lama kau dekat sini?”. Soal Rekan lagi.
“Setahun..”. Jawab Haswina perlahan. Apa pertemuannya dengan Rekan adalah langkah yang tepat atau sebenarnya dia sudah tersilap dan menjerat dirinya. Bagaimana jika Rekan dapat menghidu hubungan rahsianya dengan Yesa.
Rekan mendengus kuat. Rambutnya diraup perlahan. Dia menjarakkan diri sedikit dari Haswina. Masih tidak boleh menerima kenyataan yang rakannya itu sama sepertinya. Masuk kedalam lembah neraka yang tiada penghujungnya.
“Kau tahu apa yang tengah buat sekarang?. Bekerja dengan agensi?. Kau tahu Haswina?!”. Soal Rekan bertalu-talu. Mukanya memerah. Sunguh dia tidak puas hati. Kenapa Haswina perlu memilih untuk bekerja dengan agensi.
“Aku tahu Rekan..”. Jawabnya perlahan. Suaranya mengendur. Haswina membelakangkan Rekan. Nafasnya ditarik dalam.
“Lagi pun aku dapat peluang untuk balas balik apa yang mereka pernah buat dekat aku dulu”.
Rekan mengangkat wajahnya. Memandang susuk tubuh Haswina yang sedang membelakanginya. Dahinya berkerut seribu.
“Maksud kau mereka?”. Soal Rekan. Tapi Haswina tidak menjawab.
“Haswina Hassan!”. Tengking Rekan.
“Ya mereka!. Mereka!. Mak Wati. Long Ani. Pengetua Khalid. Hamdan. Apa aku perlu sebut kesemua nama Kampung Bidadari?”. Tengking Haswina. Wajahnya merah padam membalas pandangan Rekan.
Rekan terdiam. Wajah dan mata Haswina yang memerah dipandangnya. Kelopak mata Haswina yang bergenang air mata. Menunggu masa untuk jatuh dari tubir mata. Tapi Haswina pantas mengesat matanya. Tidak mahu kelihatan lemah. Dia tidak mahu air matanya menitis sekali lagi.
Masing-masing terdiam. Rekan menyandarkan tubuhnya ke dinding. Menekur lantai. Nafasnya dihela berat. Dia faham apa yang Haswina rasakan. Apa yang mereka lalui sepanjang membesar di Kampung Bidadari bukanlah satu memori yang indah untuk diingati. Bukan jua satu memori yang mudah yang dilupakan semudah itu. Bunyi deringan dari telefon pintar milik Rekan menghiasi ruangan sunyi antara mereka berdua. Rekan mengambil jarak selamat antaranya dan Haswina sebelum mengangkat panggilan yang diterimanya. Setelah beberapa minit sebelum dia kembali menyoal Haswina.
“Jadi apa tujuan utama kau dekat sini?”. Soal Rekan.
“To let two person meet when the right time come”. Jawab Haswina. Itu adalah ayat yang sama Yesa tuturkan kepadanya ketika dia bertanya apa misinya.
Rekan mengeluh perlahan.
“Then who is this chessmaker?”. Soal Rekan. Walaupun dia tahu Haswina tidak akan semudah itu membuka mulut memberitahu nama dalang disebalik misi rahsianya.
Haswina mengelengkan kepalanya perlahan. Dia memandang wajah Rekan yang sedang menanti jawapan dari mulutnya.
“He is not a chessmaker Rekan”. Tutur Haswina. Kening Rekan bertaut. Tidak mengerti.
Melihatkan rancangan Yesa. Dia dapat merasakan apa yang Yesa sedang rancangan pada ketika itu akan memberikan impak yang sangat besar kelak. Dia membalas pandangan Rekan yang masih memandangnya keliru.
“He is a war maker”. Tutur Haswina. Seraya itu Haswina melangkah laju meninggalkan Rekan. Dia tidak mahu berlama disitu. Takut jika dia terlebih bicara hinggakan emosi mengatasi rasionalnya.
Share this novel