BAB 10

Action Completed 1407

Suria berjalan membuntuti lelaki yang dia kenali dengan nama Paswi Bakti hinggalah langkah kakinya terhenti dihadapan satu pintu. Paswi mengerling ke arahnya sekilas dengan pandangan sinis. Hujung bibirnya terangkat sedikit. Tangannya memulas tombol pintu berukiran mewah dihadapan mereka. Sebaik saja pintu dikuak, Paswi memberikan isyarat kepadanya untuk mengikutnya masuk kedalam ruangan bilik tersebut.

“Tuan..”. Panggil Paswi.

Anak mata Suria terarah kepada seorang lelaki yang kemas penampilannya. Berkumis sedikit tebal dibahagian bawah dagunya. Sebaik saja pandangan lelaki itu jatuh kewajahnya, Suria melarikan matanya. Menunduk sedikit. Gugup.

“Aha.. Paswi”. Tegur Thamin. Dia yang sedang duduk bersandar dimejanya bersama sekeping fail yang baru dihantar ke kamar pejabatnya sebentar tadi terus berdiri tegak. Dokumen yang dipegangnya sebentar tadi diletakkan diatas meja. Dia berjalan beberapa tapak mendekati Paswi. Thamin menunding jari kearah Suria sebelum beralih pandangan ke arah Paswi.

“Nama?”. Soal Thamin. Matanya masih terarah kepada Paswi.

Paswi memandang kearah kanannya. “Kenalkan diri kau”. Arah Paswi kepada Suria.

“Elis May tuan”. Jawab Suria. Dia menarik nafas dalam mengumpul kekuatan sebelum mengangkat wajahnya membalas pandangan Thamin. “Elis May dari Kampung Bidadari”. Tuturnya lagi penuh berhati-hati.

Hadirnya dia pada petang itu dihadapan lelaki yang dikenali dengan nama Thamin atas aturan Sarah Jane. Selepas dia berjanji kepada Sarah Jane untuk melakukan apa sahaja demi kebebasan dia dan juga Rekan. Jika ditanya siapakah Elis May, dia juga tidak pasti. Tapi yang dia tahu, Sarah Jane telah menghapuskan Elis May secara diam-diam dan mengantikannya. Dia perlu berpura-pura untuk menjadi Elis May dan mengintip Thamin dalam diam.

Tipu jika dia tidak berfikir seribu kali hendak bersetuju. Nyawanya dihujung tanduk pada ketika itu. Jika dia tersalah bicara dan Thamin menangkap lakunya. Mungkin peluru akan mudah-mudah sahaja hinggap didahinya. Tapi Sarah Jane kata “Tidak mempunyai sebarang preparation akan membuatkan lakonan dan penipuan kamu kelihatan lebih real. Berbeza dengan mereka yang dilatih secara total dan dihantar untuk mengintip. They always look like on the edge of cliff. Untuk orang seperti kamu, everything look natural. Sebab?. Most of you fight for love. While they fight for agency. Love and affection is a things that they will never understand”.

Thamin menganggukkan kepalanya.

“Paswi. Kamu ajarkan dia mengenai projek kita. Ingat kita ada dua klien yang masih menanti budak-budak itu”. Thamin memberi arahan. Paswi mengangguk mengerti.

Suria juga turut menganguk mengiakan. Tekaknya terasa kesat. Jadi benar apa yang Sarah Jane katakan, Thamin menjual anak-anak Kampung Bidadari secara rahsia. Dadanya terasa sedikit sesak bila memikirkan anak-anak yatim itu dijual tanpa dia mengetahui nasib pengakhiran mereka. Matanya berkaca. Dia menahan perasaan.

“Both of you. Do well”. Pesan Thamin lagi. “Aku perlu bercakap dengan kau sebentar Paswi”. Thamin menyambung katanya. Seraya itu Paswi memberi isyarat kepada Suria untuk mengundurkan diri.

“Tuan..”. Panggil Paswi sebaik saja tinggal mereka berdua didalam bilik.

Thamin mengangkat tangannya kearah Paswi. Memberi isyarat kepada Paswi untuk mendekatinya.

“Kamu yakin semua tentangnya clean?”. Soal Thamin. Soalannya itu merujuk kepada Elis May. Dia tidak boleh membahayakan dirinya dengan mengambil orang baru tanpa usul periksa terlebih dahulu. Dia perlu teliti. Tapi soalannya itu disambut dengan anggukan dari Paswi.

“100% clean”. Jawab Paswi yakin. Thamin menganggukkan kepalanya. Puas dengan jawapan Paswi. Tapi perasaan risau masih berlegar dihatinya.

“Rekan akan bantu kita”. Tutur Thamin. Dia melihat riak wajah Paswi yang jelas terkejut. Manakan tidak anjing Yesa mahu bekerja untuk mereka.

“Ada sesuatu terjadi yang kau tak perlu tahu. Tapi aku tak akan bagi dia campur tangan projek kita. Hanya kau dan Elis sahaja yang akan uruskan budak-budak itu untuk diseludup keluar. Aku minta dia untuk jaga urusan keluar masuk klien kita sahaja. Aku masih belum betul-betul percayakan dia”. Jelas Thamin.

Paswi mengangguk mengerti.

Thamin menolak satu fail nipis berwarna coklat dari atas mejanya dihadapan Paswi.

Paswi mengambil tanpa banyak soal. Dia mengeluarkan segala isi dokumen terbabit.

“Jadi ini sebab Rekan sanggup khianati Yesa?”. Soal Paswi. Keningnya bertaut.

Thamin mengangguk. “Tapi itu bukan masalahnya sekarang”. Thamin menghela nafas berat. Dia menyandarkan tubuhnya ke meja kerjanya.

Sekeping surat yang dipegang oleh Paswi dipandangnya lama. “Bagitahu aku Paswi. Apa yang kau faham melalui surat itu”. Soal Thamin.

Paswi melihat sekali lagi isi kandungan surat yang dipegangnya. Surat yang ditulis dengan tulisan tangan. “Rekan Harris telah mengkhianati Merak kayangan agensi kerana Suria. Aku beri kau peluang untuk pilih antara Rekan Harris dan juga Merak Kayangan. Musuh utama kau”.

“Merak Kayangan hanya ada seorang ....”. Tutur Paswi perlahan. Merak Kayangan merujuk kepada Yesa. Panggilan yang diberikan kepada Yesa. Nama yang bagi Thamin sangat jelak untuk didengar dan disebut.

Thamin mengangguk mengiakan. “Fail ini dihantar kepada aku dua hari sebelum Rekan datang berjumpa aku dan meminta pertolongan”. Kini segalanya sudah jelas bila mana Rekan benar-benar datang menemuinya untuk meminta pertolonganya. Sememangnya Rekan mahu mengkhianti Yesa dan agensi. Mahu melarikan Eri Suria!

“Ada sesorang yang bermain dibelakang kita tanpa kita ketahui identitinya”. Thamin menutur bicara. Paswi mendengar dalam diam.

“Jadi kenapa Tuan setuju membantu Rekan. Ini mungkin perangkap”. Soal Paswi.

Thamin tergelak halus. “Ya.. aku juga fikir benda yang sama. Hinggalah aku lihat...”. Thamin menundingkan jarinya kearah satu tulisan mengunakan dakwat hitam dibahagian belakang fail berwarna coklat itu.

“If you look closely. You could differentiate the devil that hide among the monsters”.

“Maksudnya?”. Soal Paswi dengan wajah keliru dan tidak mengerti.

Thamin tergelak kuat. “Kau tak perlu tahu Paswi. Belum tiba masanya. Nanti kau akan tahu. Nanti....”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience