BAB 34

Action Completed 1407

7.03 Pagi; Kediaman Sarah Jane

Yesa bergegas keluar dari keretanya sebaik saja dia sampai dihadapan rumah Sarah Jane. Jam menunjukkan tepat jam tujuh pagi. Dia masih tidak percaya dengan berita yang baru diterimanya beberapa minit yang lepas. Laman utama rumah Sarah Jane yang dipenuhi staff dari agensi, the founder dan juga VVIP. Wajah masing-masing yang keliru dan ketakutan. Beberapa lelaki yang memanggilnya tidak dihiraukan. Ada seseorang yang dia perlu cari pada ketika itu. Dia perlukan penjelasan.

“Anis!”. Panggil Yesa kuat bila dia melihat susuk tubuh pembantu peribadinya itu tidak jauh dari pintu utama laman rumah Sarah Jane.

“Mana Jane?”. Soalnya laju. Dadanya berombak. Anis mengelengkan kepalanya.

Yesa meraup wajahnya. Sungguh dia bingung dengan kematian tiba-tiba Sarah Jane. Lansung tidak terlintas didalam benaknya mengenai kematian Sarah Jane.

“Sarah Jane request Red Code semalam”. Bisik Anis ditelinga Yesa. Dia tidak mahu perbualannya didengari oleh the founder dan juga VVIP. Mata Yesa mencerlung.

“Siapa Elit agen yang dihantar?”. Soal Yesa.

“Paswi Bakti..”. Jawab Anis. Yesa tergamam. Paswi?!. Mustahil. Tidak mungkin Thamin hendak membunuh Sarah Jane. Atas sebab apa?. Sungguh dia tidak mengerti. Kepalanya terasa senak memikirkan seribu satu kemungkinan yang sedang terjadi tanpa pengetahuannya.

“Yesa..”. Panggil seorang lelaki dengan kumis tebal. Dia bersama dua orang lagi lelaki berjalan merapatinya dan juga Anis. Dia berdehem seketika sebelum membuka mulut.

“Apa sebenarnya yang terjadi ni?”. Soalnya. Suaranya sedikit meninggi. Yesa tidak menjawab. Tidak punya jawapan untuk soalan itu. Dia sendiri masih keliru dan tidak percaya dengan kematian Sarah Jane.

“Macam mana kau dan Thamin buat kerja?!”. Soal salah seorang dari mereka.

Yesa hanya menunduk. Tidak menjawab. Akhirnya, mereka betiga berlalu pergi bila mana Yesa tetap mendiamkan diri. Anis memadang wajah Yesa yang merah padam. Rahangnya bergerak-gerak.

“Masa saya sampai tadi everything already clean up. Thamin sudah selesaikan semuanya”. Jelas Anis. Ketika dia sampai pada awal pagi tadi. Sarah Jane sudah tiada dirumahnya. Katanya Thamin sudah menguruskan segala-galanya. Maka yang hadir pada pagi itu datang dengan seribu satu persoalan mengenai perkara sebenar yang terjadi.

“Untuk apa Thamin bunuh Sarah jane?”. Soal Yesa. Seraya itu Anis menghulurkan satu fail berwarna coklat. Yesa memandangnya tidak mengerti.

“Someone left this on my front door. This morning”. Jelas Anis. Ketika dia bersiap-siap dan bergegas keluar pagi tadi langkah kakinya terhenti bila mana dia melihat fail tersebut yang diselitkan didepan pintu rumahnya.

Yesa mengambil tanpa banyak soal. Setelah melihat isi kandungan fail tersebut dia mendengus kuat. “Ikut aku ke agensi Anis. Sekarang”. Arah Yesa.

-Sarah Jane menghantar Suria sebagai agen untuk mengintip Thamin sebagai pulangan kepada kebebasan dia dan Rekan. Fail
6district ada bersama Sarah Jane. Satu-satunya fail yang boleh membuktikan dan menjatuhkan Thamin.

Yesa masih termenung dihadapan fail berwarna coklat bersama satu nota yang diterimanya melalui Anis sebentar tadi. Bunyi deringan telefon bertalu-talu dari the founder dan VVIP tidak diendahkan. Mindanya menerawang jauh mengenai maklumat yang dia terima. Jadi Suria meminta bantuan Sarah Jane untuk menyembunyikan mereka berdua. Harga bagi keselamatan itu adalah Suria perlu menjadi mata-mata Sarah Jane dan mengintip Thamin dalam diam. Hasil dari intipan itu adalah fail 6District. Maka yang membunuh Sarah Jane adalah Thamin. Nampaknya Sarah Jane tidak berjaya membuat perjanjian dengan Thamin. Fail 6district itu sudah pasti terlalu besar nilainya jika Thamin sanggup mengambil risiko sebesar ini untuk menghapuskan Sarah Jane.

Tapi persoalan utama adalah siapakah yang memberikan fail ini kepadanya. “Razak Ibrahim?”. Yesa menutur kata. Dia mengalihkan pandangannya kepada Anis. Ini adalah kali kedua dia menerima fail berwarna coklat itu dari pemberi rahsia.

“Bukan Tuan..”. Jawab Anis. Dia menarik nafas dalam sebelum membuka cerita pertemuannya dengan Razak Ibrahim dirumah Sarah Jane.

Perbualan ringkasnya dengan Razak pada pagi tadi. Wajah Razak yang bengkak dan sembap. “Dari mana kau dapat fail itu?”. Soal Razak dari arah belakangnya. Anis memalingkan tubuhnya. Terkejut disergah begitu. Pandangan Razak jatuh ketangan kanannya. Anis melirikan matanya melihat tangannya yang mengengam fail yang diterima pagi tadi dihadapan pintu rumahnya. Wajahnya kemudian diangkat kembali memandang wajah Razak. Anis mengelengkan kepalanya perlahan. Tidak mahu menjawab. Dia menundukkan wajahnya, tidak berani hendak bertentang mata dengan Razak sebelum matanya menangkap tangan kanan milik Razak Ibrahim pada ketika itu.

“Tuan?..”. Anis mengangkat wajahnya kembali. Keningnya bertaut. Darahnya berderau. Razak mengalihkan pandangannya dari Anis.

“Semuanya sudah tidak ada guna lagi. This is the end”. Tutur Razak. Dia mengerling sekilas kearah Anis sebelum mengorak langkah pergi.

“He received the same file..”. Anis menutur kata setelah mendiam buat beberapa ketika. “The same file?”. Soal Yesa ingin kepastian. Anis mengangguk mengiakan.

Yesa bermain dengan jari jemarinya. Memikirkan tindakan apa yang harus dia ambil. Kes Suria dan Rekan juga masih belum selesai. Kini pula dengan kematian Sarah Jane.

Bunyi deringan telefon dari telefon bimbit Anis jelas kedengaran sekali lagi. Yesa memberi isyarat untuk gadis itu mengangkat telefonnya. Sebaik saja dia selesai bercakap, riak wajahnya berubah serius.

“Meeting the founder dan VVIP setengah jam lagi..”. Tutur Anis.

“Razak Ibrahim menarik diri dari agensi berkuat kuasa harini”. Sambung Anis lagi.

Yesa bangun berdiri. Terkejut bukan kepalang. Razak Ibrahim menarik diri dari agensi membawa maksud sudah tidak ada lagi penghalang terbesar buatnya. Razak yang sudah berputus asa dengan agensi barangkali dek kerana kematian Sarah Jane. Kini pesaingnya hanya tinggal Thamin pada ketika itu. Dia mengengam kuat fail berwarna coklat diatas meja. Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dia mengugut Thamin dan membongkar rahsia terbesar Thamin itu. Tapi dia masih belum benar-benar pasti sejauh mana kebenaran maklumat yang diterimanya. Jika dia memberitahu hal ini didalam mesyuarat sebentar lagi tanpa bukti yang kukuh, maka Thamin punya alasan yang kuat untuk menunding jari semula kepadanya dan mengatakan dia cuba untuk mengambil alih agensi dengan menjatuhkannya. Thamin mungkin akan memerangkapnya kembali dan menjadikan dirinya sebagai suspek utama kematian Sarah Jane.

Yesa mengetap giginya kuat. Thamin sangat licik. Dia perlu berhati-hati. Dia tidak boleh bertindak terburu-buru. Jadi perkara pertama yang dia harus lakukan pada ketika itu adalah berpura-pura tidak tahu akan hal yang sebenar dan mencari maklumat fail 6district secara senyap. Tanpa pengetahuan Thamin.

Membiarkan Thamin menghapuskan Suria dan juga Rekan mengunakan tangannya sendiri. Thamin pasti akan mengunakan kematian Wan kamila, Ewin, Rekan dan juga Suria sebagai alasan untuk menjatuhknnya. Thamin akan memerangkapnya. Suria tetap akan mati sama ada ditangannya atau Thamin. Tapi bagaimana mereka harus memusingkan kenyataan agar kesalahan itu tidak jatuh dibahu masing-masing. Thamin akan jadikan segalanya sebagai kesalahannya. Paling tidak Thamin akan menyelamatkan Rekan agar Rekan menjadi senjatanya untuk menyalahkan dirinya diatas kematian Suria. Thamin akan kaitkan penglibatannya dalam pembunuhan Wan Kamila dan juga Ewin.

Jadi dia perlu mengubah rancangan asalnya. Dia perlu mendapatkan Suria terlebih dahulu sebelum Thamin berjaya membunuh Suria. Dia perlu membuat Rekan percaya akannya. Dia akan mengunakan Rekan dan juga Suria sebagai bukti hidup kepada kerja kotor Thamin. Dia tidak punya banyak masa. Either way siapa cepat dapatkan Suria dan juga Rekan. Siapa jumpa Suria dulu dia akan get the upper hand dan dia tidak boleh biarkan Thamin menemui Suria terlebih dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience