BAB 8

Action Completed 1407

Suria berdiri dihadapan pintu rumahnya. Menghantar pemergian Rekan untuk bertemu dengan Thamin. Susuk tubuh Rekan sudah hilang dari pandangan matanya, tapi dia tetap berdiri disitu. Pandangannya kosong. Mindanya menerawang jauh. Teringat akan amaran Haswina mengenai Thamin. Tapi dia tidak mampu menghalang Rekan. Kalaulah dia punya pilihan lain untuk membantu Rekan. Nafasnya ditarik dalam.

Bunyi deruman motor mendekati halaman rumahnya mengejutkannya. Motor tersebut dipakir tidak jauh dari pintu masuk rumahnya. Suria hanya memerhati. Perasaan takut mula menular, tapi kakinya terasa maha berat untuk melangkah. Seorang lelaki berhelmet sedang mendekatinya. Suria berjalan beberapa tapak kebelakang. Badannya sedikit mengigil. Adakah itu sepupunya Ewin atau orang yang dihantar Yesa untuk menangkapnya.

“Suria..”. Panggil lelaki itu. Dia berdiri tidak jauh dari Suria. Hanya beberapa tapak jarak antara mereka berdua.

Suria tidak menjawab. Lidahnya kelu. Tubuh badannya terasa kaku. Perasaan takut membuatkan dia tidak mampu mengerakkan anggota tubuhnya. Mulutnya terkumat kamit tapi tak terluah. Lelaki itu merapatinya sebelum menghulurkan satu fail berwarna coklat kepadanya. Suria hanya melihat tidak menyambut hinggalah lelaki itu menarik tangannya dan memaksanya untuk memegang dan menerima fail berwarna coklat itu.

Suria merenggut tangannnya kuat. Jeritan kuat keluar dari mulutnya. Fail yang diberikan oleh lelaki tadi jatuh keatas lantai. Suria berlari masuk kedalam rumahnya menerjah kearah ruang dapur. Satu bilah pisau diambilnya. Dia kemudian berjalan semula kearah pintu rumahnya. Namun kelibat lelaki tadi sudah tidak ada. Dia duduk tersandar di pintu rumahnya mengambil nafas buat seketika. Jantungnya berdebar bukan kepalang.

Matanya kemudian tertacap pada fail berwarna coklat yang diberikan oleh lelaki tadi yang kini berada diatas lantai. Dia bergerak mengambil sebelum membuka fail tersebut dengan penuh berhati-hati. Usai melihat kandungan fail tersebut keningnya terangkat.

“Peluang…?”. Bibirnya menutur bicara perlahan.

Seraya itu Suria bangun berdiri. Langkah kakinya diatur laju kearah meja kecil ditepi pintu rumahnya. Kunci rumah diambilnya. Pisau yang dipegangnya tadi diletakkan diatas meja. Dia melangkah keluar sebelum mengunci pintu rumahnya dari luar. “Mungkin ini adalah jalan keluar untuk mereka berdua..”. Tuturnya perlahan.

2.45 petang; Villa Kampung Bidadari, Kediaman Thamin

“Tidak!. Jangan jadi bodoh Rekan”. Tengking Thamin kuat.

Rekan hanya menunduk. Sudah dapat mengagak reaksi yang akan diberikan oleh Thamin. Itu adalah perkara pertama yang Thamin katakan kepadanya sebaik saja dia memberitahu tujuan utama dia berjumpa dengannya pada petang itu.

Rekan hanya menunduk. Membiarkan Thamin melepaskan kemarahannya. Dia sudah tidak peduli. Tidak kisah jika Thamin mahu menyumpah seranahnya sekali pun dia sudah tidak peduli. Dia sudah tidak punya jalan keluar lain untuk menyelamatkan dirinya dan juga Suria.

“Bagi Eri Suria pada aku Rekan. Biar agensi handle Suria seperti yang tertera diatas kontrak untuk kes ini. Atau Yesa akan naik hantu”. Thamin berdiri mencekak pingang dihadapannya.

Rekan mengelengkan kepalanya. Wajahnya diangkat memandang Thamin yang sedang berdiri didepannya. “Tidak Tuan”.

“Kau!”. Biji matanya dijegilkan bila mana Rekan tidak mahu mengalah dan tetap dengan pendiriannya.

“Kalau dia mati. Aku mati”. Rekan tetap dengan keputusannya. Thamin mencerlung.

“No!”. Thamin menidakkan. Rekan terlalu berharga untuk agensi. Dia tidak boleh kehilangan Rekan hanya kerana cinta. Tidak!. Tidak setelah dilatih untuk menjadi perisik Elit agensi. Walaupun kenyataannya, Rekan setia dengan Yesa sama seperti Paswi yang setia dengannya tetapi dia tidak mahu agensi kehilangan Rekan. Dia tidak akan sesekali membiarkan hal itu terjadi.

“Kau pulang sekarang Rekan Harris!”. Arah Thamin kuat. Tidak mahu meneruskan perbualan antara mereka berdua. Dia tidak mahu mendengarkan Rekan lagi.

Rekan tetap tidak berganjak dari kedudukannya. Masih dalam kedudukan melutut dihadapan Thamin.

Thamin mendengus kuat. “Apa lagi kau nak aku buat Rekan?!. Aku tak boleh bantu kau!”. Tengking Thamin.

“Saya akan bantu Tuan..”. Rekan tiba-tiba bersuara setelah mendiamkan diri lama. Dia mengetap giginya kuat. Kata-kata yang bakal dikeluarkan seterusnya membawa satu bebanan yang maha berat. Tapi jika ianya satu-satunya cara untuk menyelamatkan Suria dan dirinya sendiri. Dia sudah tidak kisah lagi.

“Bantu apa?”. Soal Thamin tidak mengerti. Dia duduk diatas kerusi kayu berukir mewah tidak jauh dari Rekan yang masih duduk melutut menghadapnya.

“Untuk pastikan projek sindikit tuan berjalan dengan lancar tanpa sesiapa pun tahu”. Rekan menutur kata akhirnya.

Thamin terkejut bukan kepalang. Dia kembali bangun berdiri. Dengusan kuat jelas kedengaran. “Mana kau tahu?”. Soal Thamin. Dia duduk mencangkung dihadapan Rekan. Matanya merah mencerlung.

Rekan tidak menjawab.

Thamin kembali berdiri tegak. Dia berjalan mundar mandir buat seketika.

“Kenapa kau pilih jalan ini Rekan?”. Soal Thamin. Rekan punya seribu satu alasan untuk terus merahsiakan perihal yang dia tahu mengenai sindikit kotornya. Tapi Rekan memilih untuk membuka mulut dan mengunakan maklumat itu sebagai senjata dan pulangan kepada dirinya dan Suria. Untuk mengugutnya agar dia bersetuju untuk membantu dirinya dan Suria.

“Hanya kerana Suria?”. Soal Thamin lagi. “Kamu sanggup pergi sejauh ini. Mengugut aku hanya kerana Suria?. Kerana cinta?”. Soal Thamin bertalu-talu tidak mengerti dengan tindakan Rekan.

Rekan mengunci mulutnya. Orang seperti Thamin tidak akan pernah faham apa yang mereka rasakan. Cinta dan kasih sayang dari insan yang benar-benar jujur memberikan tanpa meminta sebarang pulangan. Ianya merupakan peluang sekali seumur hidup.

“Jadi kalau aku bantu kamu. Apa yang kau boleh buat untuk aku Rekan?”. Soal Thamin.

“Apa sahaja”. Jawab Rekan. Dia mengangkat wajahnya menikam anak mata Thamin.

Thamin menganggukan kepalanya. “Baik. Kalau itu yang kau mahukan”. Akur Thamin.

“Terima kasih Tuan!”. Rekan menutur kata. Dia tersenyum lebar. Akhirnya Thamin memberi kata putus untuk membantunya. Taktiknya mengugut Thamin berjaya. Kini dia punya Thamin untuk membantu menyembunyikan dirinya dan Suria dari Yesa.

“Tapi ingat Rekan. Jika kau bocorkan kerja kotor aku ni kepada sesiapa sahaja. Kau dan Suria akan dihapuskan tanpa kesan”. Ugut Thamin kembali. Dia sendiri tidak pasti sejauh mana dia mampu menyembunyikan Suria dan Rekan dari Yesa mahupun agensi. Tapi untuk ketika ini dia akan gunakan Rekan untuk sindikitnya. Dia tidak mampu mengambil risiko membiarkan Rekan mencari bantuan lain dan membocorkan kerja kotornya. Buat masa ini, dia akan berikan apa yang Rekan mahukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience