Completed
                        
1407
                    “No!”. Suara Razak meninggi. Tidak!. Dia tidak akan membiarkan Sarah Jane dengan rancangannya. Mengugut Thamin adalah perkara terakhir yang mereka akan pilih jika perlu.
Sarah Jane mengelengkan kepalanya. Dia sudah nekad dengan keputusannya. Tiada pilihan lain yang tinggal selain mengunakan fail 6District untuk mengugut Thamin. Membuatkan Thamin letak jawatan secara suka rela jika segala kerja kotornya tidak mahu didedahkan. Thamin akan pulangkan segala imbuhan kerja kotornya kepadanya dan dia akan membayar Wan Kamila. Ya!. Itu bukanlah rancangan yang terbaik tapi buat masa ini hanya itu sahaja yang dia punya pilihan. Melalui rancangan ini, bukan saja dia dapat menyelamatkan Suria dan juga Rekan. Malah anak-anak Kampung Bidadari juga tidak akan diseludup keluar lagi.
“I was branded by the founder as “Gila Kuasa” Razak selepas pengantungan Arta. I tak punya pilihan lain. Kalau you masuk campur atau gunakan duit agensi untuk selamatkan Suria dan Rekan, semua jari akan menunding kearah kita Razak. Yesa dan Thamin akan gunakan peluang ini untuk kuatkan pengaruh mereka Razak. Untuk jatuhkan kita Razak”.
“Please hear me out Razak..”. Tutur Sarah Jane separa merayu bila mana Razak hanya mendiamkan diri tidak menyokong rancangannya. Jika dia mahu melakukan semua ini, dia perlukan sokongan dari Razak. Hanya Razak sahaja sumber kekuatan yang dia punya pada ketika itu.
Razak menghela nafas berat. Dia mengurut dahinya buat seketika.
“Jadi dimana fail 6District?”. Soal Razak. Dia perlu tahu dimana keberadaan fail itu. Jika Sarah Jane terang-terangan menentang Thamin sudah tentu Thamin akan mula mencari fail 6district untuk dihapuskan. Tidak!. Bukan fail 6district sahaja. Sudah tentu Sarah Jane yang akan dihapuskan terlebih dahulu sebelum Thamin mencari fail tersebut.
Sarah Jane menelan air liurnya. “Somewhere safe. Hanya Arta yang tahu…”. Jawab Sarah Jane perlahan. Kehilangan Arta terasa pedih untuknya. Pedih untuk dia menerima kenyataan bahawa hubungannya dengan Arta tidak akan sama lagi. Arta sudah hilang kepercayaan padanya. Razak menganggukkan kepalanya mengerti.
“Jangan masuk campur Razak. Let me do it alone”. Pinta Sarah Jane.
“Kalau jadi apa-apa. Let me to be blame for. Supaya you ada untuk ambil alih agensi. If anything happen to me”.
Razak memusingkan tubuhnya dari Sarah Jane. Dia mendengus kuat. Dimana silapnya mereka berdua?. Di mana silapnya hinggakan mereka tidak punya kuasa untuk memimpin agensi lagi.
Sarah Jane merapati Razak. Dia meletakkan tangannya diatas bahu Razak.
Razak mengalihkan wajahnya, memandang Sarah Jane.
“Help me”. Tutur Sarah Jane perlahan. Matanya berkaca.
“Please…”. Pintanya lagi. Razak tertunduk. Dia menarik nafas dalam. Sarah Jane tidak mengerti perasaannya pada ketika itu. Bukan Rekan sahaja akan jadi seperti mayat hidup jika Suria mati. Dia sendiri akan jadi begitu jika kehilangan Sarah Jane. Dia tidak mahu memikirkan perkara itu. Tapi permintaan Sarah Jane tidak mampu ditolak. Dia akan membantu sehingga akhir nyawanya. Demi wanita itu. Akhirnya dia mengangguk lemah. Bersetuju.
Yesa duduk menyandar kekerusinya. Kakinya disilangkan. Terlalu banyak yang dia perlu proses dalam satu masa. Arta yang sudah digantung dari kerja lapangan dan disumbat kedalam bilik kurungan agensi. The founder dan VVIP yang memanggil Sarah Jane sebagai gila kuasa. Rekan dan Suria yang masih belum ditemui dan juga Wan Kamila yang mendesaknya. Kesabarannya dengan sikap Wan Kamila sudah menipis. Dia sudah naik muak dan jelak dengan perangai wanita tua itu.
Apa patut dia hapuskan saja wanita tua itu dan anaknya. Sekarang semua tumpuan tertumpu pada Arta dan Sarah Jane. Yesa tergelak halus. Wajah Sarah Jane yang ketakutan lewat mesyuarat membuatkan dia berasa lucu. Tidak menyangka akan sampai waktunya dia dapat melihat kejatuhan Sarah Jane.
Sarah Jane yang gagal melihat keinginan the founder dan VVIP yang mahu kan Arta mengambil alih agensi sebagai pucuk pimpinan baru. Disebabkan oleh kenyataan itu, dia dan Thamin tidak pernah menganggu Arta. Mereka sudah sedar perkara itu sejak awal. Jika tidak, kenapa Thamin lebih rela mengunakan Paswi dan juga Jian sebagai anjingnya.
Dia mengalihkan pandangannya kearah pembantu peribadinya Anis yang tercegat berdiri tidak jauh dari meja kerjanya. Dia berdehem seketika. Barusan tadi Anis memberitahunya bahawa orang yang dihantarnya untuk mencari Rekan dan Suria sudah dibunuh oleh Rekan. Khabarnya Suria cedera teruk dalam pergelutan pada malam itu. Rekan punya seribu satu alasan untuk tidak mengkhianatinya. Tetapi lelaki itu tetap memilih untuk menikam belakangnya dan melarikan Suria. Dia tidak menyangka Rekan mampu pergi sejauh itu. Hanya kerana cinta?. Apa yang Rekan tahu mengenai cinta?. Dia tersenyum herot. Ianya tindakan yang bodoh. Jauh sekali cinta.
“Wan Kamila...”. Anis menghentikan butir bicaranya bila mana Yesa mengangkat tangan kanannya menyuruhnya untuk tidak menyebut nama wanita itu. Anis menunduk sedikit. Perutnya terasa sebu. Berapa lama lagi dia perlu berada didalam bilik itu bersama Yesa. Dia sudah tidak sanggup lagi berlama disitu.
Teringat kembali amukan Wan Kamila di pintu luar pejabatnya bila mana dia menidakkan untuk berjumpa dengan wanita tua itu. Kata-kata kesat dan ugutan yang keluar dari mulut wanita itu membuatkan darahnya mendidih.
“Kalau Suria tak mati. Wan Kamila tak akan gembira and so did I. Jadi apa yang patut kita buat?”. Soal Yesa kepada Anis. Dia masih duduk menyandar dikerusinya. Matanya memandang wajah Anis yang terkumat kamit hendak menjawab.
“Kita kena cari Suria secepatnya”. Jawab Anis. Namun Yesa mengelengkan kepalanya.
“Kita cari Wan Kamila”. Tutur Yesa. Bibirnya merekah senyuman.
Anis terdiam mendengarkan apa yang Yesa katakan. Perutnya terasa kecut. Wajah Yesa yang masih tersengih memandang kearahnya membuatkan dia rasa hilang segala deria rasa. Dia mengalihkan pandangannya. Tidak sanggup melihat kegilaan disebalik wajah baik Yesa yang selalu dipertontonkan dihadapan Raisa.
Share this novel